PAKW : Kalkulator Perbelanjaan Kos Sara Hidup Wajar

PAKW
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah memperkenalkan PAKW untuk menentukan berapa anggaran kos sesebuah isi rumah untuk menjalani kehidupan bermakna.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi secara detail maklumat berkaitan dengan cara pengiraan menggunakan kalkulator ini dengan betul dan kepentingannya untuk kehidupan anda.

Baca juga:

Apa itu PAKW ?

PAKW adalah singkatan kepada Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar iaitu sebuah platform kalkulator yang dibangunkan secara sistematik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk memberi satu nilaian kos kehidupan wajar.

Pembangunan PAKW ini bermula pada tahun 2018 lagi dengan mengambil kira corak perbelanjaan isi rumah berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah.

Pengiraan PAKW ini adalah berdasarkan kepada konsep dan panduan daripada A Methodology to Estimate the Needs of Workers and Their Families (2021) yang diterbitkan oleh International Labour Organization (ILO).

PAKW merujuk kepada amaun perbelanjaan penggunaan bulanan yang diperlukan oleh isi rumah/individu untuk menjalani kehidupan wajar yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak serta mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan.

Nilai PAKW dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu lokasi dan ciri-ciri demografi seperti umur, jantina dan saiz isi rumah. Justeru, nilai PAKW bagi setiap isi rumah adalah berbeza mengikut ciri demografi dan lokasi tempat tinggal isi rumah.

Kepentingan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar

  • Bantu memahami dan menganggar perbelanjaan asas yang diperlukan bagi seseorang individu atau keluarga.
  • Memberi asas yang kukuh bagi penentuan dasar dan inisiatif yang lebih tepat serta efisien, termasuk gaji minimum, bantuan kebajikan dan program pengurangan kemiskinan.
  • Pembuat dasar dapat merangka pelan yang lebih terfokus.
  • Tawarkan panduan yang lebih jelas kepada golongan pekerja dan majikan dalam menilai gaji yang berpatutan.
  • Bantu majikan menilai kadar gaji minimum dan memahami kos hidup.
  • Panduan untuk merancang bajet rumah tangga, mengurus kewangan peribadi serta menetapkan sasaran simpanan jangkan panjang.

Hala Tuju PAKW

  • Satu mekanisme maklum balas bagi indeks. Kos Sara Hidup yang membolehkan rakyat Malaysia memberikan input ke atas kos sara hidup di sesuatu kawasan dengan lebih tepat.
  • Dapat meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia, pengukuran PAKW perlu ditambah baik secara berterusan.
  • PAKW perlu dilengkapkan dengan dasar yang memberikan manfaat seperti perbezaan kos sara hidup dalam dan antara wilayah.

Bagaimana PAKW Dikira ?

1. Saiz dan Ciri Isi Rumah

  • Berapakah bilangan ahli isi rumah?
  • Berapakah umur dan jantina setiap ahli isi rumah?

2. Lokaliti

  • Apakah negeri dan daerah tempat kediaman?
  • Adakah ia di bandar atau di luar bandar?

3. Kos Makanan

  • Kos makanan bahan mentah mengikuti nutrisi
  • Kos tambahan masakan di rumah seperti gula, minyak, garam perasa, dan sebagainya (mengambil kira keperluan mikronutrien)
  • Kos makan di luar

4. Kos Bukan Makanan

  • Pakaian & kasut
  • Utiliti air & elektrik, gas & bahan api lain
  • Hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah
  • Kesihatan
  • Pengangkutan
  • Maklumat & komunikasi
  • Rekreasi, sukan & kebudayaan
  • Pendidikan
  • Restoran & perkhidmatan penginapan
  • Insurans & perkhidmatan awam
  • Penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan dan perkhidmatan
  • Perbelanjaan bukan penggunaan isi rumah

5. Kos Perumahan

Cara Menggunakan Kalkulator PAKW

Cara Menggunakan Kalkulator PAKW dari Apps MyPAKW

  1. Muat turun aplikasi MyPAKW menerusi Google Play Store atau Apps Store.
  2. Masukkan bilangan ahli isi rumah.
  3. Masukkan negeri di mana anda menetap kini.
  4. Masukkan daerah.
  5. Masukkan lokaliti anda sama ada di bandar atau di luar bandar.
  6. Masukkan umur dan jantina ahli isi rumah anda termasuk ahli isi rumah yang lain.
  7. Nilai PAKW anda akan dikira!

Cara Menggunakan Kalkulator PAKW dari Website MyPAKW

  1. Layari laman web berikut : mypakw.dosm.gov.my
  2. Masukkan bilangan ahli isi rumah.
  3. Masukkan negeri di mana anda menetap kini.
  4. Masukkan daerah.
  5. Masukkan lokaliti anda sama ada di bandar atau di luar bandar.
  6. Masukkan umur dan jantina ahli isi rumah anda termasuk ahli isi rumah yang lain.
  7. Nilai PAKW anda akan dikira!
@pakw.official

Eksklusif! Simulasi Nilai PAKW! Ingin tahu bagaimana Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) berubah mengikut umur, jantina dan lokasi? 🤔 Sertai kami dalam penjelajahan interaktif yang mendedahkan perbezaan nilai PAKW antara pelbagai kumpulan umur dan jantina! Jom kita fahami bersama-sama…… #Mypakw #statistiksegalanyapasti #StatsMalaysia

♬ original sound – PAKW Official – PAKW Official

Contoh Pengiraan

CONTOH 1

Berikut adalah contoh pengiraan bagi individu yang mempunyai :

  • 3 ahli isi rumah
    • 18 – 29 tahun (Perempuan)
    • Berumur lebih dari 60 tahun (Perempuan)
    • Berumur lebih dari 60 tahun (Lelaki)
  • Tinggal di Johor Bahru, Johor (Bandar)

CONTOH 2

Berikut adalah contoh pengiraan bagi individu yang mempunyai :

  • 3 ahli isi rumah
    • 18 – 29 tahun (Perempuan)
    • Berumur lebih dari 60 tahun (Perempuan)
    • Berumur lebih dari 60 tahun (Lelaki)
  • Tinggal di luar bandar, Hulu Terengganu

Kesimpulannya, Mengambil CONTOH 1 dan CONTOH 2 di atas, sebuah keluarga dengan jumlah isi rumah 3 orang (suami, isteri, bersama 1 anak sudah bekerja).

Nilai PAKW untuk keluarga tersebut jauh bezanya sekiranya tinggal di bandar Johor, ketimbang mereka tinggal di Hulu Terengganu

Ini bermaksud, sesebuah keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan RM2,851 di Hulu Terengganu sudah dapat hidup selesa, tetapi jika mereka tinggal di Johor Bahru mereka memerlukan tambahan hampir RM2,500 sebulan untuk keselesaan hidup yang setara.

Ini adalah kaedah baru yang akan digunakan Kerajaan secara meluas selepas ini untuk merangka dasar, memberikan bantuan, dan pelbagai gerak kerja lain berdasarkan kekuatan statistik dengan sasaran mengoptimumkan sumber negara.

Muat Turun Kalkulator PAKW

Anda boleh muat turun secara percuma aplikasi kalkulator PAKW ke dalam telefon anda menerusi pautan berikut:

@pakw.official

Laporan HITS MyPAKW menunjukkan bahawa seramai 263,896 pengguna telah melayari dan memuat turun aplikasi MyPAKW setakat hari ini. Terima kasih kepada semua pengguna atas sokongan anda dalam menggunakan aplikasi ini ❤️ #Mypakw #statistiksegalanyapasti #StatistikNadiKehidupan

♬ Relaxed (Sped Up) – MC Mablo Dos Paredões

Soalan Lazim (FAQ)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut terkini, anda boleh layari mypakw.dosm.gov.my atau lawati laman sosial berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut