Nota Geografi Tingkatan 3

Bagi pelajar yang sedang mencari nota Geografi Tingkatan 3, berikut merupakan nota yang boleh dibuat rujukan.

Nota ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

Mengenai Mata Pelajaran Geografi

Mata pelajaran geografi terbahagi kepada dua kurikulum iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

KSSM digunakan oleh pelajar di tingkatan 1, 2 dan 3 manakala KBSM yang merupakan kurikulum lama masih digunakan kepada pelajar di tingkatan 4 hingga 5.

Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran wajib di peringkat Sekolah Menengah Rendahmanakala di peringkat Sekolah Menengah Atas mata pelajaran geografi ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif.

Sukatan mata pelajaran geografi KBSM diperkenalkan dan digunakan di sekolah mulai tahun 1989.

Pada tahun 1999 mata pelajaran geografi seperti semua mata pelajaran lain mula disemak dan diguna pakai pada tahun 2003.

Pada masa kini, mata pelajaran geografi Tingkatan 1, 2 dan 3 adalah kurikulum geografi yang baharu.

Kurikulum ini adalah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diperkenalkan secara berperingkat mulai tahun 2017.

Maksud Geografi

Geografi adalah ilmu yang mempelajari tentang bumi.

Secara ringkasnya, geografi merupakan disiplin ilmu memerihalkan tentang bumi sebagai tempat ruang dan tempat manusia hidup.

Geografi berasal dari dua patah perkataan daripada bahasa Yunani iaitu kata nama geo yang bermaksud bumi dan “grafis” bermakna penerangan atau pemerihalan. 

Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan 3

Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran ini adalah seperti berikut:

  • Jadual dan Graf
  • Carta Pai
  • Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
  • Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
  • Hidupan Liar di Malaysia
  • Sumber Semula Jadi di Malaysia
  • Kegiatan Ekonomi di Malaysia
  • Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
  • Sumber Semula Jadi Utama dan Kerjasama Ekonomi di Dunia
  • Sumber Hutan
  • Kitar Semula

Nota Geografi Tingkatan 3

Pelajar boleh mendapatkan nota mata pelajaran ini dengan memuat turun pautan di bawah:

Lihat Modul Latihan Geografi Tingkatan 3

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!