MyJPJ : Login, Semakan Lesen, Roadtax & Saman JPJ

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Penambahbaikan Aplikasi JPJ : Semakan Saman, Kongsi, Renew Lesen Memandu Digital (e-LMM) & Cukai Jalan Digital / Roadtax (e-LKM) Online MyJPJ

Sebelum ini, aplikasi MyJPJ hanya boleh paparkan roadtax & lesen memandu.

Mulai 3 Januari, pemandu kereta persendirian boleh membuat semakan saman JPJ selain memperbaharui roadtax & lesen memandu secara online di Apps MyJPJ!

Mudah, jimat masa, tak perlu beratur di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan bahawa Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.

Seperti yang kita tahu, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).

Peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi akan dikuatkasakan.

Kini, slip pembaharuan akan diberikan kepada mereka yang memperbaharui lesen memandu secara online.

Jom ketahui lebih lanjut tentang aplikasi MyJPJ dan cara nak renew lesen memandu dan roadtax online.

Inisiatif Pembayaran Kompaun Melalui Aplikasi MyJPJ & Diskaun 50% Saman JPJ

PEMBAYARAN SAMAN JPJ MELALUI APLIKASI MyJPJ DAN INISIATIF TAWARAN KOMPAUN KHAS KADAR RATA (FLATE RATE)

PUTRAJAYA, 2 JANUARI 2025 – Bagi tahun 2025, YB Menteri Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan inisiatif pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bagi memastikan kelestarian penyampaian perkhidmatan JPJ kepada rakyat terutamanya melibatkan aspek penguatkuasaan iaitu inisiatif menerusi Pembayaran Saman melalui Aplikasi MyJPJ.

Seiring dengan usaha pendigitalan JPJ Malaysia, pertambahan fungsi baharu Pembayaran Saman melalui Aplikasi MyJPJ bermula 2 Januari 2025 merupakan usaha penyampaian perkhidmatan JPJ selari dengan perkembangan teknologi bagi memudahkan rakyat menyelesaikan saman menerusi telefon bimbit. Orang awam boleh muat turun Aplikasi MyJPJ melalui platform mudah alih Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Selaras dengan pengumuman inisiatif pendigitalan tersebut, YB Menteri Pengangkutan Malaysia juga telah mengumumkan Inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) – RM150 kepada notis-notis saman JPJ yang terpilih bermula 3 Januari 2025 hingga 30 Jun 2025.

Cara Daftar MyJPJ

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara untuk daftar dan membuat semakan cukai jalan dan lesen memandu secara digital di aplikasi MyJPJ.

renew lesen memandu online jpj myjpj

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI_MYJPJ

  1. Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
  2. Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
renew lesen memandu online jpj myjpj

RUJUK PANDUAN PENUH :

ROADTAX JPJ daftar myjpj digital
ROADTAX JPJ daftar myjpj digital renew roadtax online

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia

Cara Semakan & Pembayaran Saman JPJ

Selaras dengan pengumuman inisiatif pendigitalan tersebut, YB Menteri Pengangkutan Malaysia juga telah mengumumkan Inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flate Rate)RM150 kepada notis-notis saman JPJ yang terpilih bermula 3 Januari 2025 hingga 30 Jun 2025.

Perincian Inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flate Rate) adalah seperti berikut:

Hanya tiga (3) notis saman JPJ akan diberikan dengan kadar rata (flate rate) RM150:
i. Saman AwAS (Saman 53A) – Oktober 2018 sehingga kini;
ii. Notis 114 (Notis Panggilan Temu Siasat) – Tahun 2023 dan ke bawah;
iii. Notis 115 / Notis JPJ (P 23) (Permintaan Butir-Butir Pemandu) – Tahun 2023 dan ke bawah.

Semakan saman boleh dilakukan oleh orang awam melalui saluran berikut:
i. Aplikasi MyJPJ;
ii. Portal Awam mySIKAP;
iii. Kios JPJ;
iv. JPJ Mobile; dan
v. Kaunter JPJ.

Kaedah pembayaran tawaran Kadar Kompaun Khas tersebut boleh dilakukan oleh orang awam melalui saluran yang disenaraikan kecuali saluran MyEG dan Pejabat Pos Malaysia:
i. Aplikasi MyJPJ;
ii. Portal Awam mySIKAP;
iii. Kios JPJ;
iv. JPJ Mobile; dan
v. Kaunter JPJ.

Jangan lepaskan peluang untuk bayar saman sementara tawaran flat rate ini masih sah – sehingga 30 Jun 2025!

myjpj

Cara Semakan Cukai Jalan (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan pendaftaran bagi eLKM dan eLMM di Portal MyJPJ online dengan menggunakan ID MySikap Awam.

Myjpj
LOG MASUK MENGGUNAKAN ID AWAM MYSIKAP
  1. Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/
  2. Muat turun aplikasi MyJPJ
  3. Log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap
  4. Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.

DOWNLOAD APLIKASI MYJPJ:

  1. Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
  2. Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
apps myjpj
Myjpj e-lkm e-lmm

Jika anda masih belum berdaftar di Portal MySikap, sila daftar terlebih dahulu.

Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk tutorial pendaftaran ID MySikap:

LANGKAH 1 : Tekan ‘Daftar Akaun Baharu’

LANGKAH 2: Masukkkan nombot kad pengenalan tanpa sengkang

LANGKAH 3 : Isikan maklumat dalam ruang yang disediakan

Cukai jalan digital

LANGKAH 4 : Jawab soalan keselamatan

myjpj daftar Cukai jalan digital

Simpan rekod bagi maklumat yang telah dimasukkan.

Cukai jalan digital

LANGKAH 5 : Tetapkan kata laluan

Cukai jalan digital renew roadtax online

SELESAI!

Anda akan dibawa ke paparan utama seperti berikut:

SEMAKAN LESEN MEMANDU DAN CUKAI JALAN DIGITAL

Setelah berjaya log masuk, anda boleh melihat pelbagai perkhidmatan secara atas talian yang boleh dilakukan.

Antaranya:

  1. Bidaan nombor kenderaan
  2. Semakan nombor terkini
  3. Semakan lesen kenderaan
  4. Semakan lesen memandu
  5. Semakan keputusan Ujian
  6. Semakan saman
  7. Semakan senarai hitam

Selain pendaftaran online, anda juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.

Orang awam digalakkan mendaftar akaun MySikap masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ.

I) SEMAKAN LESEN MEMANDU (eLMM)

Semakan lesen memandu boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan memilih menu SEMAKAN LESEN MEMANDU.

Berikut adalah paparan yang akan anda lihat :

semakan lesen memandu myjpj renew roadtax online

Anda boleh memuat turun lampiran eLKM seperti di bawah:

Myjpj online cukai jalan lesen memandu e-lkm e-lmm

II) SEMAKAN LESEN KENDERAAN MOTOR eLKM (CUKAI JALAN / ROAD TAX)

Anda juga boleh membuat semakan lesen kenderaan motor dan memuat turun secara digital.

Myjpj elkm elmm cukai jalan digital renew roadtax online

Berikut adalah lampiran paparan eLKM melalui MyJPJ :

Myjpj online cukai jalan lesen memandu e-lkm e-lmm digital

Cetakan Slip Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia adalah seperti dalam lampiran di bawah:

lesen memandu digital slip pembaharuan renew jpj

Cara Kongsi e-LKM

KONGSI e-LKM MELALUI APLIKASI MyJPJ

Pemilik kenderaan boleh kongsi Lesen Kenderaan Motor (e-LKM) melalui aplikasi MyJPJ kepada ahli keluarga, rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh pemilik kenderaan.

Melalui kaedah ini, terdapat kod pengaktifan yang perlu diberikan kepada penerima e-LKM untuk mengaktifkan perkongsian e-LKM.

Rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

Rujuk video pengumuman oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia : https://www.tiktok.com/@anthonyloke/video/7320558027365567745?lang=en

CARA KONGSI e-LKM MELALUI APLIKASI MYJPJ

renew lesen memandu
renew lesen memandu

Muat turun aplikasi MyJPJ sekarang di Google Play, Apple Apps Store & Huawei AppGallery.

Cara Renew Roadtax (Lesen Kenderaan Motor @ e-LKM) Melalui Apps MyJPJ

PEMBAHARUAN e-LKM MELALUI APLIKASI MyJPJ kini boleh dilakukan secara online melalui aplikasi MyJPJ mulai 1 Februari 2024.

Rujuk Infografik dibawah bagi prosedur renew roadtax online e-LKM melalui aplikasi MyJPJ.

renew lesen memandu renew roadtax online

Baca juga: Pengeluaran KWSP Bersasar : Kerajaan Cari Alternatif Lain

Cara Renew Lesen Memandu (e-LMM) Melalui Apps MyJPJ

PEMBAHARUAN e-LMM MELALUI APLIKASI MyJPJ kini boleh dilakukan secara online melalui aplikasi MyJPJ.

Rujuk Infografik dibawah bagi prosedur renew lesen memandu online melalui aplikasi MyJPJ.

renew roadtax online

Anda juga boleh panduan berikut untuk mendaftar secara online : MySikap JPJ Login : Pendaftaran ID, Semakan Lesen, Cukai Jalan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut