PRN Kedah 2023: Senarai Calon & Kerusi Tumpuan

Senarai Calon & Kerusi Tumpuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah

Bagi rakyat negeri Kedah, jangan lupa untuk turun mengundi pada 12 Ogos 2023 (Sabtu) sempena PRN Kedah 2023 nanti.

Pengumuman berkenaan tarikh Pilihan Raya Negeri 2023 dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah DUN Negeri Kedah bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan pada 27 Jun yang lalu.

Tarikh Penting PRN Kedah

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting sempena PRN Kedah yang turut diselarikan dengan PRN dari kesemua 6 negeri yang terlibat:

  • Hari Penamaan calon: 29 Julai 2023 (Sabtu)
  • Hari Mengundi Awal: 8 Ogos 2023 (Selasa)
  • Hari Mengundi: 12 Ogos 2023 (Sabtu)

Artikel berkaitan: MySPR Semak – Cara Semakan Pusat Mengundi PRN 2023 (SPR)

Semakan Tempat Mengundi

Berikut merupakan cara-cara untuk menyemak pusat mengundi anda bagi PRN Kedah:

  1. Muat turun aplikasi MySPR Semak atau terus ke Portal MySPR Semak di pautan berikut https://mysprsemak.spr.gov.my;
  2. Klik butang [Semakan Daftar Pemilih]
  3. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
  4. Tekan butang ‘Semak’.
  5. Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
  6. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.

Semakan Maklumat Pilihan Raya Negeri 2023 juga boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

Senarai Calon Bertanding PRN Kedah 2023

Terdapat 36 kerusi Dewan Negeri Kedah yang dipertandingkan bagi PRN Kedah kali ini.

Berikut merupakan senarai calon bagi parti-parti yang bertanding bagi PRN Kedah kali ini.

Barisan Nasional

  • N01 Ayer Hangat – Hisham Suhaili Osman
  • N04 Ayer Hitam – Hayazi Azizan
  • N05 Bukit kayu hitam – Zainul Abidin Mohamad
  • N08 Pedu – Datuk Seri Mahdzir Khalid
  • N09 Bukit lada – Datuk Said Ali Syed Rastan
  • N15 Anak Bukit – Nor Hasita Md Isa
  • N19 Sungai Tiang – Mohammad Fadzil Zolkifpli
  • N21 Guar Cempedak – Abdul Paris Abdul Hamid
  • N24 Jeneri – Muhamad Khizri Abu Kassim
  • N27 Pantai Merdeka – Wan Mohalina Wan Mohamad
  • N30 Bayu – Ishak Mat
  • N32 Kuala Ketil – Suriati Che Mid
  • N33 Merbau Pulas – Asmadi Abu Talib
  • N36 Bandar Baharu – Nuraini Yusoff

Pakatan Harapan

  • N2 Kuah: Ahmad Fauzi bin Che
  • N6 Jitra: Sabrina binti Ahmad
  • N10 Bukit Pinang: Datuk Azhir bin Md Zain
  • N12 Suka Menanti: Zamri Yusof
  • N22 Gurun: Firdaus Johari
  • N25 Bukit Selambau: Suntaraju A/L Raman
  • N28 Bakar Arang: Loh Wee Chai
  • N29 Sidam: Bau Wong
  • N34 Lunas: Cikgu Shamsul Anuar bin Abdullah
  • N35 Kulim: Teh Lian Ong

