Nadamurni : Sejarah Penubuhan, Ahli Kumpulan & Senarai Lagu

nadamurni
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Nadamurni : Sejarah Penubuhan, Ahli Kumpulan & Senarai Lagu

Al-Arqam suatu masa dulu selain dikenali ramai dengan kepakarannya dalam bidang ekonomi, ia juga berjaya dalam bidang muzik dan hiburan sehingga tertubuhnya kumpulan nasyid seperti Nadamurni dan The Zikr.

Juster artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan latar belakang kumpulan Nadamurni dan kaitannya dengan penubuhan kumpulan nasyid popular hari ini seperti Rabbani, Hijjaz dan Raihan.

Baca juga:

Apa itu Nadamurni?

Nadamurni

Nadamurni adalah sebuah kumpulan penyanyi nasyid dari Yayasan Al-Arqam yang pernah aktif di Malaysia pada era tahun 80-an.

Namun pada tahun 1994, kumpulan ini telah pun dibuburkan apabila fatwa menyatakan Al-Arqam diharamkan dan sesat.

Rabbani dan Hijjaz adalah antara kumpulan yang ahli-ahlinya pernah menyertai Nadamurni.

Sejarah dan Latar Belakang

Segalanya berasal pada era tahun 80-an, di mana sekumpulan anak-anak muda di Kampung Sungai Penchala berkumpul di sebuah gelung saluran air dan berbincang untuk kebaikan.

Sehinggakan album pertama mereka dirakamkan pun di gelung saliran air tersebut. Walaupun dengan serba kekurangan dan tiada kemudahan alat muzik serta studio rakaman, perjuangan anak muda ini tidak pernah kenal putus asa.

Kumpulan anak-anak muda ini dikenali sebagai Putera-Putera Al-Arqam. Mereka banyak membuat persembahan di majlis-majlis ceramah.

Antara lagu-lagu awal mereka yang popular sehingga hari ini adalah seperti Tanpa Agama, Di Pondok kecil, dan Di Sini Kami Berkumpul.

Hari demi hari, kemudahan mereka semakin bertambah. Mereka mula memakai jubah putih dan serban putih ketika membuat persembahan. Bahkan mereka juga mempunyai sistem audio dan studio sendiri.

Kualiti lagu-lagu mereka semakin hari semakin meningkat dengan mempelbagaikan bentuk suara seperti bass, harmoni, suara kanak-kanak dan selingan sajak oleh saudara Dinie Juri dan Pak Nora.

Persembahan mereka juga semakin kerap dipersembahkan di majlis-majlis ceramah anjuran Al-Arqam. Dan ketika inilah Arwah Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) membuat penampilan sulungnya dengan menjadi vokalis utama kumpulan nasyid Putera-Putera Al-Arqam Malaysia ini.

Mereka juga menggunakan nama Syukhbah Kebudayaan Al-Arqam dan lagu-lagu tersebut menjadi siulan pemuda-pemuda Al-Arqam di seluruh dunia.

Oleh kerana minat yang begitu mendalam, nama Putera-Putera Al-Arqam Malaysia ditukar dengan nama Nadamurni. Nadamurni menggunakan kepakaran mereka dalam kompang dan alat muzik tradisional lainnya untuk membuat persembahan.

Nadamurni juga telah diletakkan di bawah syarikat rakaman Ova Production, milik Al-Arqam sendiri. Syarikat ini juga memperkenalkan artis dan kumpulan nasyid lain seperti The Zikr, Shaoutussofwa, Nada Athirah, Qatrunnada, dan sebagainya.

Dengan perkongsian idea dari Farihin Abd Fatah bersama Waharp Yusof, Sohibul Fadhil, Dinie Juri dan lain-lain, lagu-lagu Nadamurni mula diterima masyarakat dan kerap kedengaran di dalam radio dan televisyen.

Seperti kebanyakkan kumpulan nasyid yang lain, ahlinya pasti silih berganti. Nadamurni memperkenalkan kehadiran vokalis kedua mereka iaitu Munif Ahmad (Hijjaz). Kehadiran Munif Hijjaz memberikan peluang kepada Nadamurni untuk menerima jemputan persembahan dengan lebih banyak kerana mereka mampu mengagihkan kumpulan kepada dua orang vokalis utama.

Kejayaan Nadamurni pada ketika itu tiada tandingan dan tidak mampu disaingi oleh mana-mana kumpulan nasyid lain.

Namun pada tahun 1994 sejurus selepas Al-Arqam diharamkan oleh kerajaan Malaysia, Nadamurni telah berpecah dan membentuk kumpulan nasyid yang lain.

Daripada penampilan berjubah dan berserban putih, kini mereka mengubah cara penampilan mereka dengan memakai kopiah yang beraneka corak dan warna.

Ahli Kumpulan Nadamurni

Kredit: IG Deen Nasyid Rabbani

Kumpulan Nadamurni dianggotai oleh sekumpulan ahli jemaah Al-Arqam. Antara yang terkenal ialah:

  1. (Asri) Mohamad Asri bin Ibrahim (meninggal)
  2. (Isman) Ismen Nadim bin Isam
  3. (Munif) Munif Ahmad @ Putra Aiman
  4. (Faizal) Mohd Faizal bin Osman
Kredit: Nasyid Sedunia

Ahli kumpulan:

  • Berdiri dari kiri : Hamzah, Mahyuddin, Azadan, Nazim, Ust Asri, Munif, Ritaudeen, Isman, Fendi
  • Duduk dari kiri : Loqman, Nazrul, Aminuddin, Saiful, Faizal, Rahmat

Senarai Lagu

Berikut adalah senarai lagu dan album yang pernah dihasilkan oleh kumpulan Nadamurni:

Album Penuh Studio

  1. Pentas Satu – Kelahiran
  2. Asmaul Husna
  3. Asmaul Anbiya’
  4. Sifatullah
  5. Nasyid Al-Arqam I & II
  6. Musafir Kelana
  7. Seruan Perjuangan
  8. Engkau Menjelang Tiba
  9. Tholaal Badru Alayna
  10. Amalan Salafussoleh
  11. Maulana Ya Rasulullah
  12. Ilmu itu Cahaya
  13. The Light of Truth
  14. Munajat (bersama The Zikr)
  15. Cahaya di Ufuk Timur
  16. Soul of Islam
  17. Love & Care
  18. Malaysiaku Indah
  19. Di Mana Kasih Di Mana Sayang
  20. Balada Makkatul Mukarramah
  21. Pulanglah Abuya
  22. Untukmu Rasulullah Vol. 1 & Vol. 2
  23. Falsafah Haji

Album Rakaman Langsung (Live)

  1. Konsert Bergerak Serambi Mekah
  2. Malam Sinar Maulidurrasul Vol. 1 & 2
  3. NadaMurni “Live” Album
  4. Konsert Kebudayaan Islam II: Bila Nur Melimpah di Hati (menampilkan The Zikr, Nahwan Nur & Al-Anwar)

Album Bertemakan Ramadan & Syawal

  1. Lambaian Syawal
  2. Bisikan Aidilfitri
  3. Nur Aidilfitri
  4. Potret Aidilfitri
  5. Kemesraan di Aidilfitri
  6. Ramadhan-Syawal: Neraca Taqwa

Album Kompilasi

  1. Yang Dirindu (bersama Putri Muslimah)
  2. Keinsafan
  3. Koleksi Top Hits
  4. Kompilasi Keharmonian Aidilfitri (menampilkan The Zikr, Soutus Sofwa, Anugerah & Nada Athirah)
  5. Kompilasi Hari Raya: Aidul Mubarak
  6. Pak Ku Shadat bersama NadaMurni
  7. Menongkah Gerbang Syawal (penampilan Asri Ibrahim dan Munif Ahmad secara solo bersama Anugerah, Nahwan Nur & Bangsar Boyz)

Rakaman persembahan secara langsung (live) melalui VHS antaranya:-

  1. Malam Sinar Maulidurrasul
  2. Malam Kebudayaan Islam
  3. Malam Mesra bersama NadaMurni di Pesta Colek ’92
  4. Malam Kebudayaan Islam (Indahnya Hidup Bersama Tuhan) di Dewan Sivik MPPJ
  5. Majlis Isra’ Mikraj
  6. Islamic Fest & NadaMurni’s Concert Tour, United Kingdom
  7. Konsert Malam Malaysia Indah ’94

Lagu-Lagu Popular:

  1. Asmaul Husna
  2. Di Pondok Kecil
  3. Suwaru fil Quran
  4. Sepohon Kayu
  5. Selimut Putih
  6. Tholaal Badru Alayna
  7. Kasih Ibu Bapa
  8. Welcome to Darul Arqam
  9. Seruan Jihad
  10. Islam Yang Telah Berkembang
  11. Al Hijrah
  12. Sifat 20
  13. Mati
  14. Muhammad Rasulullah (Your Face is Bright)
  15. Assalamualaikum
  16. Kegelapan Malam
  17. Pemuda Pemudi
  18. Muslimin Muslimat
  19. Di Sini Kami Berkumpul
  20. Jasa Petani
  21. Huru Hara
  22. Marilah Berkasih Sayang
  23. Di Mana Ketenangan Di Mana Kebahagiaan
  24. Kota Mekah
  25. Nabi Ibrahim Bina Kaabah
  26. Haji Menuju Allah
  27. Maulana Ya Rasulullah
  28. Anta Ya Rahman
  29. Ahmad Ya Habibi
  30. Khairul Bariyyah
  31. Ya Nabi Salam Alayk
  32. Adam & Hawa (Peristiwa Padang Arafah)
  33. Bila Nur Melimpah Di Hati
  34. Mana Milik Kita
  35. Munajat
  36. Mara Menuju Cita
  37. Sunnah Berjuang
  38. Nun di Sana
  39. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
  40. Hikmah Ramadhan
  41. Hari Raya Hanya di Syurga

Penubuhan Kumpulan Hijjaz, Rabbani dan Raihan

Pembubaran Nadamurni pada tahun 1994 dulu telah menyebabkan penubuhan beberapa kumpulan nasyid lain iatu Rabbani, Hijjaz, dan Raihan (The Zikr).

Hijjaz ditubuhkan pada 10 Januari 1997 dan pernah menganggotai kumpulan Nadamurni selama 10 tahun. Gaya penampilan yang eksklusif, Hijjaz mudah dikenali melalui pemakaian kopiah Hijjaz mereka yang cantik dan bercorak seperti mahkota.

Kumpulan Hijjaz terdiri seramai 4 orang anggota iaitu :

  • Munif bin Ahmad (Munif Hijjaz/Putra Aiman)
  • Isman Nadim bin Isam (Isman/Manis Helma/Manis Alia)
  • Mohd Faizal bin Osman (Faizal/Abai Os)
  • Mohd Salleh bin Ramli (Soleh) – Meninggal dunia dan diganti oleh Ariffin
  • Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim (Ariffin)
Kumpulan Hijjaz

Kumpula Raihan ditubuhkan oleh Farihin Abdul Fatah pada tahun 1996. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahmad (Allahyarham; 24 September 1968 – 29 September 2001), Nazrey Johani, Abu Bakar Md Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. 

Nama Raihan harum dipersada dunia apabila muncul membuat persembahan di Royal Albert Hall England.

Raihan muncul sebagai fenomena luar biasa pada era 90-an dengan album Puji-Pujian yang terjual lebih dari 700,000 unit!

Nadamurni
Kumpulan Raihan

Kumpulan Rabbani pula ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Antra ahli kumpulannya yang terkenal adalah seperti Arwah Ustaz Asri Ibrahim, Azadan bin Abdul Aziz, Mohd Asri bin Ubdaidullah, dan lain-lain.

Banyak lagu dan karya Rabbani telah merangkul anugerah dari dalam dan luar negara.

Nadamurni
Kumpulan Rabbani

Kejayaan Raihan, Hijjaz dan Rabbani membuktikan bahawa genre nasyid islamik membawa pengaruh yang sangat baik dalam industri muzik nasyid moden.

Elemen yang dipegang oleh Nadamurni seperti mesej dakwah yang kuat, melodi yang memikat hati serta penggunaan teknologi rakaman yang maju terus diwarisi oleh kumpulan-kumpulan tersebut sehingga hari ini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut