MySalam 2024: Permohonan, Semakan Status & Tuntutan [TERKINI]

MySalam 2024: Permohonan, Semakan Status & Tuntutan [TERKINI]
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Dalam Belanjawan 2024, Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan bagi tempoh dua tahun lagi.

@ecentral.my

Replying to @user8072167498436 Ini cara claim mySalam 2024 secara online. Hanya yang masuk hospital tahun 2024/2025 je yang boleh claim. Anda juga boleh buat tuntutan mySalam di kaunter mySalam di hospital kerajaan berdekatan. #mysalam #mysalam2024 #mysalamclaim #mysalamb40 #bantuanmysalam #bantuanperubatan

♬ HIP HOP-like instrumental loop sound source(825211) – WALKER

Skim ini menyediakan pembayaran tunai untuk mereka yang didiagnosis dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

BACA JUGA: Belanjawan 2025 : Tarikh Pembentangan & Cadangan

Apakah MySalam 2024?

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.

Ketika awal diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).

Dalam Belanjawan 2024, Skim Perubatan MADANI akan diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta yang akan memanfaatkan 700,000 rakyat, dan meneruskan skim MySalam bagi tempoh dua tahun lagi.

[TERKINI] – Semakan Kelayakan MySalam 2024

Semakan kelayakan bagi tahun 2024 sudah boleh dibuat bermula dari 7 Julai 2024 di portal mySalam.

>> Bagi peserta yang layak, sekiranya anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan atau didiagnos dengan penyakit kritikal bermula dari 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024, anda boleh menghantar tuntutan ada di portal mySalam bermula 7 July 2024.

>> Sila pastikan semua dokumen tuntutan dan maklumat bank anda adalah lengkap dan tepat.

>> Penerima bantuan yang layak akan menerima SMS bermula 15 Julai 2024.

Contoh SMS untuk penerima mySalam yang layak

Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di [email protected].

Atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Tujuan MySalam

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Manfaat

Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu;

Manfaat Hospitalisasi

Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.

NOTA:

  • Pastikan anda membawa dokumen wajib yang diperlukan untuk tuntutan manfaat ini. Rujuk gambar di atas untuk mengetahui dokumen yang diperlukan.
  • Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.

Manfaat Penyakit Kritikal

Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, ahli mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Kelayakan untuk menjadi ahli mySalam ini adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun.

Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.

Kriteria umur adalah seperti kategori berikut:

  • Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  • Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
  • Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.

NOTA: Pastikan anda membawa dokumen wajib yang diperlukan untuk tuntutan manfaat ini. Rujuk gambar di atas untuk mengetahui dokumen yang diperlukan.

Syarat Kelayakan

Penerima mySalam adalah individu yang menerima bantuan program khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam.

Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemaskini dalam program-program yang didaftar oleh penerima seperti yang disebut di atas.

Cara Membuat Semakan Kelayakan

Sila rujuk langkah di bawah untuk semakan status kelayakan MySalam 2024 anda.

Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my.

Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk MySalam terdekat :

Nama HospitalAlamatNo. TelKetersediaan Kiosk
Hospital Alor GajahPejabat Hospital, Hospital Alor Gajah, Alor Gajah, 78000, MelakaYA
Hospital AmpangJalan Mewah Utara, Ampang, 68000, Selangor03-42896000YA
Hospital Bahagia Ulu KintaTanjong Rambutan, Ulu Kinta, 31250, Perak05-5332333TIDAK
Hospital Balik PulauBalik Pulau, Balik Pulau, 11000, Pulau Pinang04-8669333YA
Hospital BalingJala Hospital, Baling, 09100, Kedah04-4701333YA
Hospital BantingJalan Sultan Alam Shah, Banting, 42700, Selangor03-31871333YA
Hospital Batu GajahJalan Changkat, Batu Gajah, 31000, Perak05-3663333YA
Hospital BauBatu 1 ½, Jalan Bau-Lundu, Bau, 94000, Sarawak082-763711YA
Hospital BeaufortPeti Surat 40, Beaufort, 89807, Sabah087-212333YA
Hospital BeluranKarung Berkunci No : 02, Beluran, 90109, Sabah089-511233/333YA
Hospital BentongHospital Bentong, Bentong, 28000, Pahang09-2223333YA
Hospital BesutJalan Pasir Akar, Jerteh, Besut, 22000, Terengganu09-6971130/200YA
Hospital BetongJalan Betong, Betong, 95707, Sarawak083-472821YA
Hospital BintuluJalan Nyabau, Bintulu, 97000, Sarawak086-255899YA
Hospital Bukit MertajamJalan Kulim, Bukit Mertajam, 14000, Pulau Pinang04-5497333YA
Hospital Changkat MelintangLambor Kanan, Parit, Bota, 32900, Perak05-3761333YA
Hospital DalatJalan Oya-Dalat, Dalat, 96300, Sarawak084-863213TIDAK
Hospital DaroJalan Itol, Daro, 96200, Sarawak084-823620YA
Hospital Duchess Of KentKM 3.2, Jalan Utara, Sandakan, 90000, Sabah089-248 600YA
Hospital DungunHospital Dungun, Dungun, 23000, Terengganu09-8483333YA
Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, KluangKM 5, Jln Kota Tinggi, Kluang, 86000, Johor07-7787000YA
Hospital GerikJalan Intan, Grik, 33000, Perak05-7911333YA
Hospital Gua MusangBandar Baru, Gua Musang, 18300, Kelantan09-9121133YA
Hospital Hulu TerengganuBatu 23, Jalan Kuala Berang, Kuala Berang, 21700, Terengganu09-6813333/120YA
Hospital JasinHospital Utama, Jasin, 77000, Melaka06-5294262YA
Hospital JelebuTaman Bukit Petaling, Kuala Klawang, 71600, Negeri Sembilan06-6136355YA
Hospital JeliBandar Jeli, Jeli, 17600, Kelantan09-9440092YA
Hospital JempolHospital Jempol, Bandar Seri Jempol, 72120, Negeri Sembilan06-4592000YA
Hospital JengkaBandar Jengka, Maran, 26400, Pahang09-4662333YA
Hospital JerantutTaman Jaya, Jerantut, 27000, Pahang09-2663333YA
Hospital JitraJalan Changlun, Jitra, 06000, Kedah04-9174333YA
Hospital KajangJalan Semenyih, Kajang, 43000, Selangor03-89133333YA
Hospital KamparJalan Hospital, Kampar, 31500, Perak05-4653333TIDAK
Hospital KanowitJalan Kanowit/ Durin, Kanowit, 96700, Sarawak084-752333YA
Hospital KapitJalan Memora, Kapit, 96800, Sarawak084-796333YA
Hospital KemamanJalan Da’ Omar, Cukai, Kemaman, 24000, Terengganu09-8513333YA
Hospital KeningauPeti Surat 11, Keningau, 89007, Sabah087-313000YA
Hospital Kepala BatasJalan Bertam, Kepala Batas, 13200, Pulau Pinang04-5793333YA
Hospital KinabatanganW.D.T 200, Kinabatangan, 90020, Sabah089-561858YA
Hospital Kota BeludPeti Surat 159, Kota Belud, 89158, Sabah088-976333YA
Hospital Kota MaruduPeti Surat 255, Kota Marudu, 89108, Sabah088-661984YA
Hospital Kota TinggiJalan Tun Habah, Kota Tinggi, 81900, Johor07-8831131/32YA
Hospital Kuala KangsarJalan Sultan Idris Shah 1, Kuala Kangsar, 33000, Perak05-7763333YA
Hospital Kuala KraiJalan Kota Bharu, Kuala Krai, 18000, Kelantan09-9611300YA
Hospital Kuala Kubu BharuJalan Hospital, Kuala Kubu Bharu, 44000, Selangor03-60641333YA
Hospital Kuala Lipis09-3123333YA
Hospital Kuala LumpurJalan Pahang, Kuala Lumpur, 50586, Kuala Lumpur03-26155555YA
Hospital Kuala NerangKuala Nerang, Kuala Nerang, 06300, Kedah04-7867333YA
Hospital Kuala PenyuW.D.T. 35, Kuala Penyu, 89740, Sabah087-853100YA
Hospital KudatPeti Surat 22, Kudat, 89057, Sabah088-613333YA
Hospital KulimJalan Mahang, Kulim, 09000, Kedah04-4272733YA
Hospital KunakW.D.T. 150, Kunak, 91209, Sabah089-894100YA
Hospital LabuanPeti Surat 81006 Labuan, Labuan, 87020, Labuan087-596888TIDAK
Hospital Lahad DatuPeti Surat 60065, Lahad Datu, 91110, Sabah089-895111YA
Hospital LangkawiBukit Tekuh, Jalan Padang Maksirat, Langkawi, 07000, Kedah04-9665333YA
Hospital LawasJalan Hospital, Lawas, 98850, Sarawak085-283781YA
Hospital LimbangJalan Pandaruan, Limbang, 98700, Sarawak085-211200YA
Hospital LunduJalan Sekambal, Lundu, 94500, Sarawak082-735311YA
Hospital MachangJalan Pasir Puteh, Machang, 18500, Kelantan09-9741300/301YA
Hospital MarudiJalan Pungor, Marudi, 98050, Sarawak085-755511YA
Hospital MelakaJalan Mufti Haji Khalil, Melaka, 75400, Melaka06-2892344YA
Hospital MersingJalan Ismail, Mersing, 86800, Johor07-7993333YA
Hospital Mesra Bukit PadangPeti Surat 11342, Kota Kinabalu, 88815, Sabah088-240984TIDAK
Hospital MiriJalan Cahaya, Miri, 98000, Sarawak085-420033YA
Hospital Muadzam ShahMuadzam Shah, Rompin, 26700, Pahang09-4523333YA
Hospital MukahJalan Haji Mohamed Pauzi, Mukah, 96400, Sarawak084-871333YA
Hospital Orang AsliKM 24, Jalan Pahang Lama, Gombak, 53100, SelangorYA
Hospital Pakar Sultanah FatimahJalan Salleh, Muar, 84000, Johor06-9521901YA
Hospital PaparPeti Surat No. 6, Papar, 89607, Sabah088-913333YA
Hospital Parit BuntarJalan Sempadan, Parit Buntar, 34200, Perak05-7163333YA
Hospital Pasir MasJalan Meranti, Pasir Mas, 17000, Kelantan09-7932300YA
Hospital PekanJalan Batu Balik, Kampung Mengkasar, Pekan, 26600, Pahang09-4223333YA
Hospital Permai Johor BahruJalan Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru, 81200, Johor07-2311000TIDAK
Hospital PitasPeti Surat 88, Pitas, 89100, Sabah088-676100YA
Hospital PontianJalan Alsagoff, Pontian, 82000, Johor07-6873333YA
Hospital Port DicksonKM 11, Jalan Pantai, Port Dickson, 71050, Negeri Sembilan06-6487333YA
Hospital Pulau PinangJalan Residensi, Pulau Pinang, 10990, Pulau Pinang04-2225333YA
Hospital PutrajayaPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 7, Putrajaya, 62250, Putrajaya03-83124200YA
Hospital Queen ElizabethKarung Berkunci N0.2029, Kota Kinabalu, 88586, Sabah088-517555YA
Hospital Queen Elizabeth IILorong Bersatu, Jalan Damai Luyang, Kota Kinabalu, 88300, Sabah088-245249YA
Hospital Raja Perempuan Zainab IIJalan Hospital, Kota Bharu, 15000, Kelantan09-7452000YA
Hospital Raja Permaisuri BainunJalan Hospital, Ipoh, 30400, Perak05-2533333YA
Hospital Rajah Charles Brooke MemorialBt 13, Jalan Puncak Borneo, Kota Padawan, Kuching, 93250, Sarawak082-611123TIDAK
Hospital RanauPeti Surat 65, Ranau, 89300, Sabah088-875266YA
Hospital RaubJalan Tengku Abd Samad, Raub, 27600, Pahang09-3553333YA
Hospital Rehabilitasi CherasJalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala Lumpur03-91453400TIDAK
Hospital RompinJalan Kg Kolam Kuala Rompin, Rompin, 26800, Pahang09-4141305YA
Hospital SaratokKM 1, Jalan Saratok, Saratok, 95400, Sarawak083-436311YA
Hospital SarikeiJalan Rentap, Sarikei, 96100, Sarawak084-653333YA
Hospital Seberang JayaJln Tun Hussein Onn, Perai, 13700, Pulau Pinang04-3827333YA
Hospital SegamatKM 6 Jalan Genuang, Segamat, 85000, Johor07-9433333YA
Hospital SelamaJalan Taiping, Selama, 34100, Perak05-8394233YA
Hospital SelayangLebuhraya Selayang-Kepong, Batu Caves, 68100, Selangor03-61203233YA
Hospital SempornaPeti Surat 80, Semporna, 91307, Sabah089-781522YA
Hospital SentosaBatu 7, Jalan Penenrisen, Kuching, 93250, Sarawak082-612321TIDAK
Hospital Sultan Idris Shah Serdang Hospital SerdangJalan Puchong, Kajang, 43000, Selangor03-89475555YA
Hospital Seri ManjungSeri Manjung, Seri Manjung, 32040, Perak05-6881333YA
Hospital SerianBandar Serian, Serian, 94700, Sarawak082-874311YA
Hospital SetiuBandar Permaisuri, Setiu, 22100, Terengganu09-6090333YA
Hospital Shah AlamPersiaran Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam, 40000, Selangor03-55263000YA
Hospital SibuBatu 5 ½, Jalan Ulu Oya, Sibu, 96000, Sarawak084-343333YA
Hospital SikPekan Sik, Sik, 08220, Kedah04-4695333YA
Hospital SimunjanJalan Gunung Ngeli, Simunjan, 94800, Sarawak082-803984YA
Hospital SipitangPeti Surat 250, Sipitang, 89857, Sabah087-822296YA
Hospital Slim River05-4508000YA
Hospital Sri AmanJalan Hospital, Sri Aman, 95007, Sarawak083-322151YA
Hospital Sultan Abdul HalimJalan Lencongan Timur Bandar Amanjaya, Sungai Petani, 08000, Kedah04-4457333YA
Hospital Sultan Hj Ahmad ShahJalan Maran, Temerloh, 28000, Pahang09-2955333YA
Hospital Sultan IsmailJalan Persiaran Mutiara Emas Utama, Taman Miount Austin, Johor Bahru, 81100, Johor07-3565000YA
Hospital Sultanah AminahJalan Persiaran Abu Bakar Sultan, Johor Bahru, 80100, Johor07-2231666YA
Hospital Sultanah BahiyahKM 6, Jln Langgar, Alor Setar, 05460, Kedah04-7406233YA
Hospital Sultanah Hajjah KalsomTanah Rata, Cameron Highlands, 39000, Pahang05-4913333YA
Hospital Sultanah Nora IsmailJalan Korma, Batu Pahat, 83000, Johor07-4363000YA
Hospital Sultanah Nur ZahirahJalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 20400, Terengganu09-6212121YA
Hospital Sungai BakapSungai Jawi, Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, 14200, Pulau Pinang04-5824333YA
Hospital Sungai BulohJalan Hospital, Sungai Buluh, 47000, Selangor03-61454333TIDAK
Hospital Sungai SiputJalan Felda Lasah, Sungai Siput, 31100, Perak05-5983333YA
Hospital TaipingJalan Taming Sari, Taiping, 34000, Perak05-8204000YA
Hospital TambunanPeti Surat 10, Tambunan, 89657, Sabah087-774333YA
Hospital TampinJalan Haji Ahmad Zainuddin, Tampin, 73009, Negeri Sembilan06-4411511YA
Hospital Tanah Merah09-9545000YA
Hospital TangkakJalan Hospital, Tangkak, 84900, Johor06-9782792YA
Hospital Tanjung KarangJalan Besar, Tanjung Karang, 45500, Selangor03-32698333YA
Hospital TapahJalan Temoh, Tapah, 35000, Perak05-4011333YA
Hospital TawauPeti Surat 80, Tawau, 91007, Sabah089-773533YA
Hospital Teluk IntanJalan Changkat Jong, Teluk Intan, 36000, Perak05-6213333YA
Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun IbrahimHospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya, Kulai, 81000, Johor07-6623333YA
Hospital Tengku Ampuan AfzanJalan Air Putih, Kuantan, 25100, Pahang09-5133333YA
Hospital Tengku Ampuan JemaahJalan Hospital, Sabak Bernam, 45200, Selangor03-32163333YA
Hospital Tengku Ampuan RahimahJalan Langat, Klang, 41200, Selangor03- 33723333YA
Hospital Tengku AnisJalan Pasir Puteh, Pasir Puteh, 16800, Kelantan09-7843333YA
Hospital TenomPeti surat 97, Tenom, 89907, Sabah087-735577YA
Hospital Tuanku Ampuan NajihahKM 3, Jalan Melang, Kuala Pilah, 72000, Negeri Sembilan06-4818001YA
Hospital Tuanku FauziahJalan Kolam, Kangar, 01000, Perlis04-9738000YA
Hospital Tuanku Ja’afar SerembanJalan Rasah, Seremban, 70300, Negeri Sembilan06-7623333YA
Hospital TuaranPeti surat 996, Tuaran, 89207, Sabah088-788317YA
Hospital TumpatJalan Kelaburan, Tumpat, 62000, Kelantan09-7263000YA
Hospital Umum KuchingJalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching, 93586, Sarawak082-276666YA
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak SabahKarung Berkunci 187, Kota Kinabalu, 88996, Sabah088-522600YA
Hospital YanBatu 25 , Jalan Yan, Yan, 06900, Kedah04-4655333YA
Institut Kanser NegaraNo 4, Jalan P7, Presint 7 , Putrajaya, 62250, Putrajaya03-88925555YA
Institut Perubatan RespiratoriJalan Pahang, Kuala Lumpur, 53000, Kuala Lumpur03-40232966YA
Pusat Jantung SarawakJalan Expressway Kota Samarahan, Samarahan, 94300, Sarawak082-668111YA
Pusat Kawalan Kusta NegaraJalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, Selangor03-61561321TIDAK
Pusat Perubatan Universiti MalayaLembah Pantai, Kuala Lumpur, 59100, Kuala Lumpur60379494422YA
Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan MalaysiaJalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000, Kuala Lumpur60391455555YA
Hospital Universiti Sains MalaysiaJalan Raja Perempuan Zainab 2, Kampus Kesihatan, Kota Bharu, 16150, Kelantan6097673000YA
Hospital Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaJalan Sultan Hj Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200, Pahang95912500YA
Pusat Pakar Perubatan UiTM PPUiTMJalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, Selangor603 6126 5000TIDAK
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur3, Jalan 4/27a, Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 53300, Kuala Lumpur03-4145 4200TIDAK
Hospital Angkatan Tentera, LumutPengkalan TLDM, Lumut, 32200, Perak05-683 7090TIDAK
Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, MelakaKem Terendak, Terendak, 76200, Melaka06-357 3201YA
Hospital Tentera Darat, GemasGemas, Negeri Sembilan, Gemas, 73400, Negeri SembilanTIDAK
Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota KinabaluJalan Universiti, Kota Kinabalu, 89200, Sabah011-3603 6612TIDAK
Hospital RembauKampung Masjid Tanah, Pedas, 71300, Negeri Sembilan06-6860600YA
Hospital Pengajar Universiti Putra MalaysiaPersiaran Mardi – Upm, Serdang, 43400, Selangor03-97695001YA
Hospital Tunku AzizahJalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur, 50300, Kuala Lumpur03-26003000YA
Hospital Al-Sultan Abdullah UiTMBandar Puncak Alam, , Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan, Puncak Alam, 42300, Selangor03-3396 3000TIDAK
Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKMJalan Yaacob Latif, , Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala Lumpur03-9174 8888TIDAK
Hospital Sultan Ismail PetraKM 6, Jalan Kuala Krai – Gua Musang,, Kuala Krai, 18000, Kelantan09-09611666TIDAK
Hospital CyberjayaPersiaran Sepang, Cyber 11, Cyberjaya, 63000, Selangor03-83124200TIDAK
Hospital BeraTaman Kerayong Jaya, Teriang, 28200, Pahang09-2509323TIDAK
Hospital PendangKampung Manggol Pauh, Pendang, 06700, Kedah04-7251000TIDAK

Cara Buat Tuntutan

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

I. Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

II. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.

Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.

Contoh permohonan yang lulus adalah seperti berikut:

Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda.

Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.

Anda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut:

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan MySalam 2024, anda boleh hubungi Pusat Panggilan MySalam yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 888 938

Atau, boleh juga emailkan ke alamat berikut: [email protected] 

Atau, lawat kios MySalam di Hospital Kerajaan terdekat.

Layari laman web rasmi mySalam di pautan berikut: https://www.mysalam.com.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut