Bagi pelajar muslim tingkatan 5, subjek Pendidikan Islam merupakan subjek yang wajib di sewaktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Oleh itu amat penting, untuk anda fahami dan pelajari subjek ini dengan lebih mendalam bagi mendapatkan keputusan SPM yang cemerlang.
Berikut, kami kongsikan silibus, nota dan latihan yang boleh anda lakukan sebagai ulang kaji anda nanti. Teruskan pembacaan anda untuk ketahui lebih lagi.
Subjek Pendidikan Islam
Subjek Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang perlu di ambil oleh semua pelajar beragama Islam, dari di peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah.
Subjek agama Islam ini, telah diangkat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membina dan membentuk hamba dan khalifah Allah SWT yang berilmu, beriman, bertaqwa, beramal soleh, berakhlak mulia dan berketerampilan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.
Melalui subjek ini juga, KPM berharap ia dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu untuk menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan alam demi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.
Silibus Pendidikan Islam Tingkatan 5
Untuk pengetahuan pelajar dan ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak-anak yang bakal mengambil kertas Pendidikan Islam (PI) ini berikut merupakan silibus subjek yang perlu dikuasai oleh para pelajar sebelum menduduki ujian tersebut:
Buku Teks Digital Pendidikan Islam Tingkatan 5
Rujukan utama bagi para pelajar yang bakal mengambil kertas PI dalam SPM 2025 ini, ialah buku teks anda. Berikut merupakan buku teks digital yang dilengkapi dengan semua maklumat berkenaan subjek ini:
Download Nota PI Tingkatan 5
Berikut merupakan nota ringkas bagi subjek PI Tingkatan 5 ini, yang boleh anda jadikan sebagai rujukan sewaktu melakukan ulangkaji:
Selain nota yang kami kongsikan ini, anda juga boleh mendapatkan buku rujukan tambahan di aplikasi Shopee dengan harga yang murah dan berpatutan.
PdF Latihan PI Tingkatan 5
Selain nota di atas anda juga digalakkan untuk memuat turun latihan Pendidikan Agama Islam di bawah dan menjawab setiap soalan bagi melatih diri anda sebelum menjalani ujian SPM nanti: