Lupa Kata Laluan STR 2025, Ini Cara Dapatkan Semula Password

lupa kata laluan str
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

LUPA KATA LALUAN / PASSWORD UNTUK LOGIN STR (PORTAL RASMI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

Semakan status kelayakan dan bayaran STR sudah boleh dibuat melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.

Sekiranya anda mengalami masalah terlupa kata laluan STR / BKM yang digunakan dahulu dan masih tidak dapat mengakses akaun anda, sila ikuti langkah berikut.

Lupa Kata Laluan STR

Untuk makluman, segala maklumat asal STR 2024 telah tersedia ada dalam akaun MYSTR 2025.

Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti yang digunakan dalam STR 2024 dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password anda yang terdahulu:

Cara Log Masuk Sekiranya Lupa Kata Laluan STR 2025

  1. Layari laman web berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan klik Log Masuk.
  3. Klik Terlupa Kata Laluan.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  5. Klik butang Semak.
  6. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
  7. Klik butang Seterusnya.
  8. Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
  9. Set semula kata laluan baru:
    • Isi Kata Laluan Sementara di kotak kata laluan.
    • Cipta Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan.
    • Klik Log Masuk.
  10. Jika tiada emel, klik butang Seterusnya.
  11. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  12. Klik butang Seterusnya.
  13. Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan.
  14. Klik butang Tukar Kata Laluan.

Cara Tukar Kata Laluan Baharu di MySTR

  1. Selepas Log Masuk ke MySTR.
  2. Klik pada “Tukar Kata Laluan”.
  3. Masukkan Kata Laluan Semasa dan Kata Laluan Baharu. Sahkan kata laluan.
  4. Klik “Tukar” untuk tukar kata laluan.
  5. Penukaran Kata Laluan Berjaya.

Rujuk panduan bergambar di bawah:

NOTA : Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Cara Semakan Status

TERKINI : Tarikh bayaran STR 2024 bagi Fasa ke-4 adalah pada 7 November 2024.

Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:

  1. Masukkan kata laluan
  2. Klik log masuk MySTR
  3. Masukkan nombor Mykad pemohon
  4. Pengesahan kata kunci keselamatan
  5. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 4 (jika layak)
  6. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 4
  7. Maklumat akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

NOTA PENTING :

  • Permohonan Fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024.
  • Kepada yang belum kemas kini 3 tahun berturut-turut perlu kemas kini permohonan STR 2025.

Maklumat Lanjut

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut