Intipati Mini Bajet 2023 – PM Anwar Ibrahim

TERKINI: INTIPATI PEMBENTANGAN MINI BAJET 2023 – PM ANWAR IBRAHIM

Bayaran fasa pertama Bayaran Tunai Rakyat RM300 (isi rumah) dan RM100 (bujang) dipercepatkan, daripada bulan Mac kepada Januari 2023.

Kerajaan juga bersetuju salur bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

Juga diteruskan tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

Bajet 2023 telah diteliti semula dan diubah suai dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kewangan (MOF) serta Kabinet kerajaan perpaduan yang baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau akan memberi ruang kepada Kementerian Kewangan serta jemaah menteri bagi menambah baik Bajet 2023 yang sedia ada.

“Saya fikir sebahagian besar (daripada belanjawan itu) boleh diterima walaupun ramai yang membuat andaian bahawa saya akan menentang semua cadangan tersebut.

“Cadangan yang baik kita boleh teruskan,” katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri sebelum ini.

Pada masa yang sama, Anwar menegaskan bahawa beliau akan menumpukan usaha untuk menguruskan ekonomi negara dan membina keyakinan pelabur.

“Banyak syarikat pelaburan dari India, China, Eropah serta Amerika Syarikat telah meminta temu janji untuk minggu akan datang, dan saya akan menumpukan pada menjana pertumbuhan ekonomi,” katanya.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Disember 2022. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Tarikh Pembentangan

Bajet 2023 akan dibentangkan pada Februari tahun hadapan, menurut Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, kerajaan telah membentang Mini Bajet 2023 pada sidang parlimen kedua, 20 Disember 2022 bagi meluluskan pembayaran gaji penjawat awam serta beberapa isu berbangkit.

Dewan Rakyat pada hari yang sama juga secara sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

Keputusan itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Intipati Mini Bajet 2023 Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju unyuk menyalurkan bantuan awal persekolahan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, jumlah sebanyak RM150 akan diberi kepada setiap murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa mereka dan bantuan berkenaan akan diberikan pada Januari 2023.

Pada hari kedua sidang Dewan Rakyat itu juga, Anwar mengumumkan bahawa pada Januari 2023 juga kerajaan akan menyalurkan bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1.

Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun depan.

Sebanyak RM300 akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan RM100 pula disalurkan kepada bujang.

“Bayaran fasa satu ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya.

Dalam pada itu, melihat kepada musim tengkujuh yang berlaku kini, Kerajaan mencadangkan untuk memberi bantuan bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini.

Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa itu menyaksikan Anwar membentangkan peruntukan khas (bajet mini) untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107,718,676,650.

Ketika membentangkan perkara itu di Dewan Rakyat pada Selasa, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, bajet mini tersebut merangkumi pembayaran gaji penjawat awam, utiliti dan biasiswa.

Turut terkandung dalam mini bajet itu adalah bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

Dewan Rakyat hari ini secara sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

Keputusan itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memperkukuh petunjuk ekonomi, mengembalikan keyakinan pelabur serta membina semula Malaysia yang sejahtera.

Katanya, sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan ini, beliau amat terharu dengan sambutan serta sokongan negara luar yang memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan Malaysia terutama dalam meneroka potensi perdagangan dan pelaburan.

“Misalnya, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Brunei yang menawarkan supaya Brunei Investment Agency meneroka peluang pelaburan baharu di Malaysia dan ini sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Bagi terus memacu ekonomi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan Kementerian Kewangan (MOF) turut ditugaskan untuk menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan dan meningkatkan pelaburan berkualiti ke arah menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat Malaysia, terutamanya untuk golongan belia.

“Pada masa yang sama, kawal selia bagi pekerja asing juga dipusatkan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan pemain industri dapat berkembang maju, khususnya sektor komoditi, pembinaan dan pelancongan,” katanya.

Baca juga:

Agenda Bajet 2023 Yang Diberi Nafas Baru – PM Anwar Ibrahim

Pagi tadi saya ke Kementerian Kewangan ketemu pegawai serta staf kementerian. Saya turut mengadakan sidang media kemudiannya.

Antara isu utama yang saya sebut adalah:

1. Belanjawan baharu akan dibahaskan pada tahun hadapan bersekali dengan pembukaan penggal baharu Dewan Rakyat yang akan dirasmikan oleh KDYMM YDP Agong. Belanjawan itu akan diberi nafas serta pendekatan baharu yang akan mencakup persoalan kemiskinan, kesenjangan serta langkah-langkah khusus dalam memastikan iklim yang lebih segar bagi menggalakkan pelaburan, memulihkan keyakinan serta memacu pertumbuhan ekonomi.

2. RM7 bilion yang diluluskan kerajaan lalu daripada jumlah RM15 bilion bagi projek tebatan banjir akan disemak kerana ia telah diluluskan tanpa proses yang mengikut peraturan. Saya akan pastikan perkara tersebut tidak diteruskan supaya prinsip ketelusan serta peraturan dipatuhi.

3. Saya turut menyentuh mengenai kontroversi pembelanjaan RM580-RM600 bilion semasa PKP. Angka ini dimainkan semasa kempen PRU15 dahulu kononnya kerajaan dahulu membelanjakan wang begitu banyak untuk rakyat. Setelah diteliti, sejumlah besar dari wang itu adalah dari KWSP, iaitu wang simpanan hari tua rakyat sendiri dan juga untuk moratorium bank. Namun, ada beberapa puluh bilion yang lain yang menunjukkan ada pelanggaran peraturan. Justeru, kepada Tan Sri Muhyiddin, jangan cabar kerajaan kerana ada beberapa peraturan dan prosedur yang tidak dipatuhi serta ada beberapa syarikat berkepentingan melibatkan keluarga turut terpalit.

4. Saya turut akan berbincang dengan Tan Sri Hassan Marican serta mengadakan rundingan dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan mengenai anggota pasukan ekonomi yang akan diketuai beliau.

5. Berkenaan Bernas dan Tan Sri Syed Mokhtar, saya telah mengadakan perbincangan dengan beliau sebelum memberikan arahan kepada Bernas untuk membayar sebanyak RM10 juta bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan kepada pesawah yang miskin dan melarat. Keputusan ini tidak mudah kerana saya berdepan dengan konglomerat yang keuntungannya berbilion ringgit, dan ia tidak bermaksud untuk merobohkan empayar beliau seperti dakwaan Menteri Besar Kedah.

*Sumber: Facebook Rasmi Anwar Ibrahim

mini bajet 2023

Paparan penuh :
https://www.parlimen.gov.my/senarai-aum.html?uweb=dr

Secara langsung sidang Dewan Rakyat juga boleh diikuti di laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri
https://www.pmo.gov.my/parliament-live-dewan-rakyat/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!