Jadual / Tarikh Pembayaran BPN Fasa 1 Bermula 6 April 2020

pembayaran bpn
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Berikut info terkini yang kami terima.

Pembayaran BPN kini diawalkan dan akan mula diagihkan bermula 6 April sehingga 15 April mengikut kategori penerima.

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri sebentar tadi di Facebook rasmi beliau.

Diharapkan berita ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hari anda sepanjang mengharungi PKP.

Jadual Tarikh Pembayaran BPN Fasa 1

Berikut adalah jadual rasmi & tarikh pembayaran BPN fasa 1:

Seperti yang tertera, pembayaran untuk kategori B40 akan bermula 6 – 12 April.

Manakala penerima kategori M40 akan menerima BPN bermula 13 – 15 April.

Bayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di BSH / LHDNM.

Bagi yang tiada akaun, pembayaran akan dibuat secara tunai di BSN selepas tamat PKP.

Jumlah Pembayaran

Seperti semua sedia maklum, pembayaran baki BSH pada April digantikan dengan BPN.

Baki BSH akan disalurkan pada bulan Julai nanti.

Bagi penerima BSH, anda secara automatik akan menerima BPN.

Begitu juga M40 yang berdaftar dengan LHDNM.

Hanya mereka yang tiada langsung rekod dengan BSH / LHDNM perlu membuat permohonan baru BPN.

Jumlah pembayaran BPN adalah seperti berikut:

  1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020. 
  2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei. 
  3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020. 
  4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei. 

Semakan Status Permohonan

Semakan status boleh dibuat di portal rasmi BPN di bpn.hasil.gov.my

Namun anda tidak perlu bersusah payah semak status permohonan jika anda penerima BSH 2020.

Penerima BPN akan menerima emel / SMS memaklumkan status permohonan masing-masing.

Apa pun kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan atas keprihatinan tentang masalah rakyat mengharungi wabak COVID-19.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut