Modul Kepimpinan & Pengurusan Kurikulum KPM

modul kepimpinan dan pengurusan kurikulum
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah mengeluarkan Modul Kepimpinan & Pengurusan Kurikulum.

Modul ini diperkenalkan bagi membantu barisan pentadbir mengenali, memahami dan melaksanakan pengurusan kurikulum dengan lebih efektif.

Mengenai Modul Kepimpinan & Pengurusan Kurikulum

Modul ini disediakan sebagai rujukan kepada pengurus dan pemimpin sekolah mengenai bidang tugas mereka.

Modul ini dapat membantu pihak pengurus sekolah melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi yang berkualiti.

Modul ini merangkumi perkara berkaitan peranan kepimpinan dan pengurusan kurikulum, dokumen rasmi pelaksanaan kurikulum dan jawatankuasa yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum di sekolah termasuk amalan kepimpinan.

Matlamat & Objektif Modul

Matlamat modul ini adalah untuk membantu barisan pentadbir di sekolah mengenali, memahami dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengurus kurikulum dengan lebih berkesan.

Segala input dalam modul ini diharapkan dapat memberikan nilai tambah kepada kepimpinan dan pengurusan kurikulum ke arah kecemerlangan sekolah.

Modul ini juga:

  • Menjelaskan takrifan kurikulum dan kepimpinan;
  • Menghuraikan peranan dan bidang tugas pemimpin dan pengurus kurikulum;
  • Memberi kefahaman tentang dokumen rasmi berkaitan pelaksanaan kurikulum;
  • Menyuntik kesedaran mengenai implikasi ketidakakuran sepanjang pelaksanaan pengurusan kurikulum; dan
  • Memberi panduan tentang amalan kepimpinan dan pengurusan kurikulum yang berkesan.

Aspek Pengurusan Kurikulum

Secara khususnya pengurusan kurikulum di sekolah berhubung kait dengan aspek berikut:

  • Pematuhan kurikulum kebangsaan.
  • Pengurusan mata pelajaran bagi peningkatan kualiti PdP bagi mengoptimumkan pembelajaran murid.
  • Pelaksanaan program peningkatan kualiti pengajaran guru.
  • Pelaksanaan program peningkatan pencapaian murid.
  • Pemanfaatan bantuan geran per kapita mata pelajaran.
  • Pengurusan masa instruksional bagi menjamin pembelajaran murid yang optimum.
  • Pengurusan peperiksaan, penilaian dan pentaksiran.

Muat Turun Modul

Untuk memuat turun modul ini, sila muat turun di file di bawah:

Video Penerangan

Video penerangan mengenai modul ini boleh ditonton menerusi pautan https://drive.google.com/file/d/10bpEnH1Vyo98Vnc3So-d2oRWOAuDBCta/view

Info Lanjut

Info lanjut mengenai modul ini, sila layari pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/bsbpk/home?authuser=0.

Baca juga: Panduan Penulisan Esei Sejarah Tingkatan 3

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut