Pakaian Penjawat Awam – Etika Pakaian Penjawat Awam 2025
Sebagai penjawat awam, imej dan penampilan memainkan peranan yang sangat penting dalam menggambarkan profesionalisme dan tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan garis panduan terkini mengenai etiket pakaian dan penampilan pegawai awam yang perlu dipatuhi berkuatkuasa mulai 6 Januari 2025.
Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam sentiasa kelihatan kemas, profesional, dan mengekalkan imej yang positif ketika menjalankan tugas rasmi.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Pelarasan Gaji Penjawat Awam Fasa 1 & Fasa 2
Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam
Surat Edaran dan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.3: Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam 2025 membincangkan beberapa aspek penting berkaitan etika berpakaian penjawat awam, iaitu:
Enam (6) Pekeliling/ Ceraian/ Surat Pekeliling/ Surat Edaran bagi menjelaskan etiket pakaian dan penampilan Pegawai Awam telah dikeluarkan oleh JPA sejak tahun 1970 dan masih berkuat kuasa sehingga kini.
Oleh itu, terdapat keperluan untuk menggabungkan kesemua enam (6) Pekeliling, Surat Pekeliling dan Surat Edaran menjadi satu (1) dokumen utama, iaitu di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.3: Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam.
Penambahbaikan Ceraian ini akan memberi penjelasan yang lebih terperinci berhubung etiket berpakaian, di samping memastikan ia kekal relevan serta selaras dengan perubahan dan keperluan semasa dalam perkhidmatan awam.
Rujuk surat edaran di bawah:
Tarikh Berkuatkuasa
6 Januari 2025
Penambaikan
- Pemakaian tanda nama dengan Jata Persekutuan
- Tatacara pakaian terkini beserta ilustrasi
- Larangan berpakaian dan penampilan yang terkini
Pembatalan
- Pembatalan 5 rujukan iaitu Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling dan Surat Edaran tahun 1985, 2005, 2006, 2013, dan 2023.
BACA JUGA: 10 Azam Integriti 2025 (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam)
Etika Pakaian Penjawat Awam 2025 – Pegawai Lelaki
Bagi pegawai lelaki, tatacara berpakaian semasa bertugas adalah seperti berikut:
A. Pegawai Gred 5 dan ke atas atau gred setara:
- Baju kemeja berlengan panjang, bertali leher dengan seluar panjang dan bertali pinggang.
- Baju kemeja berlengan panjang, berkolar Baju Melayu Cekak Musang atau berkolar Nehru atau berkolar Mandarin dengan seluar panjang dan bertali pinggang.
- Sut Nehru.
- Lounge suit.
B. Pegawai Gred 4 dan ke bawah atau gred setara:
- Baju kemeja berlengan panjang atau pendek, bertali leher dengan seluar panjang dan bertali pinggang.
- Baju kemeja berlengan panjang, berkolar Baju Melayu Cekak Musang atau berkolar Nehru atau berkolar Mandarin dengan seluar panjang dan bertali pinggang.
- Sut Nehru.
- Lounge suit.
C. Baju kemeja Batik Malaysia berlengan panjang. Kolar alternatif:
- Cekak musang
- Nehru
- Mandarin
D. Baju kebangsaan lengkap dengan samping dan songkok hitam.
Semua pegawai lelaki hendaklah memakai kasut bertutup, stoking dan tali pinggang berwarna gelap.
Etika Pakaian Penjawat Awam 2025 – Pegawai Wanita
Bagi pegawai wanita, tatacara berpakaian ketika bertugas adalah seperti berikut:
A. Pakaian Kebangsaan
- Baju kurung tradisional/baju kurung moden/baju kebaya
B. Pakaian Batik
- Baju kurung tradisional/baju kurung moden/baju kebaya
- Blaus batik dipadankan dengan skirt labuh/seluar polos
- Blaus polos dipadankan dengan skirt labuh batik
C. Pakaian lain iaitu:
Ceongsam
- Sari
- Baju Punjabi
- Pakaian tradiosional kaum-kaum lain di Malaysia
- Pakaian jubah dibenarkan untuk majlis tertentu sahaja dengan kebenaran Ketua Jabatan
D. Blaus yang digayakan dengan kain/skirt labuh atau seluar panjang
E. Sut dua helai
F. Sut tiga helai
G. Pakaian yang sesuai dan sopan bagi pegawai hamil
Sumber: