Advertisements

PAJSK KPM : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum Online

Advertisements

Portal PAJSK diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan satu platform pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.

Dengan keseragaman ini, akan mengelakkan ketaksamarataan di dalam pemberian markah kepada para pelajar.

Pentaksiran ini memainkan peranan penting kepada murid kerana ia membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA), serta IPTA atau universiti awam dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.

login-pajsk

Panduan Pemarkahan / Format PAJSK Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian kokurikulum dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya.

Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point Average) dan Himpunan Prestasi sepanjang tempoh perskolahan (Cumulative Grade Point Average).

Tempoh Pentaksiran setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

Terdapat 3 komponen utama yang ditaksir dalam PAJSK iaitu SEGAK, Kokurikulum, dan Ekstra Kurikulum.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

1. Ujian SEGAK

SEGAK adalah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan.

Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah.

Ujian ini hendaklah ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani dan dilaksanakan dalam bulan Mac dan Ogos.

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Malaysia (SEGAK)

Pemakluman Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Malaysia (SEGAK) Bagi Murid Tingkatan Lima dan Pembatalan Bagi Murid Tahun Empat hingga Tingkatan Empat Tahun 2021 Dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara.

pajsk online
pajsk online

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Kokurikulum

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2005 telah memutuskan, setiap murid wajib mengikuti tiga aktiviti kokurikulum seperti berikut:

  • Kelab/Persatuan
  • Pasukan Badan Beruniform;
  • Sukan/Permainan Mesyuarat

Syarat merit 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA) juga turut ditetapkan.

Bagi tujuan pentaksiran hanya dua markah tertinggi sahaja yang diambil kira daripada tiga aspek utama yang melibatkan 6 elemen.

Pentaksiran Kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama seperti berikut:

  • Penglibatan (50 markah)
  • Penyertaan (40 markah)
  • Prestasi (20 markah)

3. Ekstra Kurikulum

Ekstra kurikulum merupakan satu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji.

Markah yang diperoleh daripada bidang ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum sama ada Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform atau Sukan/Permainan.

Hanya markah tertinggi sahaja yang diambil daripada salah satu 4 elemen seperti berikut:

  • Perkhidmatan
  • Anugerah Khas
  • Khidmat Masyarakat
  • NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)

Login PAJSK Online KPM 2021

Untuk login ke Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum ini bagi membuat semakan markah kokurikulum atau mengemaskini data baru anda hanya perlu ke login dibawah.

https://pajsk.moe.gov.my/index.php

PENGISIAN DATA PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) BAGI TAHUN 2021 DIBUKA BAGI PENGISIAN DATA MULAI 1 JULAI HINGGA 31 DISEMBER 2021.

Pengiktirafan program-program peringkat KEBANGSAAN dan ANTARABANGSA boleh dirujuk melalui pautan http://bit.do/iktiraf

Bagi pengiktirafan program peringkat NEGERI/DAERAH, boleh dirujuk melalui Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Bagi sekolah swasta yang belum berdaftar dengan Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) , mohon berhubung dengan Sektor Pengurusan Sekolah, Unit Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri.

Cara Mengisi PAJSK

Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (GPA) dan Himpunan Prestasi Sepanjang Tempoh Persekolahan (CGPA).

Borang dan lampiran disertakan di laman web rasmi PAJSK atau boleh terus dimuat turun di bawah

pajsk online kpm

Maklumat Lanjut Tentang PAJSK Online

Sebarang info lanjut berkaitan pentaksiran ini boleh didapati dari laman web rasmi PAJSK:

https://pajsk.moe.gov.my/index.php

Bagi pertanyaan berkenaan sistem boleh dirujuk dipanjangkan ke [email protected]

Leave a Comment