SEMAKAN KEPUTUSAN BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2024/2025
Untuk makluman, keputusan permohonan telah dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM melalui laman sesawang pada 20 Jun 2024.
Terkini, semakan keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ambilan kedua bagi sesi 2024/2024 boleh dibuat mulai 5 Julai 2024 pada jam 3:00 petang.
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan secara percuma melalui pautan online.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara semakan keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM, kelebihannya, serta cara membuat permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya.
Semakan Keputusan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2024/2025 (Rayuan – Ambilan Kedua)
Semakan boleh dibuat secara online mulai 5 Julai 2024 pada jam 3:00 petang.
- Tarikh pendaftaran di Kolej : 11 & 12 Julai 2024
- Pautan semakan: https://matrikulasi.moe.gov.my
Untuk sebarang soalan sila layari laman sesawang di ruangan Pendidikan> Lepasan Menengah> Matrikulasi> Soalan Lazim Matrikulasi.
Ikuti media sosial Program Matrikulasi KPM untuk hebahan dan maklumat terkini. FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM, IG/TikTok – matrikulasikpm #matrikpilihanpertama #matrikulasidihatiku
Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks
Tarikh Penting Kemasukan Matrikulasi KPM Sesi 2024 / 2025
Permohonan Fasa 2 telah dibuka pada tarikh berikut:
- Tarikh permohonan matrikulasi buka : 27 Mei 2024
- Tarikh akhir permohonan matrikulasi : 31 Mei 2024
TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN / KEMASUKAN SESI 2024 / 2025
- Kemaskini Permohonan / baharu (27-31 Mei 2024)
- Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (20 Jun 2024)
- Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2024)
- Keputusan Rayuan (5 Julai 2024)
- Pendaftaran Ambilan 2 (11 / 12 Julai 2024)
Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks
RUJUK : Kalendar Akademik Program Matrikulasi
Apakah Program Matrikulasi KPM?
Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.
Program Matrikulasi KPM ini mempunyai 4 jurusan iaitu
- Jurusan Sains
- Jurusan Kejuruteraan
- Jurusan Perakaunan
- Jurusan Perakaunan Profesional
Sila rujuk syarat-syarat dan penerangan melalui infografik di bawah:
Baca juga: DPLI UM 2022: Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Kelebihan Program Matrikulasi
Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.
Antara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:
Kelebihan :
- Memperoleh elaun daripada kerajaan
- Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
- Tempoh pembelajaran yang singkat
- Memperoleh penerpaan soft skill
Risiko :
- Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
- Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
- Wajib mengambil MUET
- Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam
Syarat Permohonan Matrikulasi
Syarat asas permohonan ialah:
i. Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;
ii. Warganegara Malaysia; dan
iii. Pemohon mestilah calon SPM tahun semasa.
Manakala syarat-syarat khusus adalah seperti berikut:
Syarat kelayakan minimum kemasukan ke Program Matrikulasi ialah memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM:
i. Jurusan Sains
- C Bahasa Melayu;
- C Bahasa Inggeris;
- B Matematik;
- C Matematik Tambahan;
- C Kimia
- C Fizik atau Biologi dan
- Lulus Sejarah
ii. Jurusan Kejuruteraan
- C Bahasa Melayu;
- C Bahasa Inggeris;
- B Matematik;
- C Matematik Tambahan;
- C Fizik;
- Lulus Kimia;
- Lulus Sejarah dan
- C dalam satu daripada mata pelajaran berikut:
- Biologi/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/
- Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/
- Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi
- Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
- Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Kimia.
iii. Jurusan Perakaunan
- C – Bahasa Melayu;
- C – Bahasa Inggeris;
- C – Matematik;
- Lulus Sejarah dan
- C dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/
- Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
- Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
- Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
- Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
- Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
- Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/
- Matematik Tambahan.
