PAT-G : Cara Daftar Akaun, Semak & Download Apps Digital

PAT-G : Cara Daftar Akaun, Semak & Download Apps Digital

Setiap pekebun kecil yang memiliki atau mengendalikan satu ladang getah atau lebih tidak melebihi 40.6 hektar, wajib memerlukan PAT-G yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara untuk mendaftar akaun PAT-G dan membuat semakan lanjut berkenaan permohonan anda.

Baca juga:

Apa itu PAT-G?

PAT-G

PAT-G atau juga dikenali sebagai Permit Autoriti Transaksi Getah adalah suatu permit untuk menjual getah yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) secara percuma kepada mana-mana pekebun kecil yang memiliki atau mengusahakan kebun getah kurang daripada 40.46 hektar atau 100 ekar.

Menjadi satu kesalahan apabila pekebun kecil menjual getah tanpa memiliki PAT-G.

Untuk maklumat semua, bermula 10 Mei 2021 cetakan PAT-G dalam bentuk digital telah dikuatkuasakan bagi menggantikan cetakan di dalam bentuk kad.

Ini merupakan persediaan awal selaras dengan proses pelaksanaan peningkatan sistem tersebut secara dalam talian sepenuhnya.

PAT-G

Objektif PAT-G

  1. Mewujudkan satu pengenalan kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang memiliki atau mengusahakan kebun getah.
  2. Merupakan satu kebenaran untuk menjual getah.
  3. Mengekang kes kecurian getah di peringkat kebun.
  4. Membangunkan satu pangkalan data profil pekebun kecil getah.

Syarat-syarat

  1. Wargangera Malaysia (MyKad warna biru sahaja).
  2. Seseorang yang memiliki atau mengusahakan kebun getah dalam suatu Negeri yang jumlah keseluruhannya tidak melebihi 40.6 hektar.
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  4. Kebun getah telah matang.

Siapa Yang Perlu Memiliki PAT-G?

Individu yang memiliki atau mengendalikan satu ladang getah atau lebih dalam suatu Negeri yang jumlah keseluruhannya tidak melebihi 40.6 hektar.

Kategori Pengguna

1. Pemilik – memiliki kebun getah tetapi diusahakan oleh orang lain.

2. Pemilik dan Pengusaha – memiliki dan mengusahakan kebun getah sendiri.

3. Pengusaha – mengusahakan kebun getah milik orang lain.

4. Pentadbir – pentadbir atau pemehang amanah dalam sesuatu kebun getah atau dilantik sebagai pentadir oleh Pejabat Tanah.

5. Peneroka – mengusahakan kebun getah dalam permintaan (TOL) atau mengusahakan kebun getah tanpa geran.

6. Pribumi – orang asli yang mengusahakan kebun getah dibawah seliaan JAKOA.

Cara Muat Turun Aplikasi PAT-G

Bagi pengguna Android, ini adalah pautan untuk memuat turun aplikasi tersebut di Google Play Store: PAT-G LGM

PAT-G
PAT-G

Bagi pengguna iOS, ini adalah pautan untuk memuat turun aplikasi tersebut di laman web Safari: https://patg.lgm.gov.my/patg-public/

PAT-G
PAT-G
@lamanrasmilgm

Aplikasi PAT-G digital (e-kad) dibangunkan oleh LGM bagi menggantikan PAT-G yang dikeluarkan secara kad fizikal. Dengan PAT-G digital, ia mempermudahkan pekebun kecil membuat permohonan PAT-G. Setiap pekebun kecil adalah disyaratkan untuk memiliki PAT-G yang dikeluarkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) secara percuma bagi sebarang aktiviti urus niaga getah dan sebagai syarat untuk pemberian insentif dan bantuan. Menerusi PAT-G pekebun kecil akan menikmati insentif IPG yang dinaikkan daripada RM 2.50 sekilogram kepada RM2.70 sekilogram. #LGMTerajuGetah #LGMMadani #BukanSekadarKomoditi #Komoditigetah #MyGetah #LGM #patg @Fadillah Yusof @KPK @Anwar Ibrahim @BuletinTV3@JABATAN PERDANA MENTERI @japentv @RTM Malaysia Official @Utusan Malaysia @🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 @The Star

♬ original sound – Lembaga Getah Malaysia – Lembaga Getah Malaysia

Cara Pendaftaran Akaun PAT-G Digital

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftaran akaun aplikasi digital tersebut:

  1. Pilih daftar dan isi maklumat dengan lengkap bagi pendaftaran akaun PAT-G Digital.
  2. SMS pautan pengesahan akan dihantar ke nombor telefon yang anda telah masukkan.
  3. Klik pautan SMS yang diterima untuk mengesahkan pendaftaran akaun.

Cara Permohonan Baru PAT-G

  1. Pilih daftar PAT-G.
  2. Isi semua “Maklumat Pekebun” dengan lengkap dan pilih “Seterusnya”.
  3. Pilih “Tambah” untuk mengisi “Maklumat Pekebun”.
  4. Pilih “Kategori”, “Agensi” dan “Syarat Tanah” di ruangan “Maklumat Tanah Pekebun”.
  5. Pilih “Teruskan”.
  6. Sistem akan memaparkan hasil carian dokumen untuk dimuat turun.
  7. Pilih “Simpan dan Teruskan”.
  8. Isi semua “Maklumat Kebun” dengan lengkap dan pilih “Simpan”.
  9. Muat naik gambar atau fail dokumen yang telah lengkap diisi dan pilih “Simpan”.
  10. Pilih “Setuju dan Hantar” sekiranya status dipaparkan siap untuk dihantar.
  11. Notifikasi akan diterima bagi setiap permohonan yang berjaya dihantar.
  12. Notifikasi akan diterima selepas permohonan anda diluluskan.

Cara Permohonan Pembaharuan PAT-G

  1. Pilih “Profil” di Laman Utama.
  2. Pilih ikon PAT-G.
  3. Sistem akan memaparkan maklumat yang sedia ada.
  4. Pilih PAT-G yang ingin diperbaharui.
  5. Pilih “Perbaharui”.
  6. Pilih “Klik untuk Tangkap Gambar”. Sekiranya ingin mengambil gambar setiap muka surat geran tanah yang terkini atau dokumen yang berkaitan dengan lengkap untuk dimuat naik.
  7. Pilih “Klik untuk Pilih Gambar”. Sekiranya ingin memilih gambar setiap muka surat geran tanah terkini atau dokumen yang berkaitan dengan lengkap untuk dimuat naik.
  8. Pilih “Hantar”.
  9. Notifikasi akan diterima bagi setiap permohonan yang berjaya dihantar. Notifikasi juga akan diterima selepas permoonan diluluskan.

*Tempoh pembaharuan boleh dibuat dalam tempoh SATU (1) tahun sebelum tamat tempoh.

*Permohonan baharu perlu dibuat sekiranya PAT-G telah dibatalkan.

Anda boleh rujuk pada pautan berikut untuk memuat turun Kaedah Penggunaan Aplikasi Mudah Alih PAT-G Digital.

Borang Permohonan Kad PAT-G

Anda boleh memuat turun Borang Permohonan Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) di sini:

Maklumat Lanjut

Malaysian Rubber Board
18th Floor Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Tel: 603-9206 2000
Fax: 603-2163 4492
Email: [email protected]

Bantu kami share artikel ini: