Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula pada 5 November 2024 (Isnin) dan berterusan sehingga Mac 2025.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dalam tempoh berkenaan, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku.
𝗞𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 : 𝗣𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗼𝗻𝘀𝘂𝗻 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟱 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟱 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰
Semasa fasa awal MTL dari November hingga Disember 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. Manakala pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri yang lebih berpotensi untuk berlaku episod hujan lebat adalah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. Namun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.
Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem. Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.
Menjelang pada fasa akhir MTL iaitu Januari hingga Mac 2025, kawasan utara Semenanjung dijangka mengalami kurang hujan. Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba. Namun begitu, keadaan diramalkan tidak seteruk seperti tahun 2024 disebabkan fenomena La Nina dijangka bermula hujung tahun ini hingga pertengahan tahun hadapan.
Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui medium sebaran rasmi iaitu laman web https://www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Sumber:
DR. MOHD HISHAM BIN MOHD ANIP
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
1 November 2024, 12:00 tengah hari
Apakah Monsun Timur Laut?
Angin Monsun Timur Laut berpunca dari pedalaman benua Asia.
Pada 11 November hingga Mac, pedalaman Asia merupakan kawasan tekanan udara tinggi kerana bermusim sejuk. Benua Australia adalah kawasan bertekanan rendah kerana mengalami musim panas.
Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi, iaitu pedalaman benua Asia ke kawasan tekanan rendah, iaitu ke benua Australia. Angin ini merentasi Laut China Selatan dan Laut Sulu lalu menurunkan hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai barat Sarawak dan pantai timur Sabah.
Tiupan angin monsun timur laut dikenali sebagai ‘musim tengkujuh’ kerana Laut China Selatan bergelora kesan angin kencang ini.
Pada musim ini kawasan pedalaman Sarawak dan pantai timur Semenanjung Malaysia menerima hujan lebat melebihi 2500 yang boleh menyebabkan banjir hampir setiap tahun di kawasan-kawasan rendah.
Tarikh Jangkaan Musim Tengkujuh 2024/2025
Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula pada 5 November 2024 (Isnin) dan berterusan sehingga Mac 2025.
Baca juga:
- Cara Semakan Kawasan Banjir & Amaran Terkini
- 11 Barang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana – MetMalaysia
Panduan Keselamatan
- Dapatkan maklumat cuaca terkini di tempat anda
- Simpan dokumen penting di tempat yang selamat
- Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan air serta makanan
- Bersihkan longkang dan parit daripada tersumbat
- Elakkan aktiviti di pesisir pantai dan laut
- Ikut arahan pihak berkuasa
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan amaran terkini dan notifikasi berhubung cuaca setempat di Malaysia, sila rujuk:
- Info Banjir https://publicinfobanjir.water.gov.my
- Laman web METMalaysia : https://www.met.gov.my/
- Facebook Malaysian Meteorological Department