Tahukah anda selain pembayaran secara tunai, anda juga boleh bayar dan menyemak jumlah bil elektrik anda melalui aplikasi Online Customer Service (OCS) SESB.
Amat mudah !
Berikut dikongsikan cara pendaftaran, semakan bil dan bayaran.
Apakah OCS SESB?
Online Customer Service (OCS) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) adalah sebuah portal yang membolehkan pengguna membuat semakan bil elektrik secara online / digital dan membuat pembayaran.
Syarat Pendaftaran
Syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pengguna OCB SESB adalah seperti berikut:
- Anda perlu mempunyai e-mel yang sah dan aktif
- Anda perlu mengaktifkan akaun di Portal atau Aplikasi OCB SESB
- Pastikan nombor kad pengenalan yang betul didaftarkan.
Cara Pendaftaran Akaun SESB Online
- Layari laman web OCS di https://ocs.sesb.com.my
- Klik pautan ‘create an account’ untuk mendaftar akaun bagi pengguna jali pertama.
- Anda perlu mengisi maklimat yang dikehendaki di pautan ‘Sign up for a new account’.
- Setelah mengisikan maklumat pendaftaran, anda akan menerima e-mel untuk pengesahan status akaun OCS. Tekan pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun anda.
- Sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil elektrik secara online,klik pada menu ‘Account number’ dan ‘Click here to perform online payment’.
- Sekiranya anda ingin mendaftarkan lebih daripada satu akaun, sila klik ‘Add account’.
Baca juga: Diskaun Bil Elektrik (PEMULIH): Kadar Kelayakan & Kaedah Pengiraan
Soalan Lazim (FAQ)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalam lazim di bawah:
Facebook: SESB Careline
Hotline : 15454 dan 088-515000
Link: https://ocs.sesb.com.my/
Temujanji Online SESB
Memperkenalkan Sistem Temujanji Online bagi sesiapa yang ingin berurusan di kaunter perkhidmatan pelanggan SESB.
Anda boleh tempah slot temujanji anda dengan menekan pautan berikut: temujanji.sesb.com.my
*tertakluk pada terma dan syarat :
Sungguh mudah!
Baca juga: BSP 3.0 : Semakan & Senarai Bantuan Sabah Prihatin 2021 RM300