Naim Daniel – Biodata, Kerjaya & Isu Amang Seksual

naim daniel
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Naim Daniel merupakan antara figura seni tanah air yang cukup dikenali dalam kalangan peminat muzik dan lakonan tempatan.

Mula mencuri perhatian sejak kecil lagi, Naim bukan sahaja berbakat besar sebagai penyanyi dan pelakon, malah pernah menggondol pelbagai anugerah dalam industri hiburan.

Namun begitu, namanya turut menjadi perhatian media dan orang ramai apabila dikaitkan dengan isu amang seksual yang menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Naim Daniel.

Baca juga: Ezzanie Jasny – Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Latar Belakang

Kredit: Instagram @naimdanielx
NamaMuhammad Naim Daniel bin Baharin
Nama PanggilanNaim Daniel
Tarikh Lahir9 September 1997 
Tempat LahirKuala Lumpur
PendidikanDiploma Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Ketinggian163 cm
PekerjaanPelakon, penyanyi, penulis lagu, komposer
Akaun Media SosialInstagram @naimdanielx
TikTok @naimdanielx

Kerjaya & Profesional

Naim Daniel mula aktif dalam industri seni pada tahun 2008 sebagai pelakon cilik menerusi drama Internet, Jelma yang bersiaran di laman web gua.com.my.

Perjalanan muzik Naim Daniel bermula apabila beliau sering memuat naik lagu saduran di Instagram, yang menarik perhatian ramai peminat kerana kelunakan dan kemerduan suaranya.

Pada tahun 2018, beliau menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman baharu, World Peace Entertainment, dan melancarkan dua single serentak berjudul Sekali Lagi dan Sempurna.

Kredit: Instagram @naimdanielx

Filem:

TahunTajukWatak
201229 FebruariBudi (kecil)
2014Dendam Orang MatiHalim
2017Bisik Pada LangitIqram
2020TyickoounsMannan (kecil)
2021Siapa Tutup Lampu?Akmal
2024Kahar: Kapla High CouncilAyam
2025Keluang ManSamad

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2008–2009JelmaRezagua.com.my
2009Cucu BetongRaqibTV3
2010Mr. Mama (Musim 3)AfifTV3
2011GemilangSaifullah (kecil)TV3
2011Cinta ElysaImranTV3
2012Jangan Ambil Padang KamiNikAstro Ria
2013AyamAidilTV3
2013–2015Ema EmylianaKhairulTV3
2015WadiFarisTV3
2016Kemboja Di HatiZafiriTV AlHijrah
2018Love At The First SwipeAmirtonton
2019PIABudiTV3
2019Dapur KitaHarisTV3
2020–2022Pak Kodi 5GNaimTV3
2020Lelaki Lingkungan CintaAdibTV3
2022RoxyFahmiTV3
2023Tanah Kubur (Musim 16)KamilAstro Oasis
2023Projek: High CouncilAyamAstro Ria
2023Lecturerku OppaNizamiQIYI
2024I.D.Aidi Zabran / Tengku RemyAstro Premier
2024Projek: ExitUsopAstro Premier
Kredit: Instagram @naimdanielx

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2010Taubat NasuhaAzzrinTV3
2010Pun PunHafizTV2
2012Sebelum KiamatIbrahimTV3
2013Menanti Hari ItuAdiAstro Ria
2015Menantu Saat Adik SupiatJijoeTV1
2016NiqabiTV2
2016Dari Asar Ke IsyakRadhiTV2
2016Ketika Daun BerzikirDarwishTV3
2017Tali KasutShahmiTV9
2017Dosa TerlindungIrfanTV3
2017Daniel HaikalDanielTV2
2018Vlog LauraFahmintv7
2018Kurindu KibarmuHazriqTV1
2019Derita PiaBudiTV3
2020Lagu Untuk SuriJohan AkbaharTV3
2020Aku OCDHakimiAstro Citra
2020Aku, BungaKahoeAstro First Eksklusif
2020Next Station, JodohHaikalAwesome TV
2021Khilaf TerakhirSyafiqTV1
2022Amshar Bukan AshaAmshar Rusli / Asha RusliAstro Ria
2023Rombongan Cik Kiah Ke AJLUdintonton

Televisyen:

TahunTajukSebagaiSaluran TV
2022Terpaling JuaraKaptenTV3
2022Famili Duo (musim 2)Peserta pasangan selebritiTV3
2024The Hardest Singing ShowPesertaAstro Ria
2024I Can See Your Voice Malaysia (musim 7)PanelisTV3

Album:

TajukButiran albumSenarai runut
FobiaDikeluarkan: 22 Februari 2022
Label: World Peace Entertainment
Format: Digital download, streaming
Fobia
Heaven
OK – (bersama ALYPH)
Biar Tuhan
Terpisah
Adakah Engkau Menungguku (Akustik)
Mainan
Sumpah (versi AJL)
D.U.A
EP : Lelaki gilaDikeluarkan pada 31 Januari 2024
Label: XO House
Format: Digital download, streaming
Mengenangmu
Lagu lelaki gila
Syaitan pun pening
Ini tak adil
Selas

Single:

TahunTajukCatatan
2018Sekali Lagi
2018Sempurna
2019SumpahLagu juara AJL34
2019Adakah Engkau Menungguku (menampilkan Tuju)
2020Apa Sebenarnya
2020Bila
2020Malam
2020Sembah (menampilkan Man Keedal)
2020Sedih (bersama Ismail Izzani)
2020Lara (bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli)Lagu finalis AJL36
2020Purnama
2021Bring It On (bersama Shalma Eliana)
2021Janji Happy (bersama Alif Satar)Lagu tema TV9
2021MainanLagu finalis AJL37
2022Habis Sini (bersama Joe Flizzow)
2022Fobia
2022Ya Rasulullah 1444 (bersama Raihan)
2022Mungkin Ini Adalah Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat (bersama Dolla)
2022Ruaidah
2023Kudrat (bersama Sekumpulan Orang Gila)Runut bunyi rasmi Projek: High Council
2024Urat (bersama Dato’ Jamal Abdillah)
2024Jangan Mati Di Hari Ini

Baca juga: Niezam Zaidi – Biodata, Kerjaya & Update Terkini

Lagu-lagu Lain:

TahunTajuk
2019Only U
(bersama Priscilla Abby, Santesh dan Juzzthin)
2020With You
(bersama Ismail Izzani, Khai Bahar, Daniesh Suffian dan Harris Baba)
2020Harmoni Aidilfitri
(bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe)
2020RayaBersamaKITKAT
(Bersama SonaOne, MK, Sweetqismina)
2020Warna Merdeka
(bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe)
2021Raya Jelma
(bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian dan Firdaus Rahmat)
2021Darahku
(bersama Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Firdaus Rahmat, Hao Ren, Alan D dan Audi Mok)
2023OPPO Raya Gempak
(bersama OPPO Malaysia)
2025Lagu Lelaki Gila
(bersama Azwan Ali)

Naim Daniel Didakwa Atas Pertuduhan Amang Seksual Fizikal

Pada 17 Jun 2025, penyanyi dan pelakon Naim Daniel telah didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang gadis berusia 17 tahun.

Insiden tersebut didakwa berlaku pada 19 Mei 2025, kira-kira jam 8.56 malam, di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Pertuduhan dikenakan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Naim Daniel bagaimanapun mengaku tidak bersalah, dan mahkamah menetapkan 18 Ogos 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.

@melodiberapi

Ini jawapan Naim Daniel berkaitan dengan kes dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya.. #meloditv3

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3
Kredit: TikTok @melodiberapi
Kredit: Detektif Mat Despatch

Pencapaian Naim Daniel

TahunAnugerahKategoriKarya tercalon
2020Anugerah Juara Lagu ke-34Sumpah
2020Hot FM Fabulous FebruaryArtis Fabulous February
2020Dewan Bahasa dan Pustaka MalaysiaMenggunakan tulisan jawi dalam klip video, “Sembah”
2022Anugerah MACPKomposer Muda BerpotensiDiri Sendiri
2023The Malaysia Book of RecordsFirst to sing upside down in a live performanceThe song of mainan during Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)
2023ContentAsia AwardsSilver – Best Supporting ActorProjek: High Council
2024Asian Academy Creative AwardsBest Actor In a Leading RoleI.D.

Baca juga: Enot – Biodata, Kerjaya, Kehidupan Peribadi & Update Terkini

Fakta Menarik Mengenai Naim Daniel

  • Naim Daniel dikenali ramai dengan genre muzik Pop dan R&B
  • Beliau pernah tercalon dalam kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem 29 Februari di Festival Filem Malaysia ke-25
  • Beliau juga pernah dicalonkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017
  • Naim Daniel mempunyai pengikut seramai 1.4 juta di Instagram dan 521,000 ribu di TikTok
  • Beliau menulis sebuah buku “Kitab Move On: Seni Berdamai Dengan Takdir” yang lancarkan pada Pesta Buku Kuala Lumpur 2025

Semoga Naim Daniel dan semua pihak yang terlibat diberikan kekuatan untuk menghadapi proses perundangan dengan tenang dan terbuka.

Dalam masa yang sama, semoga mangsa yang terlibat diberikan ruang dan keadilan sewajarnya untuk membela diri dan mendapatkan perlindungan yang adil di sisi undang-undang.

Masyarakat diseru dapat bersikap matang serta menghormati proses undang-undang tanpa membuat sebarang spekulasi sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut