Separuh Akhir Piala Thomas 2024 – [ LIVE ] Malaysia lwn China

Separuh Akhir Piala Thomas 2024 – [ LIVE ] Malaysia lwn China

PERJALANAN SKUAD MALAYSIA KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2024

Skuad Piala Thomas negara telah berjaya melakar kegembiraan buat rakyat Malaysia apabila berjaya menumpaskan skuad Jepun dalam aksi Suku Akhir.

Skuad negara diundi bertemu Jepun selepas satu majlis undian berlangsung di Chengdu, China selepas menamatkan saingan Kumpulan D selaku naib juara selepas tewas 3-2 di tangan Denmark.

Dalam majlis undian berkenaan, juara 14 kali Indonesia yang memimpin Kumpulan C diundi bertemu naib juara Kumpulan A, Korea Selatan manakala tuan rumah China (juara 10 kali) diundi bertemu India.

Laluan peringkat awal menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Hong Kong dan Algeria, masing-masing dengan keputusan 5-0 sebelum akur tewas 3-2 di tangan Denmark pada perlawanan terakhir kumpulan.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia muncul selaku naib juara kumpulan manakala Denmark yang dibarisi pemain perseorangan nombor satu dunia, Viktor Axelsen meraih gelaran juara.

Pada edisi ke-32 di Nonthaburi, Thailand dua tahun lalu, skuad Piala Thomas negara menamatkan kempen di suku akhir apabila tewas 3-2 di tangan India, pasukan yang muncul juara selepas menewaskan Indonesia di pentas final.

Berikut adalah senarai pemain negara yang bakal beraksi sebentar lagi

Tarikh Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas 2024 – [LIVE] Malaysia vs China

Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas Separuh Akhir 2024 akan berlangsung pada:

  • 4 Mei 2024 (Sabtu)
  • 5.00 petang (waktu Malaysia)

Saksikan siaran langsung perlawanan separuh akhir Piala Thomas 2024, Malaysia lwn China, Sabtu (4 Mei 2024) jam 5.00 petang di TV Okey 110 MYTV, 146 Astro. Tonton Penstriman Langsung secara PERCUMA di aplikasi RTMKLIK! https://rtmklik.rtm.gov.my/

15 tayangan skrin besar akan diadakan di setiap negeri di Malaysia :

Senarai 15 lokasi tayangan skrin besar:
1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
2. Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
3. SACC Mall, Shah Alam, Selangor
4. Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis
5. Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
6. Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Perak
7. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi
8. Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh, Melaka
9. Toppen Shopping Centre, Johor Bahru, Johor
10. Dataran Kolej Polytech Mara, Kota Bharu, Kelantan
11. Ali Spices Kampung Ladang Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu
12. Padang MBK 1, Kuantan, Pahang
13. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sarawak, Kuching
14. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sabah, Putatan
15. Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Sukan Labuan, Sabah —

piala thomas live
Sumber: Jabatan Penerangan WPKL

Tonton LIVE

Bagi yang ingin menonton kejohanan Piala Thomas 2024 secara langsung, anda boleh menontonnya melalui siaran Astro Supersport dan RTM.

Berikut adalah pautan secara LIVE Thomas Cup 2024 melalui saluran berikut:

Malaysia Tewas 1-3 Kepada China

Penantian panjang selama 10 tahun bagi skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas akhirnya tidak kesampaian apabila tewas di tangan skuad badminton China dalam aksi separuh akhir di Chengdu semalam.

1. Perseorangan lelaki, Lee Zia Jia (Malaysia) vs Shi Yu Qi (China)

  • Lee Zia Jia tewas 19-21, 5-21

2. Beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (Malaysia) vs Liang Wei Keng-Wang Chang (China)

  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik menang 15-21, 21-12, 21-17

3. Perseorangan lelaki, Leong Jun Hao (Malaysia) vs Li Shi Feng (China)

  • Leong Jun Hao tewas 17-21, 10-21

4. Beregu, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (Malaysia) vs He Ji Ting-Ren Xiang Yu (China)

  • Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tewas 21-18, 19-21, 12-21

Mengikut rekod terdahulu, kali terakhir Malaysia layak ke final Piala Thomas ialah dalam edisi di New Delhi pada 2014.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: