Di dalam menjalankan sesebuah kajian, antara perkara paling penting untuk dilakukan ialah menentukan objektif kajian.
Objektif dalam sesebuah kajian penting bagi memastikan kajian yang dilakukan mencapai matlamat yang dihasratkan dan berjaya.
Apa Itu Objektif Kajian?
Objektif kajian ialah penyataan umum hasil yang dihasratkan atau cadangan umum kajian serta mestilah menjawab persoalan tajuk yang sedang dikaji.
Ianya ditentukan melalui tujuan menjalankan sesuatu penyelidikan dan menerangkan sesuatu yang diharapkan untuk dicapai di akhir kajian dilaksanakan.
Menerusi objektif dalam sesuatu kajian, pembaca akan faham tentang sesuatu penyelidikan daripada objektif tersebut.
Jenis Objektif Kajian
Terdapat dua jenis objektif di dalam sesebuah kajian iaitu:
- Objektif Umum : Mengikut apa yang dipilih dalam tajuk
- Objektif Khusus : Boleh diukur dan dilaksanakan
Ciri-Ciri Objektif Kajian Yang Baik
Ciri-ciri objektif dalam sesebuah kajian yang baik adalah mengikut kaedah S.M.A.R.T:
- Spesific: Menentukan secara spesifik apa yang ingin dicapai.
- Measurable: Boleh diukur untuk kemajuan akan kejayaan sesebuah kajian.
- Achieveable: Objektif boleh dicapai berdasarkan sumber dan kekangan kajian.
- Relevant: Objektif mestilah relevan dengan masalah pengajian dan menyumbang kepada matlamat keseluruhan kajian.
- Time Bound: Tentukan jangka masa dan objektif dicapai.
Contoh Penulisan Objektif Kajian
Berikut merupakan contoh penulisan objektif bagi sesebuah kajian seperti:
Tugasan Kajian Lapangan:
Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal/sekolah calon.
Kajian ini mestilah merangkumi perkara berikut:
- Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
- Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut.
- Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.
- Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya.
Maka, objektif kajian adalah seperti berikut:
- Mengenal pasti konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
- Mengenal pasti latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut.
- Meneliti cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk.
- Mengenal pasti kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan tersebut.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai objektif kajian, sila layari pautan https://www.youtube.com/watch?v=f3hl5SnqyFg.
Baca juga: Tips Penyelidikan & Contoh Metodologi Kajian