Piala Asia B-23 AFC 2024: Jadual & Senarai Pasukan Bertanding

Pasukan bola sepak Malaysia Bawah 23 (B-23) secara automatiknya layak ke Piala Asia B-23 AFC 2024 setelah mengharungi pusingan kelayakan.

Penganjuran pada tahu 2024 ini adalah edisi ke 6 Piala Asia B-23 AFC (Dahulunya dikenali sebagai Piala Asia B-23).

Kejohanan ini juga merupakan platform untuk memilih pasukan dari AFC yang layak untuk bertanding dalam sukan bola sepak dalam temasya Sukan Olimpik 2024 yang bakal berlangsung di Perancis.

Tiga pasukan teratas kejohanan akan layak ke Sukan Olimpik di Perancis sebagai wakil AFC manakala pasukan keempat terbaik akan bermain perlawanan play-off AFC–CAF untuk kelayakan.

Qatar secara rasminya telah terpilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran untuk edisi kali ini.

Tarikh kejohanan

Tarikh sebenar kejohanan ini belum diumumkan

Senarai pasukan yang layak

Berikut merupakan senarai penuh 16 pasukan yang telah layak ke Piala Asia B-23 AFC 2024 ini:

  • Qatar
  • Jordan
  • Korea Selatan
  • Vietnam
  • Jepun
  • Uzbekistan
  • Iraq
  • Emiriah Arab bersatu
  • Thailand
  • Australia
  • Arab Saudi
  • Indonesia
  • Kuwait
  • Tajikisatan
  • China
  • Malaysia

Artikel berkaitan: Harimau Malaya : Pemain, Jersi, Logo, Lagu & Ranking Terkini

Jadual perlawanan

Jadual perlawanan rasmi Piala Asia B-23 AFC 2024 belum dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Jadual rasmi akan dikeluarkan setelah undian bagi setiap kumpulan dilakukan.

Promosi: Dapatkan baju/seluar rasmi Harimau Malaya di Al-Ikhsan

Pencapaian dalam pusingan kelayakan

piala asia b-23 afc 2024

Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024 ialah pertandingan bola sepak lelaki bawah 23 tahun antarabangsa yang menentukan pasukan yang mengambil bahagian dalam Piala Asia B-23 AFC 2024.

Sebanyak 16 pasukan akan layak beraksi pada kejohanan akhir termasuk Qatar yang layak secara automatik sebagai tuan rumah.

Pada pusingan kelayakan yang lalu, Malaysia telah menduduki tempat kedua dalam Kumpulan H yang turut dianggotai Thailand selaku juara kumpulan dan Bangladesh dan Filipina yang masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Berikut merupakan keputusan yang telah dicatatkan oleh pasukan Harimau Malaya B-23 (atau dikenali sebagai Harimau Muda):

  • Malaysia 2 – 0 Bangladesh
  • Filipina 0 – 4 Malaysia
  • Thailand 1 – 0 Malaysia
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!