Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Sakit & Kuarantin

cuti kuarantin penambahbaikan menjaga anak
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

PENAMBAHBAIKAN CUTI SAKIT / KUARANTIN UNTUK JAGA ANAK YANG DIJANGKITI PENYAKIT BERJANGKIT

Kakitangan kerajaan yang mempunyai anak dijangkiti penyakit berjangkit termasuk Covid-19 layak mendapat cuti menerusi Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan, berkuat kuasa 4 Mac 2022 lalu.

Melalui kemudahan ini, sekiranya anak anda perlu dikuarantin bagi penyakit berjangkit (seperti Covid-19, HFMD, Chicken Pox, dll), anda boleh mendapatkan kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin (maksima 5 hari).

Apa perbezaannya dengan pekeliling sebelum ini?

Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah pindaan daripada Kemudahan Cuti Kuarantin yang dilaksanakan sejak 1 Januari 2017.

Sebelum ini hanya ada 6 penyakit berjangkit yang tersenarai, kini terdapat tambahan “lain-lain penyakit berjangkit” yang memberi lebih banyak kemudahan untuk ibu bapa yang bekerja.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kemudahan ini.

Apakah Penambahbaikan Cuti Kuarantin Menjaga Anak?

Dalam satu surat edaran oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah kepada semua ketua jabatan memaklumkan, menerusi pindaan itu pegawai kerajaan boleh mendapatkan cuti maksimum selama 5 hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta ; atau mengikut mana yang lebih rendah dengan pindaan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

Bagi pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat atau Cuti Rehat Khas atau cuti lain yang berkelayakan.

Sumber: Public Health Malaysia

Selain itu apabila keadaan pegawai itu mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR).

Sila rujuk Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12(8): Penambahbaikan Kemudahan Cuti Kuarantin, bertarikh 4 Mac 2022 di bawah:

kemudahan cuti kuarantin menjaga anak covid 19
cuti kuarantin menjaga anak covid 19
CUTI KUARANTIN JAGA ANAK

Kelayakan

Pegawai yang layak Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah ibu dan bapa yang sah.

Syarat anak yang dikuarantin adalah:

  • berumur bawah 18 tahun atau jika masih belajar bawah 21 tahun; dan
  • tidak kira apa jua umurnya bagi yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.

Baca juga: Tak Perlu Ulang Ujian RTK & PCR Selepas Tamat Kuarantin

Pelaksanaan

Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan Di Bawah Penjagaan Sementara

Mana-mana pegawai yang diberikan hak penjagaan selain anak yang dinyatakan di perenggan 8 (a) hingga (e) di atas semasa ketiadaan ibu bapa atas apa-apa jua sebab untuk suatu tempoh berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, jika anak itu perlu
dikuarantin semasa dalam tempoh penjagaan pegawai itu, pegawai boleh diberikan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Surat Edaran.

Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan hendaklah dilaksanakan seperti berikut:

  • pegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta
  • senarai penyakit berjangkit yang boleh dipertimbangkan adalah seperti di Lampiran SR.5.4.4(A), dengan penambahan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta; dan
  • permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan beserta perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan seperti di Lampiran SR.5.4.4(B).

SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT (Lampiran SR.5.4.4(A))

  1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease (HFMDI))
  2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
  3. Campak (Measles)
  4. Chickenpox
  5. Difteria
  6. Malaria
  7. Lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta (Contoh: Influenza A / B)

Perbezaan CMA, CMAKP, CTR Kelompok & Cuti Separuh Gaji Menjaga Anak / Ahli Keluarga Sakit

Ciri-CiriCuti Menjaga Anak (CMA)CMAKPCuti Menjaga Anak Sakit (CTR Kelompok)Cuti Separuh Gaji Jaga Ahli Keluarga Sakit
PeraturanMyPPSM SR5.2.2MyPPSM SR5.4.4MyPPSM SR5.7.1MyPPSM SR5.1.2
Kelayakan– Maksimum 5 tahun sekiranya bersambung dengan Cuti Bersalin

– Maksimum 1 tahun sekiranya tidak terikat dengan Cuti Bersalin

– Untuk bapa juga kelayakan 1 tahun
– Maksimum 5 hari termasuk hari cuti umum dan Sabtu Ahad– 20 hari setahun (berkongsi dengan 17 jenis CTRK yang lain)

– Kiraan termasuk hari cuti umum dan Sabtu Ahad
– Setiap setahun perkhidmatan dapat 30 hari kelayakan

– Maksimum 180 hari sepanjang perkhidmatan
Jenis Cuti dan Kesan Pada PerkhidmatanCUTI TANPA GAJI

– Hilang kekananan

– Kelayakan CR Tahunan berubah

– Tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi kiraan faedah persaraan berkurang
CUTI BERGAJI PENUH

Tiada kesan pada perkhidmatan
CUTI BERGAJI PENUH

Tiada kesan pada perkhidmatan
CUTI SEPARUH GAJI

– Maksudnya gaji dan elaun layak dapat separuh sahaja.

– Hilang kekananan

– Kelayayakan CR Tahunan berubah

– CSG tidak mengubah tempoh perkhidmatan yang layak untuk kiraan faedah persaraan
Pastikan anda memilih jenis cuti yang betul mengikut situasi bagi mengelakkan kesan negatif kepada perkhidmatan.
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang