Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024
Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa berita gembira kepada penjawat awam dan pesara pada tahun 2024, di mana salah satu antaranya adalah berkaitan kenaikan gaji.
Skim gaji baharu penjawat awam tersebut akan diumum sebelum akhir 2024.
Sebelum ini dalam Bajet 2023, Kerajaan terdahulu mengumumkan untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.
Berikut dikongsikan laporan penuh berkaitan kenaikan gaji yang bakal diumumkan oleh pihak Kerajaan bagi tahun 2024.
Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024
Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan akan menaikkan gaji kira-kira 1.6 juta penjawat awam dalam amaun kecil buat sementara waktu melalui Belanjawan 2024 sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun.
Menteri Komunikasi dan Digital yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menyemak perkara itu dan menjelang tahun depan, ia dijangka akan direalisasikan.
“Memang sebelum ini ada beberapa keputusan sudah diambil. Saya serahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali atau Perdana Menteri sendiri untuk mengumumkannya nanti.
Bagaimanapun, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan tidak memperincikan lanjut mengenai perkara tersebut.
Sumber infografik : Kementerian Komunikasi dan Digital via Bernama
Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.
Anwar turut memberi jaminan akan menawarkan apa jua perkara yang munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.
Beliau berkata, selain itu, persepsi kononnya bilangan penjawat awam di negara ini sudah ramai perlu diperbetul kerana mereka tidak sepatutnya disekalikan dengan anggota penguat kuasa.
Sementara itu, Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.
Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam
Baca juga:
- Bantuan Awal Persekolahan : RM150 Untuk Semua Murid
- Takwim Cuti 2024 / 2025 & Kalendar Akademik Sekolah KPM
Sila baca artikel berikut untuk maklumat lanjut: Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2024)