Pakej Rangsangan Selangor Prihatin bagi menangani kesan COVID-19 oleh Kerajaan Negeri Selangor telah diumumkan oleh kerajaan Selangor dengan harapan meringankan beban mereka yang terkesan dari Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak COVID-19.
Setakat ini, Pakej Rangsangan Selangor Prihatin telah diumumkan dalam 2 fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua.
Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Pertama
Secara ringkasnya, intipati yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Pertama yang diumumkan pada 20 Mac 2020 adalah seperti berikut:
- Petugas Hospital : Insentif RM200 & bantuan makanan
- Penjaja Berlesen : Insentif RM500 & pengecualian sewa
- Peminjam Hijrah : Penangguhan bayaran pinjaman selama 3 bulan
- Mahasiswa : Insentif RM200 & bantuan makanan
- Penyewa Skim Smart Sewa : Penangguhan bayaran sewaan selama 3 bulan
- Pengundi Selangor : Peningkatan had perbelanjaan ADUN kepada RM30,000
- Pembayar Cukai : Penangguhan tempoh bayaran cukai petak kepada 30 Jun 2020
Jumlah Peruntukan : RM127.78 Juta
Berikut adalah senarai hotline yang boleh dihubungi berhubung Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 1.0.
Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Kedua
Pada 1 April 2020, Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 telah diumumkan.
Pakej ini dirangka berdasarkan dua cabaran utama yang dihadapi kesan daripada pandemik ini iaitu:
- bagaimana menggempur wabak ini daripada terus merebak
- bagaimana untuk menangani cabaran ekonomi yang dihadapi semasa dan juga pasca pandemik.
Antara yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Kedua adalah:
- Bantuan makanan percuma kepada petugas barisan hadapan
- Insentif Penjagaan Anak-anak petugas barisan hadapan
- Bantuan makanan percuma kepada petugas media dan petugas keselamatan
- Pembekalan topeng muka, hand sanitizer dan sarung tangan untuk rakyat Selangor
- Menambahbaik Skim Peduli Sihat kepada rakyat Selangor
- Bantuan kepada pesakit COVID-19 : RM1,000
- Penangguhan bayaran balik pinjaman pendidikan daripada Kerajaan Negeri
- Bantuan khusus Agropreneur
Jumlah Peruntukan : RM272 juta
Insentif RM500 One-off Kepada Penjaja / Peniaga Kecil Di Bawah Pakej Selangor Prihatin
Antara insentif yang mendapat perhatian melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin ini adalah bantuan RM500 kepada penjaja dan peniaga kecil.
Tarikh akhir permohonan bagi bantuan penjaja sebanyak RM500 adalah pada 7 Jun 2020 (Ahad).
Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tersebut.
Kelayakan Pemohon
a) Syarat kelayakan asal:
- Peniaga memiliki Lesen/ Permit Penjaja (di bawah UUK Penjaja); dan
- Lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020.
b) Syarat kelayakan diperluaskan kepada:
- Peniaga berlesen (walaupun bukan di bawah UUK Penjaja) yang menyewa premis PBT untuk kategori Kiosk, Gerai, Medan Selera dan Pasar; dan
- Lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020
Cara Memohon
- Pemohonan hendaklah dilaksanakan atas talian (online) di www.selangorprihatin.com bermula 8 April 2020.
- Setiap permohonan akan menggunakan nombor Kad Pengenalan. Sistem akan reject mana-mana nombor Kad Pengenalan yang telah digunakan sebagai permohonan lengkap.
- Pemohon yang layak hendaklah mengisi maklumat peribadi termasuk akaun bank.
- Maklumat pemohon (pemilik lesen/ permit) dan maklumat bank hendaklah individu sama.
Tempoh Permohonan
Adalah diingatkan bahawa tarikh akhir permohonan bagi bantuan penjaja sebanyak RM500 adalah pada 7 Jun 2020 (Ahad).
Penyaluran insentif RM500 akan dilaksanakan terus ke akaun bank pemohon dalam 14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya maklumat lengkap.
Baca juga : Geran Khas Prihatin (GKP) Permohonan RM3,000 Untuk PKS
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Pertanyaan boleh dilaksanakan bermula 8 April 2020 seperti berikut:
- Isi borang pertanyaan yang disediakan dalam sistem; ATAU
- Hubungi talian 1-800-22-6600 (24 jam)
- Hantar pertanyaan melalui e-mel [email protected]; ATAU
- Hubungi talian PBT/ Majlis Daerah masing-masing (9 pagi – 4 petang)
Anda juga boleh mengisi butiran maklumat di ruangan “Hubungi Kami” yang disediakan di laman web www.selangorprihatin.com.