Niat Qada Solat – Panduan Ganti Solat Fardhu

Niat Qada Solat – Panduan Ganti Solat Fardhu

Solat adalah merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Setiap Muslim wajib menunaikan solat mengikut waktu solat yang sudah ditetapkan. 

Firman Allah SWT:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Bermaksud: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya – (Surah al-Nisa, 103)

Pengenalan

Qada bermaksud menunaikan dan membayar. Manakala, Qada solat (قضاء) bermaksud menggantikan solat fardu yang telah ditinggalkan atau terlepas. 

Jika seseorang meninggalkan solat yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya dengan sengaja mahupun dengan keuzuran, maka wajib bagi dirinya untuk menggantikan solat tersebut. 

Hadis nabi SAW:

مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ

Bermaksud: Sesiapa yang terlupa (menunaikan) satu solat maka hendaklah dia solat (sebagai ganti) sekiranya dia teringat solat itu. Tidak ada kafarah bagi solat itu melainkan itu (menggantikannya semula).

[Riwayat Al-Bukhari]

BACA JUGA: Solat Sunat Sebelum Subuh – Cara Menunaikan & Ganjarannya

Bila Boleh Qada Solat?

Anda boleh qada solat fardhu yang ditinggalkan pada bila-bila masa sahaja – walaupun pada waktu yang diharamkan solat. 

Sebaiknya, anda boleh lakukannya sebelum masuk waktu solat yang sama pada hari berikut.

Adalah disunatkan mengerjakan qada solat mengikut urutan, seperti solat Zuhur dahulu, kemudian Asar. 

Namun, jika waktu solat yang sedang berlangsung hampir habis, wajib mengerjakan solat pada waktu tersebut dahulu sebelum qada solat yang ditinggalkan.. 

Panduan Ganti Solat Fardhu – Qada Solat

Niat Qada Solat

1. Solat Subuh:

niat qada solat subuh

Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

2. Solat Zuhur:

niat qada solat zohor

Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

3. Solat Asar:

niat qada solat asar

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

4. Solat Maghrib

niat qada solat maghrib

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

5. Solat Isyak

niat qada solat isyak

Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

2. Bacaan & Tata Cara Qada Solat

Bacaan dalam qada solat dan tatacara menunaikannya adalah sama seperti solat fardu biasa. 

Tiada bacaan khusus atau berbeza untuk solat qada berbanding solat fardu biasa; perbezaannya hanya pada niat untuk menggantikan solat yang tertinggal.

Cara Qada Solat Jika Terlupa Bilangan Solat Yang Ditinggalkan

Sekiranya anda terlupa atau tidak pasti berapakan bilangan solat ditinggalkan yang perlu di ganti, anda boleh qada solat mengikut anggaran berdasarkan ingatan anda sebaik mungkin. 

Anda boleh lakukan qada’ sebanyak mana yang dirasa cukup untuk meyakinkan diri sendiri bahawa kewajipan menggantikan solat yang ditinggalkan telah dipenuhi. 

Atau, anda boleh ikut cara ini: (RUJUK DISINI)

Bagi wanita pula, anda boleh rujuk gambar di bawah untk mengetahui bilakah anda wajib menggantikan solat mengikut waktu haid anda berhenti;

Penutup

Menggantikan solat yang ditinggalkan adalah WAJIB dan kita perlu berusaha sebaiknya untuk menunaikannya. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya” – Al-Ma’un 107:4-5

Semoga bermanfaat!

RUJUKAN:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!