Piala Sultan Azlan Shah 2024 [LIVE] Jadual Perlawanan & Keputusan

Pasukan Malaysia Speedy Tiger kembali ke Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024 dengan membariskan pemain-pemain muda yang berumur 26 tahun dengan empat pemain berusia 30 tahun ke atas.

Skuad Speedy Tiger yang kini berwajah baru bakal menjadi medan ujian pertama bagi ketua jurulatih Sarjit Singh untuk mengukur kemampuan skuad negara ini.

Baca juga:

Sejarah Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah merupakan kejohanan hoki jemputan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia.

Kejohanan ini dinamakan Sultan Azlan Shah oleh kerana baginda merupakan peminat setia sukan hoki.

Piala Sultan Azlan Shah 2024 adalah edisi yang ke-30 sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1983.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas liga sepusingan (selepas perlawanan round-robin) akan mencabar untuk kejuaraan.

Manakala pasukan di kedudukan ketiga dan keempat akan beraksi dalam penentuan tempat ketiga.

Tarikh dan Tempat Piala Sultan Azlan Shah

Kejohanan hoki ini telah berlangsung dari 4 Mei 2024 hingga 11 Mei 2024 yang bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Piala Sultan Azlan Shah

Senarai Pasukan Yang Bertanding

Terdapat enam buah negara yang bertanding dalam kejohanan hoki ini. Antaranya seperti:

  • Malaysia
  • Pakistan
  • Kanada
  • New Zealand
  • Jepun
  • Korea

Senarai Pemain Malaysia

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan (Speedy Tiger) dipimpin oleh Sarjit Singh selaku Ketua Jurulatih dan Mohamad Sukri Abdul Mutalib, penolong jurulatih.

Berikut adalah senarai 18 pemain dan posisi mereka di bawah skuad ini yang akan bertanding dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2024.

NamaPosisiNombor Jersi
Muhammad Hafizuddin OthmanPenjaga Gol21
Che Sharul Azmi Che SaupiPertahanan32
Muhammad Marhan Jalil (Kapten)Pertahanan6
Syed Mohamad Syafiq  Syed CholanPertahanan1
Muhammad Amirul Hamizan AzharPertahanan29
Muhamad Shafiq HassanPertahanan27
Muhammad Najib Abu HassanPertahanan2
Syarman Mat TeePertahanan8
Mohd Fitri SaariTengah7
Nik Muhammad Aiman Nik RozemiTengah24
Shello SilveriusTengah15
Alfarico Lance Liau JrTengah22
Faizal SaariPenyerang13
Muhammad Azrai Aizad Abu KamalPenyerang10
Muhajir Abdu RaufPenyerang23
Mohamad Akhimullah Anuar EsookPenyerang11
Azimuddin Syakir KamaruddinPenyerang31
Piala Sultan Azlan Shah

Rekod Pencapaian Pasukan Malaysia

Mengikut rekod terdahulu sejak kejohanan tersebut dipertandingan pada tahun 1983, Malaysia telah muncul sebagai juara pada tahun 2022.

Kemudian, Malaysia juga berjaya muncul sebagai Naib Juara sebanyak lima kali iaitu pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

Jadual Perlawanan The Speedy Tiger

HariTarikhPerlawananMasa
Sabtu4 Mei 2024Malaysia lwn Pakistan8.30 PM
Ahad5 Mei 2024Kanada lwn Malaysia8.30 PM
Selasa7 Mei 2024Malaysia lwn New Zealand8.30 PM
Rabu8 Mei 2024Jepun lwn Malaysia8.30 PM
Jumaat10 Mei 2024Malaysia lwn Korea8.30 PM

Keputusan Terkini Piala Sultan Azlan Shah

Malaysia Lawan Pakistan

Malaysia membuka tirai kejohanan hoki ini dengan tewas kepada Pakistan 4-5.

Piala Sultan Azlan Shah

Malaysia Lawan Kanada

Pada aksi kedua, Malaysia bangkit daripada kekalahan dan berjaya menewaskan Kanada 6-2.

Skuad negara kini menduduki tangga ketiga pusingan round robin dengan 3 mata di belakang Pakistan dan Jepun.

Malaysia Lawan Australia

Malaysia membuat aksi luar biasa di luar jangkaan apabila berjaya menewaskan skuad New Zealand 6-4 yang merupakan pasukan rangking ke-10 dunia.

Kejayaan ini sekaligus menghidupkan peluang skuad negara untuk merebut dua tempat teratas mara ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) Edisi ke-30.

Nantikan perlawanan Malaysia dengan Jepun pada 8 Mei ini untuk penentuan peluang skuad kebangsaan kita mara ke peringkat final.

Malaysia Lawan Jepun

Kekalahan Skuad Speedy Tiger 2-1 kepada Jepun telah menguburkan harapan negara untuk ke peringkat final Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024.

Gol pertama dijaringkan Kazumasa Matsumoto pada minit ke-24. Malaysia mengejar untuk menyamakan mata pada separuh masa kedua melalui jaringan Faizal Saari.

Persaingan yang sengit dari kedua-dua negara menyaksikan suku ketiga berakhir tanpa jaringan dan kekal kedudukan 1-1.

Jepun terus berusaha keras untuk membolos pertahanan Malaysia dan Taiki Takade akhirnya menemui peluang dan muncul mendahuli pada minit ke-50.

Dengan masa tiga minit berbaki, Malaysia menggunakan permainan kuasa, tetapi sia-sia apabila Jepun meraih kemenangan pada wisel penamat.

Malaysia berada di tangga ketiga dengan enam mata manakala Jepun di tempat kedua dengan 10 mata. Pakistan berada di tangga teratas dengan 10 mata juga tetapi mendahului Jepun kerana perbezaan gol.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Jepun mara ke final pertama meraka dalam pertandingan dengan baki perlawanan dan menghadapi Pakistan.

Manakala Speedy Tigers berkemungkinan besar akan beraksi di playoff untuk tempat ketiga.

Bagi perlawanan pusingan akhir 10 Mei nanti, Speedy Tigers akan menentang Korea Selatan, Jepun menentang Kanada, manakala Pakistan menentang New Zealand.

Malaysia Lawan Korea

Skuad Speedy Tigers menutup tirai pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah 2024 dengan membanggakan apabila berjaya menewaskan Korea Selatan 1-0.

Gol tersebut dijaringkan oleh Akhimulllah Anuar pada minit ke-7. Kemenangan ini sedikit sebanyak dapat mengikis kekecewaan skuad negara untuk mengejar gelaran juara kejohanan ini apabila tumpas 1-2 kepada Jepun Rabu lalu.

Malaysia di tangga ketiga dengan sembilan mata manakala Jepun di tangga pertama dengan 13 mata dan diikuti Pakistan dibelakangnya dengan 11 mata.

Dengan keputusan ini Speedy Tigers akan bertemu dengan New Zealand untuk penentuan tempat ketiga dan keempat pada petang esok.

Malaysia Lawan New Zealand, Tempat Ke-4

Skuad hoki negara, Speedy Tigers tewas kepada New Zealand 3-4 dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 dalam Piala Sultan Azlan Shah 2024 di Ipoh, semalam.

Walaupun pernah menang besar dalam aksi round-robin pusingan ketiga, Malaysia bagaikan hilang arah untuk mencari kemenangan seterusnya.

Dengan kekalahan Malaysia mengakhiri kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024 dengan kedudukan di tempat ke-4.

Malaysia2-3New Zealand
Azrai Abu Kamal3′(FG)
5′(PC)Cosslett Scott
10′(FG)Elmes Jonty
48′(PC)Lett Dane
Saari Fitri60′(FG)
Piala Sultan Azlan Shah
Piala Sultan Azlan Shah
Piala Sultan Azlan Shah

Tonton LIVE

Bagi yang ingin menonton Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2024 secara langsung, anda boleh menontonnya melalui siaran Astro Arena HD saluran 801 pada jam 8.30 malam.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!