Panduan Permohonan Kad Pengenalan 12 Tahun Kali Pertama

Setiap warganegara Malaysia yang sudah berumur 12 tahun perlulah mendaftarkan Kad Pengenalan mereka.

Kad Pengenalan (atau lebih dikenali sebagai MyKad) merupakan sebuah dokumen pengenalan diri seorang warganegara Malaysia yang mengandungi butiran butiran peribadi mengenai dirinya.

Kewajipan mendaftarkan kad pengenalan kepada seorang individu yang sudah mencapai umur 12 tahun ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia:

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

Syarat Permohonan Kad Pengenalan 12 Tahun

Seseorang individu yang telah memenuhi syarat-syarat seperti di bawah boleh mendaftarkan kad pengenalan mereka:

  1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  2. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur
    2.1. Ibu atau Bapa; atau
    2.2. Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
  3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
  5. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

Artikel berkaitan: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Bagi urusan pengesahan, individu yang ingin mendaftarkan kad pengenalan mestilah membawa bersama dokumen-dokumen berikut:

  1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL)
    1.1. Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA).
    1.2. Pasport bagi pemohon yang menetap di luar negara.
  2. DOKUMEN PENGANJUR (ASAL)
    2.1. Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga)
    2.2. Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
    2.3. Pasport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara.
  3. DOKUMEN SOKONGAN
    3.1 Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Bayaran Permohonan

Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.

UmurBayaran Permohonan (RM)Bayaran Proses (RM)Jumlah Bayaran (RM)
12 tahun hingga 12 tahun 30 hari
12 tahun 30 hari hingga 13 tahun10.0010.00
13 tahun 1 hari hingga 14 tahun10.0010.00
14 tahun 1 hari hingga 15 tahun10.0010.00
15 tahun 1 hari hingga 16 tahun10.0010.00

Prosedur Permohonan Kad Pengenalan 12 Tahun

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen asal yang perlu dikemukakan.

Walau bagaimanapun, bagi yang pertama kali membuat kad pengenalan ketika berumur 12 tahun, permohonan kad pengenalan ini juga boleh dibuat secara dalam talian – lebih menjimatkan masa anda.

Sila rujuk infografik berikut untuk panduan permohonan kad pengenalan 12 tahun buat kali pertama:

permohonan Kad Pengenalan 12 Tahun

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat pertanyaan atau soalan, sila membuat pertanyaan melalui

Laman web: e-Pertanyaan (SISPAA JPN)

atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my)

Facebook : Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Laman web: https://www.jpn.gov.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!