Pelajar boleh memuat turun buku teks Sejarah Tingkatan 3 untuk rujukan pembelajaran mereka.
Berikut merupakan maklumat mengenai buku teks ini dan isi kandungannya.

Mengenai Buku Teks Sejarah Tingkatan 3
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Buku teks ini merupakan kesinambungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 dan diperincikan kepada 8 bab berdasarkan tema Kedatangan Kuasa Asing.
Kandungan buku teks ini turut menerapkan kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran, seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), kaedah kontekstual, pembelajaran berasaskan inkuiri, Kajian Masa Depan, kajian kes, kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Elemen Keusahawanan (EK) serta mengaplikasikan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) bagi membantu murid menghayati ilmu sejarah dengan lebih berkesan.
Aspek yang turut ditekankan ialah elemen Kelestarian Global agar murid bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan seharian dengan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh.
Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut diterapkan menerusi latihan, aktiviti dan penilaian agar murid berupaya mengaplikasikan ilmu dan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
Isi Kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 3
Isi kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:
- Bab 1: Kedatangan Kuasa Barat
– Kestabilan dan Kemakmuran Negara KitaÂ
– Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara KitaÂ
– Persaingan Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah JajahanÂ
– Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita - Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat
– Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan MelakaÂ
– Perjanjian London 1824 dan Kesannya Terhadap Alam MelayuÂ
– Pembentukan Negeri-negeri Selat
– Pentadbiran Negeri-negeri Selat - Bab 3: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu BersekutuÂ
– Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan PahangÂ
– Peluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
– Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
– Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu - Bab 4: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak BersekutuÂ
– Pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan JohorÂ
– Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan TerengganuÂ
– Peluasan Kuasa British di JohorÂ
– Sistem Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu - Bab 5: Pentadbiran Barat di Sarawak dan SabahÂ
– Latar Belakang Pemerintahan Tempatan di Sarawak dan SabahÂ
– Peluasan Kuasa Dinasti Brooke di SarawakÂ
– Peluasan Kuasa Syarikat Borneo Utara British di Sabah
– Bentuk Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah - Bab 6: Kesan Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi dan SosialÂ
– Pengenalan Ekonomi Moden oleh Kuasa Barat di Negara KitaÂ
– Pentadbiran Barat Berkaitan dengan EkonomiÂ
– Kesan Ekonomi Akibat Pentadbiran Barat di Negara KitaÂ
– Kesan Sosial Akibat Perkembangan Ekonomi di Negara Kita - Bab 7: Penentangan Masyarakat TempatanÂ
– Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat TempatanÂ
– Sistem Pentadbiran Barat Memberikan Kesan Terhadap Kuasa Pemerintahan dan Kehidupan Masyarakat TempatanÂ
– Penentangan Masyarakat Tempatan Terhadap Kuasa BaratÂ
– Kesan Penentangan Masyarakat Tempatan - Bab 8: Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran BaratÂ
– Reaksi Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Terhadap Tindakan BaratÂ
– Tindakan Raja Melayu Menangani Cabaran BaratÂ
– Usaha Pembesar Melayu dalam Pemodenan NegeriÂ
– Keberkesanan Peranan Pemerintah Tempatan dalam Menangani Cabaran Barat
Muat Turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 3
Buku teks ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:
BACA JUGA:




