Advertisements

Notis Penangguhan Urus Niaga ASB Bermula 22 Disember 2022

Advertisements

Penangguhan Urus Niaga ASB bermula 22 Disember 2022

Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada 22 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023.

Urus niaga ASB akan dibuka semula pada 3 Januari 2023.

Penangguhan urus niaga ini melibatkan semua unit amanah ASNB di semua saluran ASNB iaitu kaunter cawangan ASNB dan ejen-ejen seluruh negara serta saluran elektronik dan dalam talian termasuk portal dan aplikasi myASNB, perbankan internet ejen-ejen iaitu Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow, Affinonline, AmOnline dan HLB Connect, mesin kiosk di cawangan ASNB serta Mesin Juruwang Automatik (Automated Teller Machine) di Maybank
dan CIMB Bank.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Notis Penangguhan ASNB khas untuk makluman semua pemegang amanah ASB.

notis penangguhan asb

Tempoh Penangguhan Sementara Urus Niaga ASB

Pelabur yang ingin membuat pengeluaran secara dalam talian, buatlah transaksi lebih awal agar pembayaran dapat diterima sebelum tarikh penangguhan, iaitu dari 22 Disember hingga 3 Januari 2023.

Jadi, anda perlu melaksanakan transaksi ASNB anda sebelum 22 Disember 2022.

Urus niaga di semua saluran iaitu kaunterakan dibuka semula pada 3 Januari 2023 manakala platform dalam talian akan beroperasi mulai 1 Januari 2023.

Pengeluaran secara dalam talian hanya boleh dilakukan menerusi portal www.myasnb.com.my dan aplikasi myASNB dengan had maksimum sebanyak RM2,000 atau pengeluaran tiga (3) kali
dalam sebulan. Urus niaga pengeluaran dalam talian yang berjaya dilaksanakan akan dikreditkan ke dalam akaun bank pelabur yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.

Sebarang pertanyaan, pemegang unit boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau e-mel kepada [email protected]y.

Kenyataan akhbar: https://asnb.my/

Baca juga: Cara Keluarkan ASB Online, Had Pengeluaran & Tempoh Urusniaga

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk menguruskan semua tabung yang dilancarkan oleh PNB. Setelah lebih 40 tahun berada dalam industri, ASNB kini menguruskan 16 tabung unit amanah dengan 273.3 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.7 juta akaun setakat 30 September 2021.

ASNB menawarkan tabung unit amanah harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Bumiputera 3 – Didik (ASB 3 Didik), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) dan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) serta unit amanah harga berubah iaitu ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Imbang 3 Global, ASN Sara 1 dan ASN Sara 2.

Tabung-tabung ini berfungsi sebagai instrumen pelaburan untuk membantu rakyat Malaysia merancang keperluan kewangan masa hadapan mereka.

ASNB juga menyediakan rangkaian saluran yang meluas bagi memudahkan pelabur membuat transaksi pelaburan mereka.

Kemudahan tersebut boleh didapati di 32 cawangan ASNB dan di lebih 2,700 cawangan ejen ASNB seluruh negara. Di samping itu, ASNB menyediakan kemudahan transaksi terpilih dalam talian melalui portal dan aplikasi mudah alih myASNB www.myasnb.com.my.

Ejen-ejen ASNB juga turut menyediakan kemudahan pelaburan dalam talian melalui portal perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, Affinonline dan HLB Connect.

Pelaburan tambahan juga boleh dibuat di semua mesin ATM Maybank dan CIMB Bank.

myASNB

myASNB adalah portal pelaburan yang disediakan oleh ASNB untuk kemudahan pemegang unit ASNB membuat transaksi secara atas talian yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini.

Portal myASNB juga disediakan dalam bentuk aplikasi mudah alih.

Perkhidmatan yang disediakan di portal myASNB:

  • Tambah pelaburan terus daripada akaun bank anda
  • Semak rekod urus niaga dan baki pelaburan terkini
  • Kemas kini maklumat peribadi
  • Mengurus akaun pelaburan Akaun Bijak/Remaja anak anda
  • Perkhidmatan pelaburan bulanan automatik melalui Auto Labur

Layari: www.myasnb.com.my

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 5 / 5. Vote count: 2

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment