MySejahtera Sedang Mengalami Masalah Teknikal & Tidak Dapat Diakses

MYSEJAHTERA PROBLEM masalah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Makluman untuk semua pengguna MySejahtera, buat masa ini sistem tersebut sedang mengalami masalah teknikal dan tidak dapat diakses.

Difahamkan pengguna tidak dapat menggunakan aplikasi ini untuk membuat imbasan dan mengemaskini maklumat.

Notifikasi seperti di bawah akan muncul pada aplikasi berkenaan.

mysejahtera problem

Baca juga:

MySejahtera Problem? Sistem Sedang Mengalami Masalah Teknikal

Masalah teknikal ini dimaklumkan melalui Twitter MySejahtera pada pukul 4.33 petang, 20 Januari 2022.

Ciapan tersebut berbunyi:

Pengumuman terkini berkenaan aplikasi MySejahtera yang tidak didapat di akses buat masa kini.

Sebarang kesulitan amat dikesali.

Temujanji Di PPV Masih Boleh Dihadiri

Walau bagaimanapun, anda masih boleh menghadiri temujanji anda di PPV seperti yang dijadualkan.

Sebarang info terbaharu akan dikemaskini dan dimaklumkan oleh pihak MySejahtera dalam masa terdekat.

Sila ikuti laman web rasmi dan media sosial MySejahtera yang berikut:

Apakah MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Aplikasi ini menjadi satu keperluan buat rakyat Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

MySejahtera juga digunakan bagi kemudahan untuk Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu urusan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG MASALAH DI MYSEJAHTERA

Jika anda masih mengalami masalah berhubung data vaksinasi atau akses ke aplikasi MySejahtera, cuba dapatkan bantuan HelpDesk :

  • Layari pautan HelpDesk MySejahtera: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
  • Klik Mula
  • Klik pada pilihan Saya Tidak Boleh Log/Aksess Masuk Ke Aplikasi
  • Klik pada masalah berkaitan
  • Akan terpapar cara penyelesaian masalah anda
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut