Piala MFL 2024-25: Jadual Perlawanan, Kedudukan Terkini, LIVE Streaming

piala mfl 2023
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Piala MFL 2024-25: Jadual Perlawanan, Kedudukan Terkini dan LIVE

Piala MFL 2024-25 merupakan Liga Simpanan Bawah-23 bagi Liga Super Malaysia. Kejohanan ini adalah edisi kedua penganjurannya.

Tujuan MFL dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada pemain remaja berumur bawah 23 tahun.

Untuk edisi 2024-25, sebanyak 13 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka. Format pertandingan telah diubah untuk edisi kedua ini, di mana setiap pasukan akan bertanding dalam satu kumpulan, bermain di tempat sendiri dan tempat lawan secara bergilir-gilir.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Piala MFL bagi musim 2024/2025.

Pengenalan Piala MFL

Kejohanan ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pemain berumur 23 tahun untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, kejohanan ini merupakan medium terbaik bagi para pemain ini untuk menunjukkan kebolehan agar terpilih untuk bermain dengan pasukan utama mereka di Liga Super Malaysia.

Bagi meningkatkan daya saing dan intensiti saingan Piala MFL, kuota pemain lebih umur dan pemain asing pertandingan ini juga akan dibuka untuk digunakan mengikut keperluan dan percaturan setiap kelab dengan maksimum 3 pemain asing dan 2 pemain lebih umur di atas padang pada satu-satu masa.

Piala MFL juga memberi peluang kepada 5 orang pemain senior untuk kekal beraksi secara kompetetif dan mengekalkan kecergasan mereka walaupun tidak lagi layak untuk bermain dengan pasukan utama di Liga Super Malaysia.

Anda boleh rujuk jadual perlawanan Piala MFL musim 2024-25 dalam PDF di bawah:

BACA JUGA: Liga Super 2024-25: Jadual, Tarikh Perlawanan, LIVE Streaming

Format Pertandingan

Untuk makluman, Piala MFL musim 2024-25 akan menggunakan format liga satu kumpulan berbanding format dua kumpulan yang digunakan pada 2023.

Perubahan format ini dilihat akan menyediakan lebih banyak perlawanan kepada pemain-pemain dan juga seperti yang diminta oleh kelab-kelab untuk meningkatkan kesediaan dan pendedahan pemain bawah 23 tahun (B23) sebelum diserap ke pasukan Liga Super pada bila-bila masa.

Senarai Pasukan Bertanding

Penyertaan untuk Piala MFL ini terdiri dari kesemua skuad bawah 23 tahun dari kesemua 14 pasukan yang bertanding dalam Liga Super.

Selain itu, turut melengkapkan senaria 15 pasukan dalam kejohanan ini adalah pasukan khas yang dikenali sebagai Skuad Projek FAM-MSN.

Senarai penuh pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini adalah seperti yang berikut:

Kumpulan A

  1. Terengganu FC II
  2. PDRM B23
  3. Kedah Darul Aman B
  4. Johor Darul Ta’zim II
  5. Penang B23
  6. Sabah II
  7. Kelantan United B
  8. Skuad Projek FAM-MSN

Kumpulan B

  1. KL City Extention
  2. Negeri Sembilan II
  3. Sri Pahang II
  4. Selangor FC 2
  5. Perak FC II
  6. Kuching City II
  7. Kelantan II

Jadual Perlawanan Terkini Piala MFL 2024-2025

Jadual perlawanan tertunda Piala MFL akan bermula esk, 8 Februari 2025.

Info siaran langsung perlawanan antara Negeri Sembilan FC dan Selangor FC akan dimaklumkan kelak.

Kedudukan Terkini

Berikut ialah kedudukan terkini Piala MFL 2024-2025 | PMFL22 (Dikemaskini: 4 Februari 2025)

Siaran Langsung [LIVE Streaming]

Anda boleh menyaksikan saingan Piala MFL 2024-25 secara langsung melalui beberapa saluran berikut:

  • Youtube MFL
  • TV Okey: Menyiarkan beberapa perlawanan terpilih.
  • Astro Arena: Boleh ditonton di saluran Astro Arena (801) dan Astro Arena 2 (802), serta secara dalam talian melalui Astro GO.
  • Sooka: Anda boleh memuat turun aplikasi Sooka dari App Store (iOS) atau Play Store (Android).

Selain itu, perlawanan terpilih juga akan disiarkan di laman web RTM Klik secara percuma. Pelanggan NJOI juga dapat menonton Liga Malaysia dengan pelan yang ditawarkan, termasuk saluran Arena Bola.

Ikuti siaran langsung LIVE streaming RTM:

Siaran langsung di Astro Arena, Astro GO, TV2 dan Sukan RTM.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut