Permohonan SBP 2026 Tingkatan 1 & 4 (Sekolah Khusus & MRSM)

permohonan sbp 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sekolah Berasrama Penuh atau singkatannya SBP merupakan salah satu sebuah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, selain Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2026 Tingkatan 1 & 4 kini dibuka pada 1 Ogos sehingga 7 September 2025 melalui https://spskt1.moe.gov.my (Tingkatan 1) atau https://spskt4.moe.gov.my (Tingkatan 4) bagi murid di bawah sekolah KPM manakala murid dari sekolah swasta boleh memohon melalui pautan https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/. Untuk makluman, permohonan bagi tahun 2026 menggunakan sistem single entry point atau sistem tunggal permohonan, bermaksud permohonan MRSM dan SBP / Sekolah Khusus kini menggunakan pautan yang sama.

Permohonan kemasukan ke SBP perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang senarai SBP, Program Ditawarkan, Lokasi dan lain-lain Sekolah Khusus yang boleh dimohon.

Pengenalan Permohonan SBP

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun Satu (Sijil Vokasional Malaysia) ke sekolah khusus. Sekolah khusus ini meliputi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Permohonan pentaksiran mula tahun 2026 ini dilaksanakan secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point (tunggal). Ini bermaksud, tiada lagi pengasingan permohonan MRSM dan SBP seperti sebelumnya.

Jenis Sekolah Khusus, SBP & Program Ditawarkan

JENIS SEKOLAH & PROGRAM DITAWARKAN DI SEKOLAH KHUSUS 2026 adalah seperti berikut:

  • SBP (Sekolah Berasrama Penuh)
    • STEM
      • Fokus subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik. Sesuai untuk pelajar yang cemerlang dalam akademik & bercita-cita dalam bidang sains.
    • STEM Agama
      • Gabungan subjek STEM & subjek agama. Seimbang antara akademik moden dan asas agama.
    • STEM TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab)
      • Program STEM + hafazan Al-Quran + penguasaan 3 bahasa (Arab, Inggeris, Melayu). Pelajar perlu hafaz 30 juzuk dalam masa 5 tahun.
    • Sastera & Kemanusiaan
      • Fokus pada subjek sastera, sejarah, ekonomi & kemanusiaan. Sesuai untuk pelajar yang minat bidang sosial, komunikasi & kemanusiaan.
senarai sbp
  • SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama)
    • STEM Agama
      • Gabungan subjek Sains, Matematik & subjek agama. Sesuai untuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan berminat mendalami ilmu agama.
    • STEM TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab)
      • Gabungan STEM + Hafazan Al-Quran + subjek agama. Pelajar akan menghafaz Al-Quran dalam masa yang ditetapkan sambil belajar akademik.
    • Sastera & Kemanusiaan
      • Fokus pada subjek sastera, sejarah, bahasa & agama. Sesuai untuk pelajar yang minat bidang sosial & kemanusiaan.
  • SMT (Sekolah Menengah Teknik)
    • Kejuruteraan Mekanikal
      • Belajar asas mesin, mekanik, dan aplikasi dalam industri pembuatan & penyelenggaraan.
    • Kejuruteraan Awam
      • Fokus pada pembinaan bangunan, jalan, jambatan & struktur kejuruteraan lain.
    • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
      • Asas elektrik, litar, elektronik & penggunaan teknologi tenaga.
    • Perdagangan
      • Subjek berkaitan dunia perniagaan, ekonomi, akaun & pengurusan.
    • Sains Pertanian
      • Pembelajaran tentang pertanian moden, tanaman, ternakan & pengurusan ladang.
permohonan sekolah teknik malaysia smt 2026
  • KV (Kolej Vokasional)
    • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
      • Belajar asas pendawaian, sistem elektrik & elektronik untuk kegunaan industri & rumah.
    • Mekanikal & Pemesinan Industri
      • Fokus kepada penggunaan mesin, alat pemotong & teknologi pembuatan logam.
    • Pembinaan & Pemprosesan Kayu
      • Latihan dalam kerja pembinaan bangunan, pertukangan & kemahiran berkaitan kayu.
    • Automotif & Penyejukan Udara
      • Pelajar diajar baik pulih kenderaan & penyaman udara rumah/kenderaan.
    • ICT / Multimedia / Fesyen
      • Gabungan teknologi maklumat, reka grafik, animasi & asas jahitan atau fesyen.
    • Perniagaan / Akaun / Pemasaran
      • Fokus kepada pengurusan jual beli, akaun perniagaan & teknik pemasaran produk.
    • Hospitaliti (Kulinari / Pelancongan)
      • Belajar masakan profesional, penyediaan makanan, serta asas pengurusan pelancongan.
    • Agroindustri & Pertanian
      • Latihan dalam pertanian moden, penternakan & industri hasil tani.
    • Pengurusan Awal Kanak-Kanak
      • Pelajar didedahkan kepada kaedah asuhan & pendidikan kanak-kanak.
    • Perkhidmatan Masyarakat
      • Latihan dalam kemahiran sosial, khidmat komuniti & kesejahteraan masyarakat.
  • MTD (Maktab Tentera Diraja)
    • Institusi elit latihan kepimpinan tentera untuk pelajar lelaki yang cemerlang fizikal, sahsiah & akademik.
    • STEM
      • Fokus kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik. Sesuai untuk pelajar yang ingin jadi pemimpin dalam bidang ketenteraan, kejuruteraan, perubatan dan sains.
    • Sastera & Kemanusiaan
      • Tumpuan kepada subjek kemanusiaan seperti Sejarah, Ekonomi, Bahasa & Pendidikan Islam. Sesuai untuk pelajar yang ingin menyumbang dalam bidang pentadbiran, undang-undang atau hubungan antarabangsa.
  • MRSM (Maktab Rendah Sains MARA)
    • Program Premier
      • Program akademik arus perdana, fokus kepada Sains & Matematik.
    • Program Bitara
      • Untuk pelajar cemerlang. Kurikulum lebih mencabar & padat.
    • IGCSE
      • Gabungan kurikulum Malaysia + Cambridge International (English-based).
    • STEM
      • Fokus kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik.
    • Ulul Albab
      • Gabungan akademik + agama. Pelajar hafaz 30 juzuk Al-Quran + program STEM.
    • Program Teknikal
      • Gabungan akademik + kemahiran teknikal seperti teknologi, automasi dan reka bentuk.
PERMOHONAN MRSM 2026

Syarat Permohonan SBP & Sekolah Khusus 2026

  1. Warganegara Malaysia
  2. Modul Pengurusan Murid KPM (APDM / MOEIS)
  3. Sekolah swasta yang TIADA Modul Pengurusan Murid boleh memohon MRSM melalui entry PKSK tersebut untuk PERMOHONAN Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  4. Umur calon mestilah murid Tahun 6 (12 tahun – PKSK T1) / Tingkatan 3 (15 tahun – PKSK T4) tahun semasa (2025).
permohonan sbp 2026

Tarikh Permohonan SBP 2026 / Garis Masa PKSK

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2026 dibuka mulai 1 Ogos sehingga 7 September 2025.

Sila rujuk garis masa permohonan SBP dan ujian PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi 2026/2027 di bawah:

  • Permohonan PKSK : 1 Ogos – 7 September 2025
  • Semakan Pusat Ujian : 12 September – 17 Oktober 2025
  • Ujian PKSK : 7 Oktober – 17 Oktober 2025
  • Semakan Tawaran : Disember 2025
permohonan sbp 2026

Cara Permohonan SBP Tingkatan 1 & 4

Kerajaan telah menyediakan 2 portal berasingan bagi permohonan SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 seperti yang berikut:

A.  PANDUAN AM
1.Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBU BAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
2.Pemohon dikehendaki mengisi dan menyemak semua MAKLUMAT yang diperlukan BETUL dan TEPAT.
3.Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
4.PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (7 September 2025). 
Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak borang permohonan.
5.Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA) dan MRSM. PKSK Tingkatan 1 akan dilaksanakan dalam tempoh 6 Oktober 2025 hingga 17 Oktober 2025.
B.  PANDUAN KHUSUS
1.Pemohon dikehendaki memasukkan No. MyKid/MyKad murid dan No. MyKad/No. Pengenalan Diri Penjaga Utama/Penjaga Kedua kemudian klik LOG MASUK.
2.Maklumat pemohon yang dipaparkan adalah maklumat padanan data daripada :

Bagi sekolah KPM (termasuk sekolah bantuan kerajaan), pemohon hanya perlu mengemas kini maklumat dalam Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) melalui pautan https://idme.moe.gov.my/login. Sebarang pindaan maklumat akan dikemas kini secara automatik dalam sistem permohonan.

Bagi sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, pemohon hanya perlu mengemas kini maklumat dalam Sistem Perkhidmatan Atas Talian (SPATKPM) melalui pautan https://public.moe.gov.my. Seterusnya, sila berhubung dengan guru kelas sekolah asal untuk pengesahan pindaan maklumat. Pindaan maklumat yang telah disahkan oleh guru kelas akan dikemas kini dalam sistem permohonan.
3.STATUS PENYAKIT
Nyatakan status kesihatan pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan:
KETERANGAN
AIDS AKIBAT PEMINDAHAN DARAHALAHAN/EKZEMA
ANAEMIA APLASTIK
ANGIN AHMARAR
TEREKTOMI KORONARI
ASMA
BUTA
DARAH TINGGI
DISTROFI OTOT
G6PD
GANGGUAN MENTAL/SKIZOFRENIA/KEMURUNGAN
HEPATITIS A/B/C
HILANG UPAYA MENYELURUH DAN KEKAL
KANSER
KARDIOMIOPATI
KECEDERAAN/KECACATAN FIZIKAL
KENCING MANIS
PENYAKIT BUAH PINGGANG
KETUMBUHAN OTAK
KOMA
LEUKEMIA
LUMPUH
MASALAH JANTUNG
MELECUR TERUK
MENINGITIS BAKTERIA/PENYAKIT RADANG OTAK
PEMBEDAHAN AORTA
PEMBEDAHAN OTAK
PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
ALZHEIMER
AUTOIMMUNE
PENYAKIT HATI/HEPER KRONIK
PENYAKIT NEURON MOTOR
PARKINSON
PENYAKIT PARU-PARU
PENYAKIT SISTE MEDULA
POLIO/POLIOMIELITIS
SAWAN/EPILEPSI
SAKIT JANTUNG
SINDROM APALIK
TUMOR DAN KECACATAN PEMBULUH DARAH
SIHAT
LAIN-LAIN
4.STATUS ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Nyatakan status OKU pemohon.
5.E-MEL
Masukkan alamat e-mel pemohon/ibu/bapa/penjaga utama yang aktif.
6.PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Bagi sekolah KPM (termasuk sekolah bantuan kerajaan), maklumat PBD akan dipadankan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) KPM. Manakala bagi sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, maklumat PBD akan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Swasta, KPM.
7.PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
Bagi sekolah KPM (termasuk sekolah bantuan kerajaan), maklumat PAJSK akan dipadankan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) KPM.
Manakala bagi sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, maklumat PAJSK akan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Swasta, KPM.
8.PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)
Bagi sekolah KPM (termasuk sekolah bantuan kerajaan), maklumat PPsi akan dipadankan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) KPM. Manakala bagi sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, maklumat PPsi akan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Swasta, KPM.
9.PILIHAN 1 SEKOLAH KHUSUS/MRSM
Maklumat Pilihan 1 Sekolah Khusus/MRSM adalah WAJIB diisi.
9.1 JENIS SEKOLAH KHUSUS/MRSM
Pilihan sekolah khusus/MRSM seperti berikut:KETERANGANSekolah Berasrama Penuh (SBP)Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
9.2 BERMINAT MENGIKUTI DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)
Pilih YA/TIDAK.
*Senarai sekolah yang akan dipaparkan selepas ini adalah berdasarkan pilihan pemohon untuk mengikuti DLP.

9.3 PAKEJ MATA PELAJARAN/PROGRAM
Pilihan pakej mata pelajaran/program adalah seperti berikut:
JENIS SEKOLAH KHUSUS/MRSM
PAKEJ MATA PELAJARAN/PROGRAM YANG DITAWARKAN
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Perdana/Akademik
Agama
Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Agama
Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Program Premier
Program Premier-STEM Excellence
Program Bitara
Program IGCSE
Program Ulul Albab
Program Teknikal
9.4 NEGERI
Pilihan NEGERI sekolah pemohon.
9.5 NAMA SEKOLAH
Pilihan NAMA SEKOLAH pemohon.
*Pemohon TIDAK BOLEH memilih sekolah yang sama sebagai pilihan sekolah khusus/MRSM.
9.6 JARAK DARI RUMAH KE SEKOLAH
Pilih anggaran jarak seperti tertera dari tempat tinggal pemohon ke sekolah pilihan.
*Bagi SMKA, pilih YA/TIDAK untuk pilihan tinggal di Asrama. Ianya tertakluk kepada kekosongan.
10.PILIHAN 2 DAN 3 SEKOLAH KHUSUS/MRSM
Rujuk perkara 9.1 hingga 9.6.
11.PILIHAN PUSAT PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)
11.1 NEGERI PILIHAN
Pilih negeri untuk menduduki PKSK.
11.2 PPD PILIHAN
Pilih Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pusat PKSK.
11.3 PILIHAN PUSAT PKSK
Pilih nama pusat PKSK pilihan.
  *Nama pusat PKSK TIDAK AKAN DIPAPARKAN SETELAH MENCAPAI JUMLAH CALON YANG DITETAPKAN.
**Penentuan pusat sebenar PKSK adalah tertakluk kepada KPM.
12.PERAKUAN PEMOHON
Tanda pada pernyataan yang berkenaan.
13.CETAK PERMOHONAN
Borang permohonan PERLU dicetak sebagai rujukan/simpanan.

panduan permohonan SBP tingkatan 1

SBP Tingkatan 1

Berikut merupan panduan permohonan bagi SBP Tingkatan 1 bagi tahun 2026 / 2027:

1.Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBU BAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
2.Pemohon dikehendaki mengisi dan menyemak semua MAKLUMAT yang diperlukan BETUL dan TEPAT.
3.Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
4.PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (8 September 2024). Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak borang permohonan.
5.Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA). PKSK Tingkatan 1 akan dilaksanakan dalam tempoh 7 Oktober 2024 hingga 17 Oktober 2024.

SBP Tingkatan 4

Berikut merupakan panduan permohonan bagi SBP Tingkatan 4 bagi tahun 2026 / 2027:

1.Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
2.Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
3.Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
4.PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (8 September 2024). Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
5.Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/ SMKA/ SMT/ KV/ MTD). PKSK Tingkatan 4 akan dilaksanakan dalam tempoh 23 September 2024 hingga 3 Oktober 2024.

Artikel berkaitan: Permohonan Sekolah Khusus 2025 (SBP/SMKA Tingkatan 1 & 4)

Sejarah Penubuhan SBP

Kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru telah memberi penekanan kepada keperluan tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi.

Dasar ini telah dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975 – 1980) dan memberi penekanan kepada perkembangan sekolah berasrama penuh (SBP).

SBP diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti.

SBP memainkan peranan penting bagi mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia. SBP menjana bakat yang sepadan dengan cabaran global.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan SBP 2025 bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti berikut:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.

Tel: 03-83217400
Emel: [email protected]

Untuk perkembangan terkini mengenai permohonan ke SBP, sila layari laman web di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut