Maybank Secure2u : Cara Pengaktifan & Pengesahan Transaksi

Pada Mac 2022 yang lalu, pihak Maybank mengumumkan bahawa Secure2u merupakan kaedah yang disarankan untuk digunakan oleh semua pelanggan mereka.

Berikut merupakan pengumuman rasmi daripada pihak Maybank sendiri:

Effective 8 March 2022, Secure2u will be the preferred method to authorise all Maybank2u 3rd party (Maybank to Maybank) and Interbank GIRO (IBG) transfers of any amount. This is part of our continuous effort to enhance our online banking security 

Mengikut pengumuman ini, setiap transaksi pihak ketika Maybank2u (Maybank kepada Maybank) dan GIRO Antara Bank (IBG) disarankan untuk disahkan menggunakan Secure2u dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap keselamatan pengguna perbankan internet Maybank2u.

Peningkatan Kes Kehilangan Wang

Seperti yang kita sedia maklum, sejak kebelakangan ini kita sering didedahkan dengan kes-kes kehilangan wang secara misteri daripada pelbagai akaun bank.

Apa yang menghairankan, penjenayah mampu memindahkan sejumlah besar wang daripada akaun mangsa ke akaun lain tanpa disedari mangsa kerana tiada TAC Number dihantar ke telefon pintar mangsa.

Dalam kata lain, penjenayah seolah-olah dapat memintas TAC Number ini dengan menghantar TAC Number daripada pihak bank ke sebuah lagi nombor telefon milik penjenayah.

Kaedah yang cukup advance ini sememangnya wujud dan mampu dilakukan oleh penggodam profesional.

Apakah Secure2u Maybank?

Secure2u ialah cara yang lebih selamat dan mudah untuk membenarkan transaksi Maybank2u dan MAE anda, menggunakan Pengesahan Selamat (kelulusan sekali ketik) dan Secure TAC (nombor TAC 6 digit yang dijana pada apl mudah alih).

Ciri ini merupakan alternatif kepada SMS TAC dan boleh didapati melalui aplikasi Maybank2u MY dan aplikasi MAE.

Secure2u akan digunakan sebagai kaedah kebenaran pilihan untuk transaksi Maybank2u di bawah:

Transactions (Any Amount)Secure2uSMS TAC*
Secure VerificationSecure TAC
New 3rd Party Account TransferN/AN/A
New Interbank Fund Transfer – DuitNow – Instant Transfer  IBFT (Instant Transfer)N/A
New Interbank Fund Transfer – IBG (GIRO)N/AN/A
Western UnionN/A
Tabung HajiN/A
Bill PaymentN/AN/A
Open Instant Prepaid Top-upN/A
Prepaid Top-up with PINN/A
IDD/STD CardN/A
Internet PrepaidN/A
One-off Payment
DuitNowN/A
JomPAYN/A
EzyCashN/A
Uplift Fixed DepositN/A
FPXComing SoonN/A
DPEComing SoonN/A

Perbezaan antara kedua-duanya

secure2u

TAC merupakan singkatan atau akronim bagi Transaction Authorization Code dan penggunaannya juga sudah cukup meluas di Malaysia kerana telah juga digunakan oleh bank-bank lain di Malaysia.

TAC Number sangat bergantung pada nombor telefon yang kita gunakan dan oleh itu, apabila kita menukar telefon pintar sekali pun dan masih mengekalkan nombor yang sama, kita tetap akan menerima TAC Number.

Berlainan dengan Secure2u dimana setiap transaksi mesti disahkan melalui aplikasi Maybank MAE yang sudah dipasang pada peranti yang disahkan sahaja.

Apabila hendak melakukan sesuatu transaksi, pengguna akan menerima notifikasi daripada aplikasi MAE untuk mengesahkan transaksi tersebut.

Mana lebih selamat?

Antara TAC Number dan Secure2u, mana lebih selamat?

Maybank merupakan bank terawal di Malaysia yang memperkenalkan penggunaan TAC Number beberapa tahun yang lalu.

Perubahan kepada penggunaan Secure2u ini selari dengan usaha mereka meningkatkan keselamatan setiap akaun pengguna.

Secara ringkasnya, Secure2u lebih selamat daripada SMS TAC kerana ia hanya boleh digunakan pada telefon yang telah disahkan.

Telefon yang belum disahkan tidak akan dapat menggunakan Secure2u anda.

Cara Pengaktifan Secure2u Maybank

Mulai 26 September 2022, semua pengaktifan Secure2u baharu akan dipindahkan secara kekal daripada app M2U MY ke app MAE, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melindungi keselamatan perbankan dalam talian anda.

Sila muat turun aplikasi MAE untuk mengaktifkan Secure2u anda mengikut langkah berikut:

Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE dan klik ‘Lagi’

Langkah 2: Pergi ke menu ‘Tetapan’ di bahagian atas skrin anda

Langkah 3: Klik ‘Maybank2u’ dan teruskan log masuk

Langkah 4: Di sebelah ‘Secure2u’, klik butang toggle

Langkah 5: Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS

Langkah 6: Masukkan nombor ID dan nama peranti anda, dan anda sudah bersedia!

NOTA: Untuk mengukuhkan lagi keselamatan perbankan dalam talian anda, mulai Oktober 2022, ciri Secure2u pada aplikasi MAE akan dipertingkatkan dengan tempoh pengaktifan 12 jam apabila anda menggunakan Secure2u pada peranti lain.

CARA MENGESAHKAN TRANSAKSI DENGAN SECURE2U

  1. Setelah anda mengaktifkan Secure Verification, anda akan menerima makluman push notification alert pada telefon pintar anda (ini ialah peranti yang anda daftarkan untuk Secure2u).
  2. Klik pada push notification alert untuk melihat Pengesahan Selamat anda, kemudian ‘Luluskan’ atau ‘Tolak’ transaksi dalam masa 50 saat.
  3. Pastikan anda telah enable fungsi push notification alert untuk aplikasi Maybank2u MY/MAE pada telefon pintar anda.

Untuk maklumat lanjut tentang Secure2u pada aplikasi MAE, klik di pautan laman web rasmi Maybank berikut: https://www.maybank2u.com.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!