PBPPP: Login ePrestasi, Borang Semakan Penilaian, Takwim 2023

Jika sebelum ini penilaian guru menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kini guru akan dinilai menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016 melalui ePrestasi, iaitu salah satu aplikasi KPM di bawah Sistem Maklumat Guru.

Pelaksanaan Penilaian Pertama PBPPP bagi tahun 2023 telah bermula pada 03 April hingga 27 Jun 2023.

Penilaian ini merupakan suatu penilaian berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –2025. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pelaksanaan PBPPP 2023 / 2024.

Apakah PBPPP KPM?

PBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Sistem yang digunakan adalah sistem ePrestasi.  ePrestasi merupakan satu aplikasi KPM di bawah Sistem Maklumat Guru, dimana sebelum ini penilaian guru menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kini guru akan dinilai menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang mana telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016. 

PBPPP memberi fokus kepada elemen:

  • Kompentensi
  • Potensi
  • Keberhasilan Ia berasaskan Gred dan Jawatan, serta mengikut konsep berasaskan bidang tugas dan tempat bertugas. Penilaian ini diwujudkan berdasarkan Anjakan 4: Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan berasaskan kompetensi,  Anjakan 5: Kepimpinan berprestasi tinggi, dengan memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan dan penggantian bagi pengetua dan Guru Besar mulai 2013.

Maklumat yang perlu dikemas kini dengan tepat dalam Sistem e-Operasi / e-Prestasi termasuklah:

  • Agensi Melantik
  • Jawatan
  • Gred
  • Tarikh Lantikan Pertama

Baca juga:

Garis Panduan / Format Borang Keberhasilan

PENAMBAHBAIKAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) PBPPP

Adalah dimaklumkan, terdapat penambahbaikan pada fungsi Pegawai Yang Dinilai (PYD) di mana PYD tidak boleh menghantar LNPT selagi Pegawai Penilai Pertama (PPP) tidak mengesahkan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PYD.

Rajah 3 ialah format Borang Keberhasilan yang mesti digunakan
semasa menetapkan sasaran keberhasilan untuk mendapatkan skor
penilaian keberhasilan dan peratus melebihi sasaran.

Templat borang ini dibekalkan dalam format MS Excel (versi 2007 dan ke atas) boleh digunakan sepanjang tempoh penilaian tahun semasa.

Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK) PBPPP ini disediakan untuk panduan semua pihak dalam menilai prestasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

GPPKK ini menerangkan secara khusus terma dan syarat-syarat, prosedur dan kaedah pelaksanaan penilaian bagi mengelakkan kekeliruan.

Diharapkan GPPKK ini dapat membantu semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan penilaian PKK PBPPP seperti yang dihasratkan.

Tarikh-tarikh Penting (Takwim PBPPP 2023)

  • 1 Mac – 31 Mac : Kemaskini Maklumat
  • 3 April – 27 Jun : Penilaian Pertama
  • 28 Jun – 16 Julai : Penyelenggaraan Sistem
  • 17 Julai – 1 September : Kemaskini Pertukaran
  • 17 Julai – 30 September : Pertukaran Pegawai Penilai
  • 4 September – 1 Disember : Penilaian Akhir
  • 2 Disember – 10 Disember : Penyelenggaraan Sistem
  • 11 Disember – 22 Disember : Pelarasan Markah
  • 23 Disember – 7 Januari 2024 : Penyelenggaraan Sistem
  • 8 Januari 2024 – 16 Februari 2024 : Penilaian Guru Baharu 2023

SLIDE TOT PBPPP 2013
1. Slide TOT (Pelaksanaan dan Sistem e-Prestasi).ppt
2. Taklimat Sistem e-Prestasi.ppt
3. Instrumen PBPPP.ppt
4. Instrumen Keberhasilan Guru PdP.ppt
5. Instrumen Keberhasilan Pengetua dan Guru Besar.ppt
6. Instrumen Keberhasilan Penolong Kanan.ppt

MANUAL PENGGUNA
Manual Am Pelaksanaan PBPPP.pdf
Modul Sistem e-Prestasi.pdf
Muka Depan Manual Am.pdf

INSTRUMEN PENILAIAN KOMPETENSI
1. Guru Akademik.pdf
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling.pdf
3. Jurulatih.pdf
4. Kepimpinan Sekolah.pdf

INSTRUMEN DAN SIMULASI KEBERHASILAN
Instrumen
1. Instrumen Keberhasilan Guru.pdf
2. Instrumen Keberhasilan Pengetua Guru Besar.pdf
3. Instrumen Keberhasilan Penolong Kanan.pdf
Simulasi
1. Simulasi Keberhasilan Guru.xls
2. Simulasi Keberhasilan Pemimpin Sekolah.xls

BORANG PEMANTUAN
Borang Pemantauan Pelaksanaan PBPPP.pdf
Borang Pemantauan Taklimat PBPPP.pdf

Cara Semakan Slip Keputusan Markah PBPPP Di HRMIS

Anda boleh membuat semakan markah / slip keputusan PBPPP masing-masing melalui pautan : https://hrmis2.eghrmis.gov.my/

NOTA:

Bagi yang tidak dapat mengakses markah ini di HRMIS, sila rujuk dengan Jawatankuasa Prestasi di peringkat negeri.

Untuk membuat rayuan markah, prosedur tersebut tertakluk kepada Jawatankuasa Prestasi masing-masing. Sila rujuk dengan Jawatankuasa tersebut apa yang perlu dibuat dan bagaimana hendak dibuat.

Tarikh Semakan Markah PBPPP 2023

Bahagian Pengurusan HRMIS KPM memaklumkan bahawa Paparan Slip Keputusan PBPPP 2022 di dalam HRMIS boleh mula diakses mulai 20 Februari 2023.

Rayuan semakan semula markah adalah dalam tempoh 6 bulan mulai tarikh paparan markah.

Aduan teknikal HRMIS boleh disalurkan melalui em-mel Meja Bantuan iaitu [email protected]

Aduan TIADA PAPARAN MARKAH hendaklah disalurkan kepada urusetia PPSM masing-masing.

pbppp kpm

Istilah Berkaitan

Berikut ialah maksud bagi istilah-istilah yang terdapat dalam Borang Keberhasilan:

  • Bidang tugas bermaksud skop tugas PYD. Tiada penetapan khusus berkaitan bidang tugas.
  • Sasaran keberhasilan bermaksud hasil kerja utama PYD yang boleh diukur dan memberi impak kepada klien atau organisasi
  • Penilaian Pertama bermaksud markah pencapaian atau peningkatan semasa penilaian pertama pada pertengahan tahun penilaian.
  • Penilaian Akhir bermaksud markah pencapaian atau peningkatan pada akhir tahun penilaian.
  • Melebihi Sasaran bermaksud melebihi sasaran yang telah disasarkan.
  • Catatan bermaksud makluman hasil semakan semula sasaran sama ada kekal, pinda, gugur atau tambah selepas penilaian pertama.
  • Bilangan Sasaran bermaksud bilangan keseluruhan sasaran keberhasilan yang dinilai.
  • Jumlah Markah bermaksud markah keseluruhan pencapaian atau peningkatan sasaran keberhasilan yang dinilai.
  • Peratus Pencapaian bermaksud purata markah keberhasilan bagi sasaran yang dinilai dan pencapaian peratus melebihi sasaran.
  • Skor bermaksud skor penilaian berdasarkan tahap keberhasilan. Skor bagi penilaian pertama dan penilaian akhir mesti dipindahkan dalam Sistem e-Prestasi oleh PP1.
  • Ruangan peratus melebihi sasaran. Peratus ini mesti dipindahkan ke dalam Sistem e-Prestasi pada ruang Peratus Melebihi Sasaran.

Maklumat Lanjut Semakan PBPPP

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau terus ke https://eprestasi.moe.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!