Contoh-Contoh Peraturan Kelas Di Sekolah

Setiap kelas di sekolah sudah tentu mempunyai peraturan kelas yang tersendiri seperti yang diarahkan oleh guru.

Berikut merupakan contoh-contoh peraturan yang boleh dilaksanakan di dalam kelas masing-masing.

Konsep Pengurusan Kelas

Pengurusan kelas penting bagi mengurus aktiviti, pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra bagi murid bagi mengurangkan masalah tingkah laku.

Pengurusan bilik darjah yang efektif memerlukan guru:

  • Merancang
  • Mengelola
  • Mengawal
  • Membuat Refleksi
  • Menjalin Hubungan Guru-Murid

Kepentingan Peraturan

Terdapat beberapa kepentingan peraturan diwujudkan di dalam kelas iaitu:

  • Memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan baik.
  • Memastikan murid dan pelajar sentiasa berdisiplin ketika berada dalam kelas.
  • Memastikan kelas berada dalam keadaan baik dan kondusif untuk belajar.
  • Mengelakkan berlakunya kemalangan di dalam kelas.
  • Mewujudkan suasana yang selamat dan harmoni di dalam kelas.

Isi Peraturan Yang Boleh Diwujudkan

Antara peraturan di dalam kelas yang lazimnya diwujudkan adalah seperti berikut:

  • Jangan bising.
  • Jaga kebersihan di dalam kelas.
  • Beri salam sebelum masuk ke kelas.
  • Minta izin guru untuk keluar dari kelas.
  • Tidak bising di dalam kelas.
  • Buang sampah di dalam tong sampah.
  • Menjaga budi bahasa di dalam kelas.

Contoh Peraturan Di Dalam Kelas

Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi peraturan ini adalah seperti di bawah:

Poster-poster mengenai peraturan ini boleh didapati Di Sini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!