Advertisements

Cara Elak Kena Add Ke Group / Channel Bukan-bukan Di Telegram

Advertisements

Cara Elak Kena Add Dalam Group & Channel Telegram Asing

Telegram adalah salah satu aplikasi media sosial yang mempunyai jutaan pengguna. Bukan sekadar untuk berhubung, malah Telegram mempunyai pelbagai fungsi untuk memudahkan pengguna mendapat informasi, berjual beli dan sebagainya.

Namun, ada kalanya Telegram membuatkan privasi pengguna terganggu apabila profile peribadi dimasukkan ke dalam group yang asing.

Lebih teruk lagi, sesetengah group ini juga mempunyai unsur yang tak disenangi seperti judi, Forex dan spam. Ia merupakan salah satu isu yang pasti berlaku di kalangan pengguna Telegram.

Sebenarnya, terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh ikuti bagi mengelakkan perkara ini berlaku di Telegram anda.

Jom kita ikuti perkongsian Rosfadzillah Mohamed Yusof di Facebook untuk ketahui caranya dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Cara Guna WhatsApp Di 4 Peranti Berbeza (WhatsApp Multi-Device)

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Cara Elak Kena Add Dalam Group Telegram Yang Tak Dikenali

  1. Pertama, buka aplikasi Telegram dan tekan Setting.
  2. Seterusnya, pilih tetapan Privacy and Security.
  3. Kemudian, pilih Group & Channel.
  4. Di ruangan Who can add me to group chats?, pilih My Contacts. Jika anda pilih Everybody, anda membolehkan sesiapa untuk add anda dalam Group atau Channel tanpa sebarang sekatan.

Selesai! Kini anda bolehlah gunakan Telegram tanpa rasa runsing. Group atau Channel yang tak dikenali pasti tak akan muncul lagi pada masa akan datang.

Anda juga boleh rujuk langkah bergambar seperti di bawah :

Cara Elakkan Profile Anda Kena Add Dalam Group & Channel Telegram Asing

Langkah 1

Buka aplikasi Telegram dan tekan Setting.

Cara Elak Kena Add

Langkah 2

Kemudian, pilih tetapan Privacy and Security.

Cara Elak Kena Add

Langkah 3

Seterusnya, pilih Group & Channel.

Cara Elak Kena Add

Langkah 4

Kemudian, Di ruangan Who can add me to group chats?, pilih My Contacts. Pastikan bulatan di bahagian kanan My Contacts berubah menjadi biru.

Cara Elak Kena Add

Jangan lupa kongsikan tips berguna ini pada rakan dan keluarga anda! Untuk keterangan lanjut mengenai aplikasi ini, anda boleh pautan FAQ Telegram di https://telegram.org/faq.

Kredit : Rosfadzillah Mohamed Yusof

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment