Malaysia dan Singapura bekerjasama melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin – Laluan Darat (VTL-Land) pada 29 November 2021.
Kadar vaksinasi 90 peratus populasi dewasa Malaysia dan Singapura beri peluang pembukaan semula sempadan darat secara berperingkat, selamat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pembukaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Darat (VTL-Land) Malaysia – Singapura.
Apakah VTL-Land?
Inisiatif VTL-Land bertujuan lancarkan pergerakan rentas sempadan tanpa kuarantin, integrasi protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen.
VTL-Land dihadkan kepada pengangkutan bas sahaja, dibenarkan untuk warganegara Malaysia, Singapura yang telah lengkap divaksin.
Malaysia dan Singapura setuju kuota harian VTL-Land tidak melebihi 1,500 pengembara pada peringkat permulaan.
Apakah MySafeTravel?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab untuk membuat kutipan bagi fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin daripada pengembara yang memasuki Malaysia melalui pintu masuk antarabangsa.
Fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin dikutip di pintu masuk antarabangsa sama ada secara tunai atau secara e-payment menggunakan kad kredit / kad debit.
Dalam usaha untuk mempercepatkan proses kutipan dan mengurangkan penggunaan tunai, KKM telah melantik MyEg Services Sdn Bhd untuk membuat kutipan bagi pihak KKM.
Kutipan tersebut dibuat melalui sistem MySafeTravel yang dibangunkan oleh MyEG Services Sdn Bhd.
Cara Menggunakan MySafeTravel-VTL
Sistem MySafeTravel akan mula dibuka untuk permohonan mulai 26 November.
Pautan ke sesawang ini boleh dicapai melalui https://mysafetravel.gov.my/
Melalui sistem tersebut, semua warganegara asing adalah diwajibkan membuat bayaran fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin melalui MySafeTravel, manakala warganegara Malaysia boleh menggunakan sistem tersebut untuk membuat bayaran ujian pengesanan COVID-19.
Bayaran perlu dibuat sebelum mereka mendarat di Malaysia.
Pelaksanaan ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan untuk mewujudkan Cashless Society di Malaysia dengan merancakkan penggunaan e-pembayaran dan mengurangkan pembayaran secara tunai.
Baca juga: Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2021 – Tourism Malaysia
Kaedah Pembayaran
MySafeTravel dilengkapi dengan kaedah pembayaran yang mudah dan selamat secara online (FPX, AMEX, VISA dan Mastercard). Sistem ini dibangunkan dengan teknologi PHP Laravel Framework dan diintegasikan dengan aplikasi mudah alih MyQR by MyEG serta sistem portal admin (dashboard) untuk kegunaan pentadbir sistem di KKM, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan MyEG.
Segala ketetapan pada MySafeTravel adalah mengikut arahan-arahan terkini daripada pihak Kerajaan khususnya KKM dan NADMA.
Cara Pendaftaran
Pengembara yang masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Land perlu mendaftar di https://mysafetravel.gov.my/ manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura, perlu membuat pendaftaran di https://go.gov.sg/vtl-portal.
Pendaftaran ini adalah wajib sebelum sebarang pembelian tiket dibuat.
Rujuk senarai FAQ di bawah:
Butiran tentang keperluan VTL-Land boleh didapati di https://www.miti.gov.my
dan https://www.safetravel.ica.gov.sg/.
Keselamatan Maklumat Pengguna
Segala maklumat yang didaftarkan di MySafeTravel diformasikan secara paparan mudah alih untuk pengendalian semakan bayaran dan tempahan oleh pengembara (e-receipt).
MyQR by MyEG ini juga dilengkapi dengan sistem imbasan kod QR yang digunakan untuk petugas di pintu masuk antarabangsa bagi tujuan pengesahan.
Portal admin (dashboard) adalah satu capaian kepada laporan bagi transaksi yang direkodkan di MySafeTravel.
Format pelaporan ringkas dan terperinci disediakan mengikut keperluan bahagian yang berkepentingan di lapangan (pintu masuk antarabangsa dan pusat kuarantin (hotel)) serta unit yang menyelia kutipan hasil kerajaan ini.
Akses adalah terhad kepada pegawai yang dilantik oleh agensi penyelia KKM dan NAMDA.
Baca juga: Roti Gardenia Naik Harga Mulai 1 Disember 2021. Ini Senarai Harga Baru
Maklumat Lanjut
Penggunaan MySafeTravel memudahkan bayaran fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin kepada pengembara yang ingin memasuki Malaysia melalui pintu masuk antarabangsa. Pengembara tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.
Penggunaan sistem ini juga mengurangkan keperluan menempatkan pegawai tadbir di kaunter pintu masuk antarabangsa untuk membuat kutipan secara manual.
Selain itu, transaksi tunai dapat dikurangkan dan mengurangkan kebarangkalian kehilangan wang awam sama ada melalui kesilapan pegawai atau isu integriti.
Pautan Kepada Halaman
- https://safetravel.myeg.com.my/
- https://mysafetravel.gov.my/ (VTL)
- MySafeTravel FAQ – Seperti di Lampiran.
Maklumat Lanjut
- Nama : Marietta Rachel Lukie
- Telefon : 03-8883 3063
- Emel : [email protected]
Agensi Bertanggungjawab
- Kementerian Kesihatan Malaysia
- Bantuan Hotline : 03-7664 8838 / [email protected]