10 Fakta Yang Diketahui Tentang Omicron XE Setakat Ini

MUTASI BAHARU COVID-19, VARIAN OMICRON XE

Seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyelidik telah mengesan satu mutasi baharu Covid-19 varian Omicron dinamakan XE.

Rekombinan 2 varian Omicron BA.1 dan BA.2 ini menunjukkan tanda awal ia lebih mudah ditularkan daripada varian induk Omicron.

South China Morning Post melaporkan, pada 22 Mac lalu, pihak Agensi Keselamatan Kesihatan (HSA) United Kingdom, telah mengenal pasti 637 kes membabitkan varian Omicron XE di Britain, yang menular di seluruh England dan meningkat bilangannya, sekali gus menunjukkan penyebaran dalam komuniti.

10 Fakta Yang Diketahui Tentang Omicron XE Setakat Ini

Berikut dikongsikan 10 fakta tentang Omicron_XE:

  1. Omicron XE ialah rekombinan dua subgarisan varian Omicron, BA.1 dan BA.2, tetapi ia mempunyai tiga mutasi yang tidak terdapat dalam jujukan induknya.
  2. Varian ini mula dikesan di Britain pada 19 Januari 2022
  3. Varian ini adalah 10% lebih mudah berjangkit berbanding BA.2
  4. Prof Susan Hopkins berkata, varian XE sudah menunjukkan kadar pertumbuhan berubah-ubah, tetapi saintis belum dapat mengesahkan sama ada ia mempunyai kelebihan pertumbuhan sebenar.
  5. Omicron_XE bukanlah satu-satunya varian rekombinan yang telah dikesan setakat ini, dengan varian rekombinan seperti “Deltacron” ( gabungan varian Omicron dan Delta ) yang telah ditemui sebelumnya.
  6. Sehingga terdapat ciri-ciri penting seperti kesan terhadap pesakit dan jangkitan dapat dikenalpasti dalam mutasi XE, ia akan terus diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Omicron.
  7. Thailand telah mengesahkan kes pertama Omicron XE pada 4 April 2022.
  8. Menurut Pakar Epidemiologi Perubatan Universiti Putra Malaysia, Malina Osman, varian Omicron semasa tiba di Malaysia dalam tempoh sebulan atau dua walaupun ketika sempadan negara ditutup.
  9. Setakat ini tiada tanda bahawa varian Omicron XE menyebabkan jangkitan teruk seperti varian Delta, tetapi pakar berpendapat bahawa risiko adalah tinggi bagi mereka yang masih belum divaksinasi atau tiada jangkitan sebelumnya.
  10. Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa tiada kes yang dikesan di Malaysia setakat ini. (Sidang Media 5 April 2022)

Sumber rujukan: WHO, The Straits Times, Astro Awani

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!