Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN): Syarat & Cara Memohon

Program Elaun Sara Hidup Nelayan atau ESHN merupakan bantuan bulanan kepada pemilik vesel perikanan dan pekerja (awak-awak) yang layak serta didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Objektif utama Program Elaun Sara Hidup Nelayan adalah bagi membantu golongan nelayan meringankan bebanan menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan kos sara hidup.

Bantuan elaun ini telah dimulakan sejak Jun 2008 di mana pemohon yang layak diberikan elaun bulanan sebanyak RM200 dan sejak tahun 2015, elaun ini telah dinaikkan kepada RM250 dan RM300 (bergantung pada zon).

Program ini adalah antara usaha kerajaan (melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)) untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Syarat kelayakan

Nelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) adalah terdiri daripada tiga (3) kategori seperti berikut

Pemilik vesel perikanan zon A & Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat

  • Memiliki MyKad (Biru)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
  • Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
  • Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah
  • Status subsidi minyak yang aktif

Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia

  • Memiliki MyKad (Biru)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
  • Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
  • Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat

Had Bilangan Pemilik Dan Pekerja Vesel Yang Layak Menerima ESHN

  • Setiap pemilik vesel perikanan yang didaftarkan atas nama individu hanya layak menerima ESHN daripada satu lesen vesel perikanan atau lesen perkakas sahaja
  • Had bilangan pekerja vesel (awak-awak) yang layak dibayar ESHN bagi sesebuah vesel adalah tidak melebihi bilangan pekerja yang ditetapkan dalam lesen vesel berkenaan
  • Sekiranya bilangan pekerja yang bekerja diatas sesebuah vesel adalah kurang daripada bilangan yang ditetapkan dalam lesen maka bayaran ESHN adalah mengikut bilangan sebenar pekerja yang bekerja

Cara memohon

Permohonan baru Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) boleh dibuat melalui sistem e-Pengisytiharan LKIM modul Elaun Sara Hidup Nelayan di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan mengemukakan dokumen berikut:

  • Kad pengenalan bagi tujuan verifikasi
  • Borang permohonan yang lengkap diisi
  • Salinan MyKad pemilik vesel dan pekerja
  • Salinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan) yang masih sah berkuatkuasa
  • Borang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik
  • Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja (awakawak) yang masih sah berkuatkuasa
  • Salinan buku akaun simpanan (Agrobank/BSN/CIMB/Maybank)
  • Gambar pemohon berukuran passport (terkini)
  • Lain-lain dokumen sokongan (jika berkaitan)

Pemilik bersama pekerja wajib hadir untuk mendaftarkan pekerjanya (awak-awak) dan pendaftaran dibuat sesuai seperti yang tertera pada lesen vesel yang didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah atau Jabatan Perikanan Sabah

Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses permohonan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM.

Pembaharuan permohonan

Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) hanya diberikan sepanjang tempoh yang diluluskan sahaja.

Walau bagaimanapun, individu yang layak boleh membuat pembaharuan permohonan dengan cara yang berikut:

  • Pemilik dan pekerja vesel wajib menghadirkan diri semasa proses pembaharuan tersebut
  • Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses pembaharuan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM
  • Pembaharuan ESHN hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum tamat tempoh permohonan

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila hubbungi pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di talian 03-8064 9000.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!