Modul Kecerdasan Pelbagai merupakan satu modul yang dicipta dan dibentuk bagi membantu para guru untuk mengenal pasti kecerdasan unik mereka serta mengasah potensi murid agar lebih cemerlang dalam pembelajaran.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang salah satu bahan sokongan guru ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Modul Kecerdasan Pelbagai?
Seperti yang dinyatakan di bahagian awal tadi, Modul Kecerdasan Pelbagai ini merupakan salah satu modul yang telah dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu para guru dalam mengenal pasti kecerdasan unik mereka serta mengasah potensi murid agar lebih cemerlang dalam pendidikan.
Untuk pengetahuan anda, modul ini merupakan salah satu daripada lima modul di bawah Siri Bahan Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BSBPK) 2022 yang telah dibina bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Dengan adanya modul ini ia membantu cikgu mengenal pasti, mencungkil dan menyerlahkan kecerdasan pelbagai murid. Modul ini juga dapat membantu cikgu dalam melahirkan individu yang harmonis dan seimbang dari semua aspek JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek), berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
9 Modul Kecerdasan Pelbagai & Penerangannya
Terdapat sembilan kecerdasan yang perlu para guru ketahui melalui modul yang disediakan oleh KPM ini. Sembilan kecerdasan tersebut ialah:
- verbal linguistik
- Kecerdasan verbal linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks.
- Seseorang yang mempunyai kecerdasan dalam bidang verbal linguistik ini mampu memberi makna, mentafsir, mendalami sesuatu perkara yang tersirat di dalam bahasa.
- logik matematik
- Kecerdasan logik matematik merujuk kepada kebolehan individu menggunakan nombor, mengenal pasti corak, menunjukkan perkaitan, dan memberikan sebab dan akibat yang logik
- visual ruang
- Kecerdasan ruang melibatkan keupayaan untuk membayangkan dan memanipulasi objek dalam minda.
- Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang.
- kinestetik
- Kecerdasan kinestetik ini berkaitan dengan keupayaan untuk mengawal pergerakan tubuh dan mengendalikan objek dengan baik
- Individu yang mempunyai kecerdasan kinestetik belajar lebih baik apabila melibatkan pergerakan otot dan mereka ini secara amnya berkemahiran tinggi dalam aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian.
- interpersonal
- Kecerdasan interpersonal melibatkan keupayaan untuk memahami dan berinteraksi dengan orang lain.
- Individu yang memiliki kecerdasan pelbagai jenis ini, mudah untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain dalam sesuatu perkara. Sebagai seorang guru, kecerdasan jenis ini sangat bagus untuk anda.
- intrapersonal
- Kecerdasan pelbagai seterusnya yang terdapat dalam modul ini, ialah kecerdasan intrapersonal, iaitu keupayaan untuk memahami diri sendiri, termasuk emosi, motivasi, dan tujuan hidup.
- Individu yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
- muzik
- Kecerdasan muzik merujuk kepada kepekaan terhadap bunyi, ritma, dan muzik
- Individu yang memiliki kecerdasan jenis ini mempunyai kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik.
- naturalis
- Kecerdasan naturalis merujuk kepada kepekaan terhadap alam sekitar dan keupayaan untuk mengenali dan mengkategorikan tumbuhan, haiwan, dan fenomena alam.
- Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik ini akan lebih berkesan kecerdasanya jika para guru mengadakan aktiviti luar kelas.
- eksistensial
- Kecerdasan eksistensial ialah kebolehan seseorang untuk dapat menjawab persoalan yang mengenai kewujudan Tuhan dan fitrah alam.
- Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup.
Sumber: Cikgu Zaki Blog
Cara Penggunaan Modul
Berikut merupakan gambar rajah yang menerangkan cara penggunaan modul kecerdasan pelbagai dalam pendidikan dan pembelajaran di kelas untuk panduan bersama:
Video Penerangan
Bagi guru-guru yang kurang jelas lagi berkenaan cara penggunaan Modul Kecerdasan Pelbagai ini, anda boleh menonton video penerangan yang dikongsikan EduwebTV KPM di bawah:
Anda juga boleh merujuk terus kepada modul kecerdasan pelbagai di bawah untuk memahami lebih lagi tentang kecerdasan pelbagai ini dan cara mengaplikasikannya dalam pendidikan: