Piala Sumbangsih – Sejarah & Jadual Perlawanan 2025

piala sumbangsih
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025-2026 bakal membuka tirai secara rasmi pada 8 Ogos 2025 menerusi perlawanan Piala Sumbangsih yang menemukan dua kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC.

Perlawanan berprestij itu akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dan turut dikira sebagai aksi pembukaan Liga Super musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang juga memaklumkan bahawa musim baharu Liga Super akan berlangsung selama kira-kira 10 bulan, iaitu sehingga 16 Mei 2026.

Tempoh ini lebih pendek berbanding musim lalu yang melalui fasa transisi selama 14 bulan.

Sejarah Piala Sumbangsih

Piala ini pertama kali diperkenalkan pada Liga Malaysia musim 1985, walaupun perlawanan diadakan pada 31 Disember 1984.

Juara Piala Malaysia 1984 (Selangor) bertarung dengan Pahang, naib juara Piala Liga 1984 (Selangor juga juara Liga ’84).

Sehingga musim 1992, juara Piala Malaysia (PM) akan bertemu dengan juara/naib juara Liga Malaysia.

Format telah ditukar pada musim 1993, dimana juara PM akan berebut Piala Sumbangsih dengan juara piala FA pula (atau naib juara FA, jika pemenang PM juga adalah juara FA).

Bermula musim Liga Malaysia 2011, format yang digunakan sehingga kini telah diperkenalkan.

Senarai Pemenang / Juara Sebelum Ini

Beriku merupakan senarai pemenang Piala Sumbangsih dari tahun 1985 sehingga kini:

  1. Selangor FA (1985)
  2. Johor FA (1986)
  3. Selangor FA (1987)
  4. Kuala Lumpur FA (1988)
  5. Singapura (1989)
  6. Selangor FA (1990)
  7. Kedah FA (1991)
  8. Pahang FA (1992)
  9. Pahang FA (1993)
  10. Kedah FA (1994)
  11. Kuala Lumpur FA (1995)
  12. Selangor FA (1996)
  13. Selangor FA (1997)
  14. Sarawak FA (1998)
  15. Perak FA (1999)
  16. Kuala Lumpur FA (2000)
  17. Terengganu FA (2001)
  18. Selangor FA (2002)
  19. Penang FA (2003)
  20. MPPJ FC (2004)
  21. Perak FA (2005)
  22. Perak FA (2006)
  23. Perlis FA (2007)
  24. Perlis FA (2008)
  25. Selangor FA (2009)
  26. Selangor FA (2010)
  27. Kelantan FA (2011)
  28. Negeri Sembilan FA (2012)
  29. ATM (2013)
  30. Pahang FA (2014)
  31. Johor Darul Ta’zim (2015)
  32. Johor Darul Ta’zim (2016)
  33. Kedah FA (2017)
  34. Johor Darul Ta’zim (2018)
  35. Johor Darul Ta’zim (2019)
  36. Johor Darul Ta’zim (2020)
  37. Johor Darul Ta’zim (2021)
  38. Johor Darul Ta’zim (2022)
  39. Johor Darul Ta’zim (2023)
  40. Johor Darul Ta’zim (2024)

Artikel berkaitan: Piala Presiden 2024: Senarai Pasukan & Format

Senarai Kelab yang Bertanding

MFL telah mengumumkan sebanyak 13 kelab telah mengesahkan penyertaan untuk bertanding dalam musim baharu Liga Malaysia 2025-2026 yang bakal bermula pada 8 Ogos ini.

Berikut adalah senarai lengkapnya:

  1. Johor Darul Ta’zim FC (JDT)
  2. Selangor FC
  3. Penang FC
  4. Kuching City FC
  5. Sabah FC
  6. Terengganu FC
  7. Negeri Sembilan FC
  8. Kelantan Darul Naim FC
  9. Kuala Lumpur City FC
  10. PDRM FC
  11. DPMM FC
  12. Melaka FC
  13. Imigresen FC

Format Perlawanan

Kredit: FB Harimau Malaya

Jadual Lengkap Saingan Liga M 2025-2026

MFL turut mengeluarkan kalendar penuh saingan Liga M 2025-2026, yang memperincikan jadual untuk kejohanan utama seperti berikut:

  • Piala FA: Bermula 15 Ogos 2025, Final pada 14 Disember 2025
  • Piala Malaysia: Bermula 17 Januari 2026, Final pada 23 Mei 2026
  • Piala Cabaran MFL: Bermula 6 Februari 2026, Final dua perlawanan pada 4 & 18 April 2026

Namun, MFL menjelaskan bahawa kemungkinan pindaan jadual masih boleh berlaku berikutan beberapa faktor penting melibatkan kejohanan antarabangsa dan kelab.

MFL menyatakan bahawa jadual penuh Liga M tidak dapat dikeluarkan lebih awal disebabkan sesi undian Kejohanan AFC, termasuk Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan ACL2 yang dijadual pada 15 Ogos ini, membabitkan penyertaan JDT dan Selangor FC.

Tambahan pula, kedua-dua kelab tersebut juga akan bertanding dalam Kejuaraan Kelab ASEAN, di mana jadual rasmi baharu sahaja diumumkan oleh AFF.

Ini menyebabkan MFL perlu mengambil kira semua perlawanan ini bagi memastikan kelancaran saingan domestik.

Tarikh & Jadual Perlawanan Piala Sumbangsih 2025

Kredit: FB JDTFC

Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2025 iaitu Piala Sumbangsih dijadualkan akan berlangsung pada 8 Ogos 2025, menemukan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Takzim dan Naib Juara Liga Super 2024, Selangor FA.

Seperti termaktub dalam undang undang Liga Malaysia, hak penganjuran Piala Sumbangsih kekal diberikan kepada juara Liga Super, dan ini bermakna JDT akan menjadi tuan rumah untuk tahun ke-10 berturut turut.

  • Tarikh : 8 Ogos 2025 (Jumaat)
  • Masa : 9.00 malam
  • Lokasi Perlawanan : Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor 

LIVE Streaming Piala Sumbangsih 2025

Kesemua siaran langsung pada waktu sebenar perlawanan boleh disaksikan di saluran berikut:

  • TV2
  • Sukan RTM
  • TV Okey
  • RTM 1

Ikuti siaran langsung LIVE streaming RTM :

Anda juga boleh tonton secara penstriman langsung di Aplikasi RTMKlik klik sahaja link dibawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: