Netball Super League 2023 (NSL 2023): Info & Jadual Perlawanan

Netball Super League 2023 (NSL 2023) atau Liga Bola Jaring Kebangsaan 2023 pastinya satu kejohanan yang dinantikan para peminat bola jaring seluruh Malaysia.

Penganjuran kali ini adalah edisi ketiga yang pastinya menjanjikan persaingan lebih sengit dengan barisan pasukan-pasukan hebat termasukk juara bertahan edisi terdahulu.

Penganjuran NSL ini selaras dengan usaha kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan untuk melestarikan pembangunan sukan buat kaum wanita.

Latarbelakang Netball Super League Malaysia

Liga Super Bola Jaring, sering dirujuk sebagai NSL (singkatan Netball Super League), adalah liga bola jaring profesional yang berpangkalan di Malaysia.

Kejohanan ini ditubuhkan oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia dan Astro Arena untuk membangunkan dan mengembangkan sukan bola jaring di Malaysia.

Musim pertama telah dianjurkan pada Mac 2021 di Stadium Juara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang menyaksika KL Wildcats menjadi juara sulung, menewaskan Johor Jewels di Grand Final.

Johor Jewels memenangi edisi kedua Liga Super Bola Jaring (NSL) Sooka selepas menewaskan juara bertahan KL Wildcats 50-40 pada perlawanan akhir di Stadium Juara di Kuala Lumpur.

Tahun ini 2023 akan menjadi edisi ketiga NSL.

Tempat & Tarikh NSL 2023

Saingan Netball Super League 2023 berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara bermula 13 Oktober hingga 5 November

Format Pertandingan

NSL menggunakan peraturan dan peraturan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (INF).

Untuk musim 2021, pasukan dipisahkan kepada dua kumpulan dan bermain antara satu sama lain dua kali (sistem round-robin berganda) untuk enam perlawanan, di mana tiga mata diberikan untuk kemenangan, satu untuk seri dan sifar untuk kekalahan.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke fasa kalah mati satu penyingkiran, dengan pemenang mara ke Grand Final dan dua pasukan yang kalah bertanding play-off di tempat ketiga.

Artikel berkaitan: Jadual Liga Super 2023, Kedudukan Terkini & Tarikh Perlawanan

Senarai Pasukan NSL 2023

Berikut merupakan senarai pasukan yang menyertai Netball Super League 2023 kali ini:

  • Johor Jewels
  • KL Wildcats
  • Selangor Angels
  • Perak Phoenix
  • Negeri Sembilan Venom
  • Pahang Tulips
  • Terengganu Marvel
  • Putrajaya Dynamites

> Dapatkan bib untuk pasukan bola jaring anda. Pelbagai warna menarik!

Jadual perlawanan

jadual Netball Super League
jadual NSL 2023
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!