iv. Jurusan Perakaunan Profesional
- C – Bahasa Melayu;
- A- Bahasa Inggeris;
- A – Matematik;
- C – Matematik Tambahan;
- Lulus Sejarah;
- Lulus Ujian aptitud dan termuduga dan A dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/
- Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
- Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/
- Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
- Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
- Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
- Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
- Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Senarai Matrikulasi Di Malaysia
Institusi / Alamat | Telefon / Faks | E-mel / Laman Web |
Kolej Matrikulasi Melaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 78300 Masjid Tanah, Melaka. | Tel:06-3832000 Faks:06-3847190 | E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. | Tel:06-4841825 Faks:06-4841821 | E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kementerian Pendidikan Malaysia, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. | Tel:04-5756090 Faks:04-5757389 | E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Perlis Kementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau, Perlis. | Tel:04-9868613, 04-9868614, 04-9868615, 04-9868616 Faks:04-9868542, 04-9868543 | E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81735, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan. | Tel:087-465311, 087-465314 Faks:087-466500 | E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor. | Tel:06-9781613 Faks:06-9781595 | E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Perak Kementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng, Perak. | Tel:05-3594449, 05-3594600 Faks:05-3594412, 05-3594413 | E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah. | Tel:04-9286100 Faks:04-9242186 | E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang, Pahang. | Tel:09-5495000 Faks:09-5499612, 09-5498996 | E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah. | Tel:04-4682508 Faks:04-4682281 | E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26400 Bandar Jengka, Pahang. | Tel:09-4677103 Faks:09-4677102 | Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor. | Tel:07-6881629, 07-6881630 Faks:07-6881631, 07-6882720 | E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia, Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor. | Tel:03-31201410 Faks:03-31201372 | E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kelantan Kementerian Pendidikan Malaysia, Beg Berkunci No. 3, 16810 Selising, Kelantan. | Tel:09-7808000 Faks:09-7808080 | E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak. | Tel:082-439100 Faks:082-433108 | E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my |
Kolej MARA Kulim Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah. | Tel:04-4906422 Faks:04-4906426 | E-mel:info[@]kmkulim.edu.my Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my |
Kolej MARA Kuala Nerang Lot 556, Daerah Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah. | Tel:04-7867250, 04-7867255 Faks:04-7867254 | E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my Laman Web:http://www.kmkn.edu.my |
Cara Permohonan Matrikulasi 2024/2025
Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my
Yuran & Bantuan Sara Hidup Pelajar
Bagi pelajar daripada keluarga B40, M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.00 ke bawah akan diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM1,250.00 setiap semester.
Pelajar yang layak akan menerima BSHP dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap.
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.
Perincian yuran pendaftaran bagi pelajar Program Matrikulasi adalah seperti berikut:
Baca juga: UPUOnline 2022 / 2023: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan
Tarikh Pengambilan Matrikulasi Sesi 2024/2025
Berikut adalah tarikh tarikh penting Pengambilan Pelajar Program Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025:
Tarikh | Maklumat Penting |
---|---|
Jan – Dis 2024 | Taklimat Promosi |
15 Disember 2023 | Permohonan Fasa 1 dibuka melalui : matrikulasi.moe.gov.my |
31 Mac 2024 | Permohonan Fasa 1 ditutup |
27 – 31 Mei 2024 | Permohonan Fasa 1 dibuka selama 5 hari (selepas keputusan SPM diumumkan) |
4 Jun 2024 | Ujian aptitud |
7 Jun 2024 | Temu duga bagi pelajar yang mohon Jurusan JPPRO sahaja |
20 Jun 2024 | Hebahan Calon Jaya *dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM |
21 – 30 Jun 2024 | Setuju terima/yuran pendaftaran (dalam talian) |
30 Jun / 1 Julai 2024 | Pendaftaran Pelajar Baharu (di kolej) |
5 Julai 2024 | Calon Jaya ambilan 2 (rayuan) dan pendaftaran pada 11/12 Julai 2024 |
9 Julai 2024 | PdP bermula selepas MPPB |
Tarikh & Cara Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2024/2025
Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan matrikulasi secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut: matrikulasi.moe.gov.my
Calon-calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2024/2025 dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran
- Surat tawaran
- Panduan pendaftaran pelajar
- Maklumat peribadi pelajar
- Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
- Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
- Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matriks
Calon yang layak boleh mengisi permohonan di link berikut : https://matrikulasi.moe.gov.my
Info Rasmi Program Matrikulasi KPM
Layari pautan berikut semakan matrikulasi dan maklumat lanjut:
https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi