MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2025

mykasih app semakan baki
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2025

Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

@ecentral.my

Kalau korang penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), korang layak dapat bantuan SARA MyKasih ni tau. Ini cara semak Sumbangan Asas Rahmah 2024. Boleh dapat RM100 dan RM50 setiap bulan. #sumbangantunairahmah #sumbanganasasrahmah #sumbanganasasrahmah2024 #bantuankerajaan #bantuanmiskin #bantuanmiskintegar

♬ Hip Hop – Rimma

Tahukah anda apakah itu sistem MyKasih, cara mendaftar / memohon dan bagaimana ia berfungsi?

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang MyKasih untuk makluman bersama.

Apakah MyKasih Foundation?

MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

Program utama MyKasih iaitu ‘Love My Neighbourhood’ untuk bantuan makanan dan ‘Love My School’ bagi skim biasiswa pelajar, menggunakan teknologi proprietari untuk menyalurkan bantuan kepada penerima yang disasarkan secara tanpa tunai. Semua agihan dibuat melalui penggunaan MyKad (kad pengenalan berasaskan cip yang dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia) atau kad pintar, yang membolehkan pihak MyKasih mengagihkan bantuan secara cekap, telus, dan selamat tanpa sebarang ketirisan.

Sistem pengagihan kebajikan tanpa tunai MyKasih telah berjaya diguna pakai oleh kementerian, kerajaan negeri, agensi zakat, serta sektor swasta untuk inisiatif tanggungjawab korporat mereka. Pihak MyKasih bekerjasama dengan badan kesihatan dan organisasi bermatlamat sosial untuk menjalankan saringan kesihatan dan pemeriksaan penglihatan, latihan kemahiran dan keusahawanan, serta bantuan pendidikan kepada komuniti dan kanak-kanak.

Apabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.

Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.

mykasih sara str

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Baca juga: Bantuan SARA 2024: Sumbangan Asas Rahmah (RM100 Sebulan)

Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2024)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2025 dengan kelayakan sehingga RM2,100 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM200 / RM50 sebulan mengikut kategori kelayakan masing-masing.

SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) SECARA MYKAD DIPERLUASKAN KE SABAH DAN SARAWAK

Kadar Bantuan MyKasih / SARA 2025

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & eKasih :
    • Isi Rumah – RM2100 (RM100 sebulan *Januari – Mac, RM200 sebulan *April – Disember)
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650 (RM100 sebulan *Januari – Mac, RM150 sebulan *April – Disember)
    • Bujang – RM600 (RM50 sebulan *Januari – Disember)
  • Kategori Penerima STR sahaja :
    • Isi Rumah – RM900 (RM100 sebulan *April – Disember)
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450 (RM50 sebulan *April – Disember)
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2025) melalui MyKad akan disalurkan bermula Rabu, 15 Januari 2025.

Bayaran ini diberikan secara bulanan kepada penerima STR dan eKasih (*sila rujuk jadual penerima bulanan).

Bantuan MyKasih / SARA bagi tahun 2025 akan dikreditkan mengikut jadual seperti berikut:

sara 2025

Cara Semakan Status Kelayakan MyKasih 2025

i) SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH

Bagi penerima STR dan eKasih, anda boleh membuat semakan status melalui Portal MyKasih.

Sila rujuk caranya di bawah:

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
mykasih sara str 2025
sara str mykasih semakan 2025
Pautan semakan : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
sara 2025 mykasih
Contoh paparan bagi penerima yang layak.

Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

Bagi penerima yang layak, anda boleh muat turun aplikasi MyKasih untuk memudahkan anda memantau baki bayaran setiap bulan.

Sila scan kod QR di bawah untuk muat tutun aplikasi tersebut.

i) SEMAKAN STATUS DI PORTAL STR

Selain membuat semakan di portal MyKasih, anda boleh semak status SARA anda di website Bantuan Hasil @ Sumbangan Tunai Rahmah 2025.

Sila rujuk link berikut untuk semakan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login

Kaedah Penyaluran Bantuan MyKasih 2025

Bagi tahun 2025, penyaluran SARA adalah melalui penggunaan MyKad di semua negeri termasuk Sabah & Sarawak.

Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai 2 kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)

Setelah penerima didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM200 / RM50 setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Anda boleh semak video tutorial yang disediakan melalui Whatsapp atau Youtube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA) atau hubungi nombor talian tertera yang telah anda terima melalui Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih.

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

sara 2025 mykasih

Kaedah pembelian barangan keperluan adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Senarai Kedai Di Setiap Negeri / Daerah

Senarai kedai yang boleh dikunjungi di serata negeri dan daerah untuk anda menggunakan wang bantuan MyKasih boleh disemak melalui senarai berikut: https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Cara Semakan Baki MyKasih (Bantuan SARA 2025)

Aplikasi MyKasih (MyKasih App) kini boleh dimuat turun di Google Play atau Apple App Store untuk memudahkan penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk menyemak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, and kedai terdekat untuk membuat pembelian.

Layari https://mykasih.com.my/mykasih-app/ untuk muat turun aplikasi ini.

sara 2025 mykasih

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:

Cara Daftar SARA 2025 / Permohonan MyKasih

Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

Untuk mendaftar e-Kasih, sila rujuk di laman pautan berikut: e-Kasih 2025: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan

Maklumat Lanjut

Jika anda perlukan maklumat lanjut, sila rujuk senarai soalan lazim berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut