Senarai Peribahasa Bahasa Cina Beserta Maksud

peribahasa bahasa cina
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bahasa Cina juga mempunyai peribahasa Bahasa Cina yang mempunyai maksud tertentu atau tersirat serta mempunyai maksud yang tersendiri.

Peribahasa ini juga menggambarkan keunikan Bahasa Cina dan mempunyai peribahasa yang boleh diterjemah ke bahasa tersebut.

Maksud Peribahasa

Peribahasa dalam erti kata lain adalah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat.

Ianya digunakan untuk menyampaikan nasihat, teguran, atau ingatan secara tidak langsung.

Selain itu, ia juga digunakan sebagai alat berkomunikasi sama ada untuk menegur perbuatan yang tidak elok, memberi harapan, motivasi, menyindir, memberi arahan dan sebagainya.

Senarai Peribahasa Mandarin

Senarai peribahasa bagi bahasa ini adalah seperti berikut:

Peribahasa Bahasa CinaSebutanTerjemahanMaksud
风暴使树木深深扎根fēngbào shǐ shùmù shēnshēn zhāgēnBadai akan membuat pohon memiliki akar yang lebih kuat dari dalam.Setiap kali anda melakukan sesuatu, anda pasti tidak akan terlepas daripada kesulitan atau kesilapan.
伟大始于渺小wěidà shǐ yú miǎoxiǎoPerkara yang besar dimulai dari perkara yang sangat kecil.Untuk mencapai kejayaan yang besar, ianya bermula dengan usaha yang kecil
更上一层楼gèng shàng yī céng lóuNaiklah setingkat lebih tinggi.Dorongan untuk mencapai kejayaan
善有善报shàn yǒu shàn bàoKebaikan akan dibalas dengan kebaikan.Setiap kebaikan yang dibuat, pasti akan dibalas kebaikan
木已成舟 ,生米煮成熟饭mù yǐ chéng zhōu, shēng mǐ zhǔ chéng shú fànKayu telah berubah menjadi perahu, beras telah berubah menjadi nasiSesuatu yang tidak dapat diubah lagi
不受苦中苦,难得甜中甜bù shòu kǔ zhōng kǔ, nán de tián zhōng tiánBila tidak mahu berusaha, maka tidak ada hasilnya.Kejayaan tidak akan berhasil tanpa adanya usaha
有福同享,有難同當Yǒu fú tóng xiǎng, yǒu nàn tóng dāng.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingSuka duka sama-sama ditanggung
有利潤就有人潮Yǒu lìrùn jiù yǒu réncháoAda gula ada semut  Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.
流芳百世,永垂不朽.Liúfāng bǎishì, yǒngchuíbùxiǔHancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jugaBudi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.
看別人做感覺很難,自己做更難Kàn biérén zuò gǎnjué hěn nán, zìjǐ zuò gèng nánBerat mata memandang, berat lagi bahu memikul Hanya orang yang mengalami tahu kesusahan sebenar
人情債一輩子也還不清.Rénqíng zhài yībèizi yě hái bù qīngHutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa matiBudi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang
有志者,事竟成.Yǒuzhì zhě, shì jìng chéngDi mana ada kemahuan, di situ ada jalan Jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya
一種米養百種人Yīzhǒng mǐ yǎng bǎi zhǒng rénRambut sama hitam hati lain-lainTiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya.
金窩銀窩不如自己的草窩 Jīn wō yín wō bùrú zìjǐ de cǎo wōHujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiriWalau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi
國有國法,家有家規Guóyǒu guó fǎ, jiā yǒu jiāguīDi mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMematuhi peraturan dan undang-undang, dimana jua kita berada
人死留名,豹死留皮 Rén sǐ liú míng, bào sǐ liú pí.Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan namaOrang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat
忘恩負義Wàng’ēnfùyì Bagai kacang lupa kulitOrang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan.
未雨綢繆WèiyǔchóumóuSediakan payung sebelum hujanBerwaspada sebelum ditimpa kesusahan
積少成多Jī shǎo chéng duōSedikit-sedikit lama-lama jadi bukitBersabar dan gigih dalam melakukan sesuatu dan akhirnya akan memberikan hasil yang memuaskan
雨後春筍YǔhòuchūnsǔnBagai cendawan tumbuh selepas hujanSesuatu perkara yang wujud dengan banyaknya dalam waktu singkat. 
曇花一現TánhuāyīxiànSeperti abu di atas tunggulKedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap atau tidak selamat.
心如刀割Xīn rú dāo gē.Seperti dihiris dengan sembiluPerasaan yang sangat sedih

Info Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peribahasa Bahasa Cina, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=5KjQIk4ZqlI

Baca juga: Tahun Ular 2025: Maksud & Tarikh CNY 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut