Monsun Timur Laut 2022 : Tarikh, Persediaan & Keselamatan

Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 November 2022 (Isnin) dan berterusan sehingga Mac 2023.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan sepanjang tempoh itu, empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku.

Sumber infografik: BERNAMA

“Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat,” menurut kenyataan itu.

Sumber kenyataan media oleh MET Malaysia

Risiko Air Pasang Besar

Sementara itu, MetMalaysia turut menjangkakan kejadian air pasang besar berlaku pada 6 hingga 11 November dan 22 hingga 27 November.

Ia disusuli fenomena pada 7 hingga 12 Disember dan 22 hingga 26 Disember serta 6 hingga 10 Januari 2023 dan 21 hingga 25 Januari 2023.

Semasa MTL, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Sumber: Berita RTM

Apakah Monsun Timur Laut?

Angin Monsun Timur Laut berpunca dari pedalaman benua Asia.

Pada 11 November hingga Mac, pedalaman Asia merupakan kawasan tekanan udara tinggi kerana bermusim sejuk. Benua Australia adalah kawasan bertekanan rendah kerana mengalami musim panas.

Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi, iaitu pedalaman benua Asia ke kawasan tekanan rendah, iaitu ke benua Australia. Angin ini merentasi Laut China Selatan dan Laut Sulu lalu menurunkan hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai barat Sarawak dan pantai timur Sabah.

Tiupan angin monsun timur laut dikenali sebagai ‘musim tengkujuh’ kerana Laut China Selatan bergelora kesan angin kencang ini.

Pada musim ini kawasan pedalaman Sarawak dan pantai timur Semenanjung Malaysia menerima hujan lebat melebihi 2500 yang boleh menyebabkan banjir hampir setiap tahun di kawasan-kawasan rendah.

Tarikh Jangkaan Monsun Timur Laut 2022

Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula pada 7 November 2022 (Isnin) dan berterusan sehingga Mac 2023.

Baca juga:

Panduan Keselamatan

  • Dapatkan maklumat cuaca terkini di tempat anda
  • Simpan dokumen penting di tempat yang selamat
  • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan air serta makanan
  • Bersihkan longkang dan parit daripada tersumbat
  • Elakkan aktiviti di pesisir pantai dan laut
  • Ikut arahan pihak berkuasa

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan amaran terkini dan notifikasi berhubung cuaca setempat di Malaysia, sila rujuk:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!