Adakah anda berminat untuk beli Perodua Axia?
Sememangnya Axia merupakan antara pilihan paling popular bagi kereta yang bersaiz tidak terlalu besar namun lengkap dengan ciri-ciri yang menarik.
Kereta ini sesuai kegunaan mahasiswa, golongan bujang mahupun keluarga kecil.
Bagi yang mempunyai bajet yang rendah, anda boleh pertimbangkan untuk memiliki Perodua Axia memandangkan harganya yang berbaloi bertepatan dengan ciri-ciri yang ada padanya.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang model terkini Perodua Axia serba baharu dan cara membuat tempahan.
Sistem Keselamatan dan Teknologi Canggih dalam Axia 2025
Edisi baharu yang dilancarkan pada dua tahun lalu ini menawarkan rekabentuk yang lebih bergaya, sistem keselamatan yang ditambahbaik, serta dilengkapi dengan teknologi terkini.
Antara ciri-ciri Axia serba baharu ini termasuklah :
- Enjin 1.0 liter 1KR-VE
- Platform DNGA
- Transmisi D-CVT, tiada lagi transmisi manual
- Ada enam beg udara, ABS, EBD, VSC, TRC
- Skrin infotainmen sembilan inci, skrin kluster tujuh inci
Difahamkan Axia ini akan ditawarkan dalam 5 warna iaitu:
- Coral Blue (Baru)
- Glittering Silver
- Granite Gray
- Ivory White (Solid)
Jom kami belanja serba sedikit gambar Perodua Axia yang telah dilancarkan 14 Februari 2023.
Harga dan Perbezaan Varian Axia 2025
Mungkin ada yang keliru dengan tawaran varian berbeza bagi model Axia.
Di sini kami ingin jelaskan beberapa perbezaan varian, ciri-ciri serta harga yang ditawarkan bagi setiap satu.
Model terbaru ini mempunyai lima varian ditawarkan pada harga bermula :
- E – RM 22,000
- G – RM38,600
- X – RM40,000
- SE – RM44,000
- AV – RM49,500
Lima warna ditawarkan iaitu:
- Granite Grey (kelabu)
- Lava Red (merah)
- Glittering Silver (perak)
- Ivory White (putih, solid)
- Coral Blue (biru, warna baharu).
Berikut merupakan beberapa ciri-ciri khas bagi setiap varian Axia :
Varian | Ciri-Ciri |
AV | Satu-satunya varian yang dilengkapi dengan teknologi Advanced Safety Assist (ASA) : i) Land Departure Warning (LDW) ii) Land Departure Prevention (LDP) iii) Blind Spot Monitor iv) Rear Cross Traffic Alert (RCTA) v) Auto High Beam vi) Reverse Camera vii) 9” skrin Audio dengan kemudahan USB, HDMI, ‘Smart Link’ dan Bluetooth. viii) Lampu siang (Daytime Running Lights) x) Cermin sisi automatik dengan lampu isyarat LED Ciri-ciri lain : – 6 beg udara – Lengkap dengan sistem ECO-Idle dan Smart Entry serta Butang Push Start/Stop |
SE | Dilengkapi dengan ciri-ciri : – Lampu siang (Daytime Running Lights) – Parking assist (tanpa Reverse Camera) – Audio Standard dengan Bluetooth dan MP3 – Cermin sisi automatik dengan lampu isyarat LED Ciri-ciri lain : – 2 beg udara – Lengkap dengan sistem ECO-Idle – Mempunyai Smart Entry serta Butang Push Start/Stop |
X | Ciri-ciri : – 2 beg udara – Headlamp boleh laras secara manual – 2 speaker hadapan dan 2 speaker sisi – Audio Standard dengan Bluetooth dan MP3 – Mempunyai Smart Entry serta Butang Push Start/Stop – Front Corner Sensors – Cermin sisi automatik dan manual |
G | Ciri-ciri : – 2 beg udara – 2 speaker hadapan sahaja – Audio Standard dengan Bluetooth dan MP3 – Cermin sisi automatik dan manual |
E | – Varian dengan spesifikasi paling asas dan turut dikenali sebagai Axia Rahmah. – Tiada aksesori audio – Cermin sisi manual – Hanya pilihan kereta Manual tersedia bagi varian ini. |
Cara Buat Tempahan Axia Secara Online
- Pergi ke laman web https://www.perodua.com.my/online-booking.html
- Isikan maklumat pada borang yang disediakan. Anda juga boleh pilih warna kereta dan aksesori tambahan.
- Harga keseluruhan tanpa Insurans akan dipaparkan.
- Buat pembayaran tempahan secara online sebanyak RM 100. Anda akan menerima resit melalui emel.
- Muat turun aplikasi UFirst daripada Perodua untuk semak tempahan.
Anda juga boleh semak brochure rasmi mengenai Axia 2025 di bawah :
Maklumat lengkap tentang perincian model bagi setiap varian boleh dirujuk pada laman web rasmi Perodua melalui pautan : https://www.perodua.com.my/
Baca juga:
- Harga Perodua Bezza Baru (Facelift) Bermula Dari RM34,580
- Harga Proton Saga Baru (Model Auto & Manual)
Secara keseluruhannya, perbezaan ketara antara setiap varian adalah terletak pada spesifikasi ciri keselamatan serta penambahan aksesori-aksesori yang dirasakan perlu.
Kesemua varian Axia turut tergolong dalam Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), jadi penggunaan bahan api pastinya tidak akan membebankan pemilik.
Maklumat Lanjut & Cara Tempahan
Sehingga kini, Perodua Axia merupakan antara model kereta yang paling dicari oleh golongan belia di Malaysia.
Lebih mudah, semua orang boleh beli kereta perodua Axia idaman rakyat Malaysia secara atas talian sahaja.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan Perodua Axia, sila ke pautan laman web rasmi Perodua seperti di bawah :
- Laman web Perodua Malaysia : https://www.perodua.com.my/
- Hotline : 1-800-88-6600
- Tempahan : https://www.perodua.com.my/online-booking.html
- Tempahan untuk temujanji pandu uji (test-drive) : https://www.perodua.com.my/test-drive