Le Tour De Langkawi (LTdL) 2025: Trek Perlumbaan & Pemenang (Stage 3)

logo ltdl
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025, edisi ke-29 perlumbaan basikal berprestij di Malaysia, dijadualkan berlangsung dari 28 September hingga 5 Oktober 2025.

Acara tahunan ini terus menarik perhatian dunia berbasikal dengan penyertaan pasukan elit dan laluan yang mencabar.

LTdL 2025 dijangka menarik penyertaan pasukan berbasikal profesional dari seluruh dunia. Dengan laluan yang mencabar dan pemandangan Malaysia yang menawan, pelumba akan berpeluang untuk menunjukkan keupayaan mereka sambil menikmati keindahan alam semula jadi dan budaya tempatan.

Kementerian Belia dan Sukan, dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia akan terus berperanan sebagai penganjur, meneruskan kejayaan penganjuran cemerlang edisi ke-28 Petronas LTDL 2024.

Petronas LTDL 2025 akan merentasi kesemua 12 negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan sejauh 1,257.8 kilometer. Pulau Langkawi kekal sebagai lokasi permulaan Peringkat 1, sementara perlumbaan akan berakhir di Menara Berkembar Petronas. Edisi kali ini juga memperkenalkan tiga venue baharu, iaitu Padang Besar (Perlis), Medini, dan Tangkak (Johor).

Dalam usaha memeriahkan Tahun Melawat Kedah 2025, kerajaan negeri Kedah telah bersetuju untuk menjadikan Langkawi sebagai lokasi penutup LTdL 2025.

Sejarah dan Kepentingan LTdL

Sejak penganjuran pertamanya pada tahun 1996, LTdL telah berkembang menjadi salah satu perlumbaan basikal terkemuka di Asia.

Ia bukan sahaja platform untuk pelumba tempatan dan antarabangsa mempamerkan bakat mereka, tetapi juga mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan.

Setiap tahun, LTdL menawarkan pemandangan indah dan laluan yang mencabar, menjadikannya acara yang dinanti-nantikan oleh komuniti berbasikal global.

Tarikh LTdL 2025

Menurut kenyataan rasmi, LTdL 2025 akan berlangsung dari 28 September hingga 5 Oktober 2025.

Laluan Perlumbaan 2025

Pihak penganjur berusaha untuk memperkenalkan laluan yang menarik dan mencabar bagi memastikan perlumbaan yang kompetitif dan menghiburkan.

Le Tour de Langkawi 2025 menjanjikan satu lagi edisi perlumbaan yang mendebarkan, menggabungkan elemen sukan, pelancongan, dan budaya.

Peringkat 128 September (Ahad)
Langkawi Round Island (96.5 km)
Peringkat 229 September (Isnin)
Padang Besar ke Kepala Batas (170.1 km)
Peringkat 330 September (Selasa)
Gerik ke Pasir Putih (198.2 km)
Peringkat 41 Oktober (Rabu)
Kuala Terengganu ke Kemaman (140.8 km)
Peringkat 53 Oktober (Khamis)
Temerloh ke Fraser’s Hill (133.7 km)
Peringkat 64 Oktober (Jumaat)
Shah Alam ke Port Dickson (123.4 km)
Peringkat 75 Oktober (Sabtu)
Melaka ke Medini (216.4 km)
Peringkat 86 Oktober (Ahad)
Tangkak ke Kuala Lumpur (180.5 km)
Jumlah1,257.8 km

trek laluan ltdl 2025

Dengan persiapan rapi dan sokongan padu dari pelbagai pihak, acara ini diharapkan dapat terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu perlumbaan basikal terkemuka di rantau ini.

Laluan Perlumbaan Peringkat 3

Senarai Pasukan LTdL 2025

3 buah pasukan dari Malaysia telah mengesahkan penyertaan iaitu Terengganu Cycling Team (TSG), Malaysia Pro Cycling Team (MPC) dan juga Pasukan Kebangsaan Malaysia.

Penutupan Jalan & Ramalan Cuaca Peringkat 3

Perhatian kepada semua pengguna jalan raya dan peminat sukan berbasikal!

Sila ambil maklum bahawa penutupan jalan sementara akan dilaksanakan sepanjang Peringkat 3 sempena PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025. Orang awam dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal, memperuntukkan masa tambahan, serta menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Ramalan cuaca: Keadaan cuaca dijangka hujan renyai-renyai dengan suasana lembap sepanjang perlumbaan. Walau bagaimanapun, ramalan ini tertakluk kepada perubahan, maka orang ramai digalakkan untuk sentiasa mengikuti maklumat terkini bagi merancang perjalanan dengan lebih baik.

Senarai Pemenang

PERINGKAT 1

PERINGKAT 2

Info dan perkembangan terkini

Bagi yang berminat untuk mengikuti perkembangan terbaru Le Tour de Langkawi 2024, anda boleh ikuti sumber-sumber berikut:

Baca juga: Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online

Promosi: Dapatkan pelbagai kelengkapan berbasikal dengan harga terendah di SINI!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut