Marriott Bonvoy Hotels & Resorts Perkenal “The Malaysian Kitchen”, Sajian Warisan Turun-temurun

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kuala Lumpur, Malaysia – 10 Mac 2025 – Marriott Bonvoy Hotels & Resorts di Malaysia telah melancarkan “The Malaysian Kitchen”, satu inisiatif sepanjang tahun yang meraikan warisan kulinari Malaysia yang kaya dan autentik. Bersempena dengan bulan Ramadan, kempen ini menyajikan hidangan tempatan ikonik yang disediakan oleh barisan chef terkemuka dari hotel-hotel Marriott Bonvoy di seluruh Malaysia.

Inisiatif ini membolehkan tetamu merasai hidangan tradisional yang disediakan dengan penuh teliti menggunakan resipi asli yang diwarisi turun-temurun. Dari pasar malam yang sibuk hingga ke dapur keluarga, tetamu dijemput untuk meneroka pelbagai cita rasa Malaysia yang unik tanpa meninggalkan keselesaan hotel.

“Masakan Malaysia mencerminkan kepelbagaian budaya dan warisan kita. Dengan Malaysian Kitchen, kami mahu membawa keaslian ini terus kepada tetamu kami,” kata Ramesh Jackson, Naib Presiden Serantau, Indonesia & Malaysia, Marriott International.

‘The Malaysian Kitchen’, Hidangan Warisan Asli Penuh Tradisi

Di sebalik The Malaysian Kitchen, terselit kisah-kisah unik mengenai hidangan ikonik seperti memori bersama keluarga, nostalgia cita rasa zaman kanak-kanak, serta teknik memasak warisan turun-temurun. Semua elemen ini mencerminkan jiwa masakan Malaysia, membangkitkan kenangan indah di rumah, dengan adunan budaya dan hidangan yang dikongsi bersama.

“Tetamu sering mencari rasa asli masakan tempatan, tetapi mereka kadangkala merasakan makanan hotel diubah suai untuk pelancong. The Malaysian Kitchen merapatkan jurang ini dengan menawarkan hidangan autentik yang disediakan oleh chef terbaik dalam portfolio kami,” kata Masri, Pengarah Operasi Serantau, Indonesia & Malaysia, Marriott International.

Di The St. Regis Kuala Lumpur, Eksekutif Chef Norazizi Taslim mempersembahkan Nasi Lemak Ayam Rendang, hidangan yang mengimbau kemesraan suasana keluarga. “Nasi Lemak bukan sekadar hidangan – ia adalah rasa nostalgia di rumah. Aroma wangi nasi lemak santan, rangupnya ikan bilis goreng, dan pedasnya sambal yang dimasak perlahan membawa saya kembali ke hujung minggu bersama keluarga,” kongsi Chef Norazizi. Resipi beliau mengekalkan keaslian dengan penggunaan santan segar dan sambal tradisional yang diwarisi turun-temurun dari neneknya, ditumbuk menggunakan lesung batu untuk rasa yang lebih autentik.

Sementara itu, di W Kuala Lumpur, Chef Anas Luqman ‘membakar’ semangat Ramadan dengan Ayam Percik, kegemaran bazar Ramadan. “Ketika ayam yang diperap mula mendesis di atas bara, saya teringat kenangan zaman kanak-kanak – melihat peniaga dengan cekap menyapu perapan santan berempah ke atas ayam yang dipanggang,” kata Chef Anas. Sajian yang dihasilkan beliau kaya dengan aroma salai yang unik dan salutan karamel yang sempurna dengan teknik pemanggangan perlahan yang menaikkan lagi rasa dan tekstur hidangan ikonik ini.

Bagi penggemar hidangan jalanan klasik Malaysia, The Ritz-Carlton, Langkawi membawakan Sate Daging oleh Junior Sous Chef Syafiq Ruzi. Terinspirasi dari hujung minggu yang dihabiskan di Kajang yang terkenal sebagai ‘kota sate’ terkenal Malaysia – Chef Syafiq menganggap hidangan ini sebagai satu tribute terhadap kenangan keluar makan bersama keluarga. “Sate bukan sekadar makanan, tetapi pengalaman – menantikan lidi-lidi daging yang sedang dipanggang, dengan aroma rempah yang memenuhi udara, dan gigitan pertama yang dicelup dalam kuah kacang pekat,” katanya. Beliau menggunakan daging lembu Australia grain-fed untuk kelembutan terbaik dan mengadun rempah tradisional dengan teknik memanggang yang teliti bagi mendapatkan keseimbangan rasa yang sempurna.

Di Penang Marriott Hotel, Chef Lee Keen Suaan menyajikan santapan istimewa, Char Koay Teow, simbol sebenar makanan jalanan Pulau Pinang. “Rahsianya terletak pada wok hei – aroma unik dari kuali panas,” jelas beliau. “Setiap helai mi harus menyerap esen salai, sementara telur itik dan lap cheong ayam menambah sentuhan kemewahan pada hidangan ini.”

Di Renaissance Kuala Lumpur, Chef Cheah E Keong menyajikan Nasi Ayam, hidangan nostalgia yang telah diperhalusi oleh komuniti Hainan selama beberapa generasi. “Saya mengekalkan tradisi asal sambil meningkatkan rasa dengan teknik penyediaan moden,” katanya.

Di Aloft Kuala Lumpur Sentral, Chef Elossa Danette mempersembahkan Laksa Sarawak, hidangan yang begitu dekat dengan zaman kanak-kanaknya. “Laksa Sarawak membawa saya kembali ke dapur nenek, tempat saya mula belajar memasaknya. Ia melambangkan keluarga, budaya, identiti, dan komuniti,” kongsi beliau. Versinya mengekalkan keaslian resipi dengan sup kaya yang diperbuat daripada stok udang dan ayam, dimasak perlahan bersama pes laksa dan santan. Hidangan ini mencerminkan kepelbagaian warisan Sarawak, menggabungkan pengaruh Melayu, Cina, dan kaum peribumi Borneo ke dalam semangkuk laksa yang harmoni dan berperisa. Diiringi dengan sambal belacan untuk rasa pedas yang menambah kehangatan, Laksa Sarawak ini menghidupkan kenangan kampung halaman.

Bagi pencinta hidangan Pantai Timur, Perhentian Marriott Resort & Spa menyajikan Nasi Kerabu oleh Chef Fuad Yusof. “Nasi Kerabu sentiasa memikat saya dengan warna yang menarik, herba segar, dan aroma Ayam Percik yang membuka selera,” katanya. Versi beliau mengekalkan resipi tradisional dengan penggunaan nasi biru yang diinspirasikan dari bunga telang, budu asli dari Kelantan, solok lada buatan tangan, dan Daging Percik yang dipanggang dengan arang. “Keaslian bermula dengan menghormati tradisi,” tambahnya. Dari proses memanggang kerisik secara perlahan untuk menambah rasa lemak berkrim, hingga kepada keseimbangan rasa budu yang penuh rasa umami, Nasi Kerabu beliau adalah satu keraian kepada cita rasa asli Pantai Timur Malaysia.

Para pengunjung boleh menikmati pengalaman gastronomi ini di Hotel & Resort Marriott Bonvoy yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.

Pengalaman Staycation Istimewa Sepanjang Ramadan

Selain memperkenalkan “The Malaysian Kitchen,” Marriott Bonvoy Hotels & Resorts juga menawarkan pengalaman staycation yang memenuhi keperluan Ramadan dengan kemudahan sahur, iftar, dan fasiliti solat yang mudah diakses.

Pilihan Sahur dan Iftar yang Menarik

Tetamu boleh menikmati sahur di dalam bilik di The St. Regis Kuala Lumpur, W Kuala Lumpur, dan Aloft Langkawi. Miri Marriott Resort & Spa pula menyajikan menu sahur khas oleh Chef Mustapha Hallal yang menampilkan hidangan Timur Tengah autentik.

Untuk iftar, pelbagai bufet istimewa disediakan termasuk:

  • Kampung-style buffet di The Westin Kuala Lumpur dan Courtyard by Marriott Melaka.
  • Sentuhan Peranakan di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Bufet Timur Tengah di Miri Marriott Resort & Spa.

Kemudahan Solat Berdekatan

Beberapa hotel seperti Aloft Kuala Lumpur Sentral dan Le Méridien Kuala Lumpur menyediakan ruang solat khas, manakala tetamu di Courtyard by Marriott Melaka boleh mengunjungi Masjid Al-Azim yang terletak berhampiran.

Aktiviti Keluarga dan Rehat

Hotel seperti Miri Marriott Resort & Spa menawarkan kolam renang yang luas untuk bersantai, manakala Aloft Langkawi menyediakan aktiviti seni seperti batik untuk kanak-kanak melalui program Camp Aloft.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web marriottbonvoy.com. atau aplikasi Marriott Bonvoy di sini. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini Marriott Bonvoy melalui media sosial Facebook, X, Instagram and TikTok.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut