Permohonan Baharu UPUOnline Sesi Akademik 2022/2023
Pemohon boleh dibuat pada :
- Dibuka 1 Jun 2022
- Ditutup 28 Jun 2022
Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi UPU Online bagi calon yang belum mengemukakan permohonan pada 4 Februari hingga 31 Mac 2022.
Untuk makluman, bayaran proses no unik ID bagi permohonan sesi akademik 2022 / 2023 juga akan dikecualikan kepada semua pemohon.
Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang syarat, cara permohonan dan panduan UPU online 2022.
Syarat Am / Kategori Permohonan UPU Online 2022
Terdapat 2 kategori permohonan iaitu:
KATEGORI 1 : PERMOHONAN LEPASAN SPM
- Kategori A
- SPM 2021
- Kategori B
- SPM 2020
- SPM 2019
KATEGORI 2 : PERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF
- STPM 2021
- Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2021 / 2022
- STAM 2021 & 2020
- Diploma / Setaraf
- Diploma UA / Politeknik
- DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
- Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IBD / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan
- STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)
Syarat pemilihan program UPU online 2022 boleh dibuat dengan merujuk ke pautan berikut:
- Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf
- Pemohon mempunyai kelayakan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma/ Setaraf
- Program Pengajian Lepasan SPM
- Pemohon mempunyai kelayakan SPM
Baca juga: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User
Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Bagi Permohonan UPUOnline 2022 / 2023
Calon boleh membuat carian program pengajian semasa membuat permohonan dengan merujuk kepada :
KOD PROGRAM PENGAJIAN
KEMASUKAN KE IPTA
SESI AKADEMIK 2022/2023
Panduan Memilih Program
- Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
- Program yang minat.
- Pilihan program mengikut keutamaan.
- Rujuk kaunselor.
- Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
Dasar Pemilihan Meritokrasi
Dasar pemilihan UPU online 2021 adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;
90% MARKAH AKADEMIK
10% MARKAH KOKURIKULUM
Pemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor berikut:
Panduan Permohonan UPUOnline 2022
Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:
- Layari portal rasmi UPU Online di pautan https://upu.mohe.gov.my/
- Pastikan kategori anda betul.
- Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
- Kira merit disini.
- Semak tren permohonan dan penawaran.
- Semak laluan kerjaya.
- Isi permohonan UPUOnline.
- Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
- Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Klik butang “SIMPAN”.
- Cetak slip permohonan.
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.
Semakan Tarikh Penting Kemasukan Pelajar
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajat lepas SPM & lepasan STPM Sesi Akademik 2022 / 2023
TARIKH TARIKH PENTING KEMASUKAN PELAJAR
Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang sistem dan permohonan UPU Online 2022, sila hubungi saluran berikut:
- Hotline : 03 – 8870 8200
- Waktu talian dibuka :
- (Isnin – Jumaat) dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Waktu rehat 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin – Khamis), 12.45 tengah hari hingga 2.45 petang (Jumaat)
- Waktu talian dibuka :
Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online 2022, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai maklumat berikut:
- Semakan Status UPU
- Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
- e-Panduan
- e-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
- Kalendar Akademik (Takwim)
- Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline
- Aduan
- Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Pengguna boleh memberi maklumbalas (aduan/pertanyaan/cadangan) berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BKPA.
Anda juyga boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi borang maklumbalas di SINI.