Adakah anda ingin mengetahui cara mudah menyemak penyata pencen bagi pesara kerajaan?
Antara kelebihan bagi seorang pesara kerajaan tentulah duit pencen yang diterima setiap bulan.
Bagi pesara, sudah tentulah mereka mahu menyemak penyata wang persaraan bagi duit yang diterima setiap bulan, terutamanya penyata wang bersara bagi bulan Januari memandangkan terdapat kenaikan sebanyak 2% duit persaraan yang diterima setiap tahun.
Kini, segalanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja dan kali ini mari lihat betapa mudahnya untuk menyemak penyata pencen bagi pesara kerajaan secara online sahaja.
Cara kira kenaikan wang persaraan
Kerajaan telah bersrsetuju memberikan kenaikan 2% setiap tahun bagi wang persaraan yang diterima.
Bagaimakah caranya untuk mengetahui jumlah terbaru wang persaraan yang bakal diterima setiap bulan selepas kenaikan ini?
Mudah sahaja.
- Anggarkan wang persaraan yang anda terima adalah RM1000
- 2% daripada jumlah tersebut adalah bersamaan dengan RM20. Maka kenaikan yang diterima anda adalah RM20.
- Dengan kenaikan 2% ini, maka wang persaraan baru selepas kenaikan pada bulan Januari adalah RM1020.
Semakan Penyata Bayaran Pencen
Kerajaan Malaysia sebenarnya sudah menyediakan satu kemudahan untuk semakan penyata pencen ini melalui sebuah aplikasi dalam talian.
Untuk menggunakannya, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal Penyatan Bayaran Pencen di alamat https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Masukkan No. Akaun Pencen
- Pilih pilihan Tahun
- Tandakan pada kotak pengesahan Captcha
- Klik pada butang Hantar
- Penyata wang persaraan anda akan dipaparkan sekiranya kesemua maklumat yang dimasukkan adalah betul
Bagi memastikan penyatan ini telah dikemaskini, seeloknya anda membuat semakan penyata ini beberapa hari selepas tarikh wang persaraan dimasukkan bagi memastikan transaksi tersebut telah dikemaskini.
Artikel berkaitan:
- Tarikh bayaran pencen PERKESO
- JHEV: Semakan Jadual Pencen Pesara Tentera / Penyata Veteran ATM
- 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen
- Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2022 (Jadual Bulanan)
Aplikasi MyPesara
Pihak Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) juga telah membangunkan aplikasi MyPesara bagi kemudahan pesara kerajaan menyemak penyata pencen yang diterima mereka.
Untuk memuat turun aplikasi percuma ini, hanya klik pautan di bawah:
- App Store – Pengguna iOS
- Google Play – Untuk pengguna Android
Sila muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai sahaja bagi mengelakkan maklumat peribadi anda daripada dicuri oleh penjenayah yang tidak bertanggungjawab.