PAS

  • N.01 Ayer Hangat – Shamsilah Binti Siru
  • N.02 Kuah – Amar Pared Bin Mahamud
  • N.03 Kota Siputeh – Mohd Ashraf Mustaqim Bin Badrul Munir
  • N.04 Ayer Hitam – Azhar Bin Ibrahim
  • N.05 Bukit Kayu Hitam – Halimaton Shaadiah Binti Saad
  • N.06 Jitra – Haim Hilman Bin Abdullah
  • N.07 Kuala Nerang – Mohamad Yusoff Bin Zakaria
  • N.08 Pedu – Mohd Radzi Bin Md Amin
  • N.09 Bukit Lada – Salim Bin Mahmood
  • N.10 Bukit Pinang – Romani Bin Wan Salin
  • N.11 Derga – Muhamad Amri Bin Wahab
  • N.12 Suka Menanti – Dzowahir Bin Ab Ghani
  • N.13 Kota Darul Aman – Chuah See Seng
  • N.14 Alor Mengkudu – Muhamad Radhi Bin Mat Din
  • N15 Anak Bukit – Rashidi Bin Razak
  • N.16 Kubang Rotan – Mohd Salleh Bin Saidin
  • N.17 Pengkalan Kundor – Mardhiyyah Binti Johari
  • N.18 Tokai Mohd Hayati Bin Othman
  • N.19 Sungai Tiang – Abdul Razak Bin Khamis
  • N.20 Sungai Limau – Mohd Azam Bin Abd Samat
  • N.21 Guar Chempedak – Abdul Ghafar Bin Saad
  • N.22 Gurun – Baddrol Bin Bakhtiar
  • N.23 Belantek – Ahmad Bin Sulaiman
  • N.24 Jeneri – Muhammad Sanusi Bin Md Nor
  • N.25 Bukit Selambau – Azizan Bin Hamzah
  • N.26 Tanjong Dawai – Hanif Bin Ghazali
  • N.27 Pantai Merdeka – Sharir Bin Long
  • N.28 Bakar Arang – Tai Kuang Tee
  • N.29 Sidam – Juliana Binti Abdul Ghani
  • N.30 Bayu – Mohd Taufik Bin Yaacob
  • N.31 Kupang – Najmi Bin Hj Ahmad
  • N.32 Kuala Ketil – Mansor Bin Zakaria
  • N.33 Merbau Pulas – Siti Ashah Binti Ghazali
  • N.34 Lunas – Khairul Anuar Bin Ramli
  • N.35 Kulim – Wong Chia Zhen
  • N.36 Bandar Baharu – Mohd Suffian Bin Yusoff

Dewan Undangan Negeri Kedah

Sejarah pembentukan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bermula sejak 101 tahun yang lalu apabila Pengisytiharan Diraja Penubuhan Majlis Negeri (State Council) diluluskan pada 10 Jamadilawal 1322 bersamaan 23 Julai 1905 bertampat di Balai Besar Negeri.

Dewan Undangan Negeri Kedah terdiri daripada 36 kawasan DUN.

Pemilihan ADUN dibuat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah

Dewan Undangan Negeri Kedah dinaungi oleh Sultan Kedah sebagai Ketua Negeri.

Kesemua ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bersidang di Kompleks Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Senarai DUN dan Parlimen bagi PRU / PRN Kedah

Dun PRN Kedah

Sumber: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah

Ingorafik di atas adalam peta yang memaparkan senarai DUN di Kedah sempena PRN Kedah 2023 akan datang.

Kerusi Tumpuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah

Berikut dikongsikan infografik bagi Kerusi Tumpuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah yang diterbitkan oleh BERNAMA TV :

Statistik PRU ke 14 (2018)

Berikut merupakan senarai kerusi yang dimenangi oleh calon dan parti politik pada PRU14 yang lalu:

DunKawasanNamaParti
N01Ayer HangatJuhari BulatBersatu
N02KuahMohd Firdaus AhmadBersatu
N03Kota SiputehSalmee SaidAmanah
N04Ayer HitamAzhar IbrahimPAS
N05Bukit Kayu HitamHalimaton Shaadiah SaadBersatu
N06JitraMukhriz MahathirBersatu
N07Kuala NerangMohammad Yusoff @ Munir ZakariaPAS
N08PeduMohd Radzi Md AminPAS
N09Bukit LadaSalim MahmoodPAS
N10Bukit PinangRomani Wan SalimPAS
N11DergaTan Kok YewDAP
N12Suka MenantiZamri YusufDAP
N13Kota Darul AmanTeh Swee LeongDAP
N14Alor MengkuduPhahrolrazi Mohd ZawawiAmanah
N15Anak BukitAmiruddin HamzahBersatu
N16Kubang RotanMohd Asmirul Anuar ArisAmanah
N17Pengkalan KundorIsmail SallehAmanah
N18TokaiMohd Hayati OthmanPAS
N19Sungai TiangSuraya YaacobUMNO
N20Sungai LimauMohd Azam Abd SamatPAS
N21Guar ChempedakKu Abd Rahman Ku IsmailUMNO
N22Gurun*kosong
N23BelantekMohd Isa ShafiePAS
N24JeneriMuhamad Sanusi Md NorPAS
N25Bukit SelambauSummugam RengasamyPKR
N26Tanjong DawaiHanif GhazaliPAS
N27Pantai MerdekaAhmad Fadzli HashiPAS
N28Bakar ArangOoi Tze MinPKR
N29SidamRobert Ling Kui EePKR
N30BayuAbd Nasir IdrisPAS
N31KupangNajmi Haji AhmadPAS
N32Kuala KetilMansor ZakariaPAS
N33Merbau PulasSiti Ashah GhazaliPAS
N34LunasAzman NasrudinPKR
N35KulimYeo Keng ChuanPKR
N36Bandar BaharuNorsabrina Mohd NoorUMNO

Sama-sama kita nantikan keputusan PRN Kedah 2023 yang akan datang.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!